Oleh : KOH JUN LIN
MAHKAMAH Tinggi di Kuala
Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi
Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.
Hakim Abang Iskandar Abang
Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar
keahlian Isa dan sebagai Pengerusi KPF.
Hakim Datuk Abang Iskandar
juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan
Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa
Maidin kepada pemberita.
Oleh itu, keputusan dalam
kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF
dan kedudukannya sebagai pengerusi.
"Jadi ada mesyuarat
esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul
dari kamar hakim.
Sementara itu, Bernama
melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul
Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan
Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.
Katanya, mahkamah juga
membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi
menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah
Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung
perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan
penuh semakan kehakiman.
Hanipa berkata antara alasan
yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak
yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus
standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang
awam.
"Tarikh untuk
pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah,"
katanya.
Pada 12 Jun lepas,
keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi
bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM,
bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah,
terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.
Mereka juga memohon mahkamah
membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan
keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.
Mereka juga memohon perintah
sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.
Pemohon mendakwa berdasarkan
Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF,
Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang
dilantik secara tetap oleh Felda.
Mereka berkata Mohd Isa
adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan
Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan. (MKINI)
pembekuan ini hnya sementara harap Tan Sri Isa Abdul Samad dpt terima keputusan ini.
ReplyDeleteBerundurlah secara terhormat..
ReplyDeleteTS Isa has many negative controversy.
ReplyDeleteApa yang Hakim putuskan adalah yang terbaik untuk diterima. Maka mengenai pembekuan ini kita tunggu maklumat seterusnya mengenai perkara ini.
ReplyDeletekeputusan mahkamah adalah muktamad
DeleteFelda pasti akan dapat durian runtuh lagi
ReplyDeletelantik saja la orang lain yang bersih dari sebarang skandal rasuah..
ReplyDelete