KUALA LUMPUR : Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Berhad
Khairuddin Khalid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap
empat pertuduhan memperoleh rasuah hampir RM1 juta, kira-kira 10 tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama
Khairuddin, 52, didakwa memperoleh rasuah melalui cek Maybank Berhad bernilai
RM91,665 daripada seorang ahli perniagaan Muhamad Khalid Ismail sebagai upah
Khairuddin membuat pelaburan dalam dana MIMOS Berhad berjumlah RM5.5 juta
dengan Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd.
Bagi pertuduhan kedua, dia
didakwa memperoleh rasuah untuk dirinya melalui cek bank itu bernilai RM150,000
daripada Muhamad Khalid, di mana RM125,000 daripada jumlah itu ialah sebagai
upah tertuduh melaburkan dana pelaburan MIMOS berjumlah RM5.5 juta dengan
Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd.
Bagi pertuduhan ketiga,
Khairuddin didakwa melakukan kesalahan yang sama melalui cek bank itu bernilai
RM295,750 daripada individu yang sama, di mana RM202,000 daripada jumlah itu
sebagai upah untuk dirinya bagi tujuan yang sama.
Bagi pertuduhan keempat, dia
didakwa melakukan kesalahan yang sama melalui cek yang sama bernilai RM447,833
daripada Muhamad Khalid, di mana RM83,337.37 daripada jumlah itu sebagai upah
untuk dirinya bagi tujuan yang sama.
Kesemua kesalahan itu
dilakukan di Pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd yang beralamat
Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan antara 23 Mei
2001 hingga 8 Feb 2002.
Khairuddin, yang kini
bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta, didakwa mengikut Seksyen
11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta
sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang
lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Hakim K.M Nithiyananthan
membenarkan Khairuddin diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan
menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan semula. Mahkamah juga memerintahkan
tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Pendakwaan dilakukan
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria manakala tertuduh diwakili Mohd
Shahrullah Khan. (Bernama)
kes ini kena disiasat dgn baik jika bersalah, takkan dpt lari dari undang2.
ReplyDeletewah!banyaknya kes rasuah. makin kaya, makin tamak pula.
ReplyDeletesekali rasuah yang membabitkan income banyak, lain kali pasti akan buat lagi.
DeleteKesalahan yang sudah lama dilakukan tapi sekarang baru terdedah??
ReplyDeleteNo one is above the laws.
ReplyDeleteNobody can escape from law
DeleteTidak ada orang yang akan lari jika melakukan rasuah.
ReplyDeletekalau betul mahu membanteras rasuah, bagi mana2 pesalah yang telah dibuktikan bersalah, tidak perlu diringankan hukuman atau buat pilihan hukuman.. bagi saja 20 tahun penjara dan 5 kali ganda nilai suapan..
ReplyDelete