Wednesday, 6 June 2012

GERAN KOMUNAL PERLU KAJIAN LEBIH




Oleh : NIK JASNI CHE JAAFAR

KOTA KINABALU: Cuba satu dahulu dan pastikan sama ada pelaksanaan geran komunal mencapai matlamat atau tidak, kata Bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.

Beliau berkata, pihak terlibat seharusnya menangguhkan dahulu pemberian geran komunal bagi memastikan ia benar-benar sesuai dilaksanakan.

“Cuba dahulu satu, dan lihat jika ia mencapai matlamat atau tidak. Jika ia memang bagus, sudah pasti orang ramai juga tidak akan teragak-agak untuk mohon geran komunal,” katanya.

Tambahan pula, katanya, masih belum ada contoh daripada mana-mana negara yang dapat membuktikan kaedah itu berkesan.

Jelasnya, sistem ini belum digunakan oleh mana-mana negara bagi membolehkannya dijadikan rujukan.

“Kerana itu saya bertanya, adakah mana-mana negara yang menggunakan sistem ini? Ini kerana pada pendapat saya, jika konsep geran komunal ini baik dan bagus, sudah tentu ada negara yang lebih dahulu melaksanakannya,” katanya yang juga bekas Pesuruhjaya Suhakam Sabah.

Beliau berkata demikian kepada media di program Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Sabah yang dilaksanakan oleh Suhakam, kelmarin. Simon hadir sebagai pakar perunding bebas dalam sesi pendengaran awam itu.

Dalam sesi pendengaran awam sebelumnya, Simon bertanyakan kepada Timbalan Pengarah (Kanan) Jabatan Tanah dan Ukur, Lee Chun Khiong sama ada terdapat mana-mana negara yang menggunakan sistem itu.

“Jika mereka mendakwa sistem ini bagus, maka kita perlukan contoh untuk membuktikannya tetapi belum ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata geran komunal ini mungkin menyukarkan usaha membangunkan tanah kerana lokasi tanah milik pihak berkepentingan yang tidak jelas.

“Katakan saya dapat tanah tetapi saya tiada geran untuk tunjukkan kepada pihak bank, bagaimana saya boleh bangunkan tanah? Kalau kita dapat tanah, mereka tunjukkan kawasan hutan yang luas dan saya salah seorang pemiliknya, yang mana satu milik saya? Apa yang saya boleh buat padanya?

“Jadi, saya tidak tahu bagaimana sebenarnya (geran komunal ini bermanfaat),” katanya.

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ini juga mengakui banyak menerima soalan tentang kelebihan serta pro dan kontra tentang geran komunal ini.

“Saya juga pernah menyebutnya dalam forum sebelum ini. Kenapa tidak boleh tangguhkan dahulu sebelum semua tanah kita berakhir dalam geran komunal?

“Ada orang beritahu saya, mereka skeptikal tentang perkara ini. Dan kita boleh faham bahawa memang sukar untuk kenalpasti mana satu tanah milik mereka dalam kawasan hutan itu. Jadi, saya sendiri lebih suka kalau pihak berkenaan dapat ubah ini (geran komunal),” katanya. (Utusan Borneo)

15 comments:

  1. mgkin baik jg geran ini dikaji, bagi memastikan ia benar2 relevan.

    ReplyDelete
  2. apapun, geran komunal ini bgsnya jg, tanah penduduk lebih tidak boleh dijual dan dimiliki orang lain, jadi tanah tersebut trjamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkah untuk menjamin hak milik amat diperlukan.

      Delete
  3. Geran komunal ada baik dan buruknya. terpulanglah bagaimana pandangan majoriti rakyat terutama yang sudah mendapat geran komunal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The state government can explain how the communal grants will protect the people's rights so that the people can understand more about this move.

      Delete
  4. Hope that the State government will make thorough review on the Communal grants.

    ReplyDelete
  5. Penjelasan atau infomasi yang lebih mencukupi harus diberi kepada rakyat agar rakyat faham bagaimana geran tersebut dapat membantu untuk mempertahankan hak milik.

    ReplyDelete
  6. How the geran Komunal work to protect the people land?

    ReplyDelete
  7. Semoga geran ini memberi manfaat untuk mempertahankan hak milik rakyat. Semoga pelaksanaan dapat memanfaatkan lebih banyak golongan dimana milik tanah terancam.

    ReplyDelete
  8. Sebelum geran komunal ini dilaksanakan, harus juga mendengar lebih banyak komen dan cadangan supaya pelaksanaan tidak membebankan.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah semestinya.. Kajian ini perlu bagi memastikan geran komunal ini berjalan dengan lancar dan juga mendapat sokongan daripada penduduk yang mendapatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaji sebaik mungkin. sekiranya untuk rakyat apa salahnya mencuba.

      Delete
  10. The govt should take people's opinion into consideration too before they implement the land communal title.

    ReplyDelete
  11. Cadangan Suhakam perlu dipertimbangkan demi kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  12. Geran komunal telah lama diperkenalkan di banyak Negara seperti di Amerika , Australia, New Zealand dan termasuklah beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.. sekiranya kerajaan berhasrat mahu mengkaji sistem ini dengan lebih mendalam, eloklah jika kerajaan dapat membuat kajian pelaksanaan sistem ini di negara2 tersebut..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete