Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
PERDANA Menteri Seri Najib
Tun Razak menggesa ahli politik dan anggota kerajaan lebih berani membuat
perubahan dengan mendekati anak muda menggunakan media sosial.
Sambil menegaskan bahawa mereka
perlu mengadaptasi dengan perubahan semasa, Najib berkata mereka perlu mengikut
'rentak' anak muda dengan mengguna media sosial bagi mengetahui 'keluhan,
aspirasi dan kehendak' anak muda.
"Kita tidak boleh kaku.
Sebagai anggota kerajaan atau ahli politik (berada dalam keadaan) yang tidak
sesuai dengan peredaran zaman.
"Kita tahu Malaysia
antara negara paling aktif di media sosial... Ada akaun Facebook, Twitter,
Blogger. Jadi kita juga perlu mengikut rentak wahana anak muda supaya mereka
mengetahui kita, dan kita mengetahui mereka. Kita tahu apa keluhan, aspirasi
dan kehendak mereka," katanya.
Sehubungan itu, beliau
berharap anggota kerajaan dan ahli politik perlu bersikap berani membuat
perubahan dan cuba mengadaptasinya sesuai dengan kehendak semasa dengan
mendekati mereka dengan media sosial tersebut.
Bercakap ketika menyampaikan
ucapan bersama dalam perhimpunan #TwtUpKami - sebuah komuniti Twitter - di
perkarangan Stadium Bukit Jalil petang ini, Najib berkata kerajaan sanggup
membuat perubahan demi perubahan demi memenuhi aspirasi golongan muda.
Katanya, golongan tersebut
mahu kerajaan menyediakan peluang dalam pendidikan, kemahiran, keusahawanan
"supaya mereka dewasa, esok lebih baik daripada hari ini."
"Dasar transformasi
(kerajaan) untuk mencapai (bahawa) esok lebih bersinar daripada hari ini,"
katanya.
Beliau juga berharap anggota
dan pemimpin BN lebih aktif mendampingi anak muda dengan menggunakan media
sosial supaya melihat bahawa "BN adalah kerajaan untuk generasi
muda."
Tambahnya lagi, beliau juga
kini sedang mempelajari "bahasa orang muda" antaranya seperti
"LOL, TGIF, OMG dan FYI" yang kini sudah menjadi bahasa penggunaan
oleh kumpulan berkenaan.
"Kalau tak ada, kita
tak jadi sempoi atau tidak cool," katanya sambil diiringi ketawa hadirin
yang hadir.
Sebelum itu, Najib beramah
mesra dengan menjawab soalan yang diajukan melalui Twitter khususnya berkaitan
pasukan bola sepak yang disokongnya.
Beliau menjangkakan bahawa
pasukan Sepanyol bakal menjuarai dalam pertandingan bola sepak Euro 2012 di
Poland dan Ukraine - yang bermula semalam.
Dalam soal jawab itu juga,
Najib turut mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjaga kesihatan walaupun
kelihatan sibuk dengan tugas negara.
"Saya ada rahsia...
Letih juga, tetapi mesti ada semangat kuat di samping ada (amalkan) cara hidup
sihat.
"Saya bersenam di
gimnasium tiga hingga empat kali seminggu, dan saya ada personal trainer...
Saya buat macam-macam (senaman)," katanya sambil diiringi sorakan dan
tepukan hadirin.
Turut hadir dalam
perhimpunan tersebut beberapa pemimpin BN seperti Datuk Saifuddin Abdullah, Gan
Peng Sieu dan P Kamalanathan serta anak lelaki Najib - Ashman- yang kini sedang
berjinak-jinak menjadi DJ.
Ashman, 21 - yang baru
sahaja tamat pengajian dari sebuah universiti di Amerika Syarikat - berkata
beliau meminati 'housemusic' dan mengenali penyanyi popular Yuna.
Sebelum itu, sewaktu tiba di
perkarangan stadium itu, Najib merasmikan pertandingan bola keranjang
#YbsCanJump dan beramah mesra dengan peniaga Sooq Bazar di kawasan berdekatanPusat
Perubatan Nuklear & Radioterapi, Likas
Almost all parties are using social media to reach the young voters nowadays such as through Facebook, Twitter, blogs and forums.
ReplyDeleteThe young people are the target of many parties as these are on-the-fence voters. Any parties who are capable of getting them to their side will have some valuable supporters.
ReplyDeleteSebab itulah makin ramai pemimpin yang cuba untuk dekati golongan belia ni dengan pelbagai program.
DeleteMedia sosial memang terkenal dan sebati dengan diri golongan belia tapi lebih efektif lagi jika Najib sendiri turun padang dan mendekati golongan ni face to face.
ReplyDeletegolongan muda penting dalam menentukan masa depan negara, mereka mmg perlu didekati.
ReplyDeleteSemoga Datuk Najib akan dapat membantu anak muda untuk berjaya pada akan datang.
ReplyDeletememang Najib la satu2nya pemimpin negara yang benar2 berjiwa rakyat.. beliau bukan sahaja kerap turun padang sehingga ke sarawak dan sabah, malah kerap meluangkan masa bersama belia2 muda seperti menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya..
ReplyDeleteChief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman wants the Sabah Barisan Nasional (BN) Youth to gear up their social media machinery in preparation for the upcoming general election.
ReplyDelete“This is because social media has become the best medium for them to interact especially with the younger generation and to know the people’s needs and aspirations,” he said in his speech delivered by Deputy Chief Minister, Datuk Yahya Hussin at the closing of the Cyber Troopers Workshop organised by the Sabah BN Youth.
ReplyDeleteThe three-day workshop at Likas near here was participated by 85 youths including those from Umno. It teaches participants ways to coordinate and update new media units in BN.
ReplyDeleteParticipants also get a better understanding of new media applications such as facebook, Twitter, Youtube, blogs and propaganda techniques.
ReplyDeleteYahya, Sabah Umno secretary, also launched the Sabah Umno Youth’s New Media Unit facebook page at the event.
ReplyDeleteMusa, who is also the Sabah BN chairman, further suggested that Cyber Troopers collaborate with government agencies including the Sabah Institute for Development Studies (IDS) to obtain accurate information, to be disseminated to the people.
ReplyDeleteMeanwhile, Sabah BN Youth chief Awang Kadin Tang urged members to remain positive against onslaughts by the opposition.
ReplyDeleteAlso present were Sabah BN Youth deputy chief, Mohd. Joh Haji Wid, Sabah Umno Youth New Media Unit chairman, SH Sahar SH Ading, Umno Youth Central Exco, Mohd. Gasing Haji Salleh, and Sabah Umno Youth assistant secretary, Shahelmey Haji Yahya.
ReplyDelete