AIDCNews : Pendedahan laman
NED (National Endownment for Democracy), ned.org/where-we-work/asia/malaysia
yang menunjukkan yayasan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menyalurkan
dana kepada empat NGO di Malaysia mula mendapat perhatian para blogger.
Empat NGO yang disalurkan
dana NED untuk beroperasi di Malaysia itu adalah IRI (International Republican
Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs),
Mkini Dotcom Sdn Bhd (portal Malaysiakini) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd
(SUARAM).
IRI diketuai Lorne Craner,
NDI; Madeline Albright, Malaysiakini; Steven Gan/Pramesh Chandra dan SUARAM;
Cynthia Gabriel yang kesemuanya mempunyai kaitan rapat dengan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalang di belakang SUARAM
bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan
Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.
“Untuk isu kapal selam,
SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk
menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional, ” ujar blogger
mymassa, yang turut dipersetujui blog unitmediasiber, semuthitam80, tunfaisal,
Taiping Mali dan sebagainya.
Menurut laman thechoice,
SUARAM itu adalah NGO missionari terhadap PKR yang berketuakan Anwar sepertimana
Ketua Umum PKR itu mengawal S Ambiga untuk menggerakkan BERSIH.
Laman itu menyenaraikan
inner circe SUARAM yang berkaitan dengan PKR; Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM
adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya yang dilantik oleh kerajaan PKR Negeri
Selangor. Tian Chua, Ahli PKR Parlimen Batu, Naib Presiden PKR. Irene
Fernandez, Ahli Majlis Tertinggi PKR. Elizabeth Wong, Exco Kerajaan PKR
Selangor. Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen PKR Subang. Dr Syed Husin Ali, bekas
Timbalan Presiden PKR.
Menurut laman itu lagi,
terdapat beberapa tokoh lagi yang mempunyai hubungan rapat dengan PKR. Dr Kua
Kia Soong, bekas Ahli Parlimen DAP. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti
Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasim Hashim Presiden PSM dan Pramesh Chandran,
malaysiakini.com.
Kesemua tokoh-tokoh yang
disenaraikan di atas adalah kroni-kroni Anwar Ibrahim.
AIDCNews 6 Jun mendedahkan
satu fail sulit ditemui di pejabat PKR mendedahkan lebih lanjut latar belakang
Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif SUARAM yang jarang diketahui umum.
“Cynthia Gabriel adalah
seorang pemerhati antarabangsa yang mewakili NDI dalam pemilihan demokrasi
pertama selepas kejatuhan Presiden Indonesia, Suharto,” lapor satu kertas kerja
bertajuk “The Institute For Democracy And Reform (INDEFOR)” dari pejabat PKR.
NDI adalah salah satu cabang
NED. Selain NDI, cabang-cabang NED yang lain adalah IRI, ACILS (the American
Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for
International Private Enterprise).
NED menurut penggubal
undang-undangnya, Allen Weinstein adalah topeng CIA beroperasi ‘menawan’ dunia
yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek ‘demokrasi’.
NED yang diasas sejak tahun
1983 diketuai oleh salah seorang kenalan Zionis Anwar yang bernama Carl
Gershman.
“Cynthia Gabriel pernah
dipilih sebagai salah seorang ahli dalam International Federation for Human
Rights (FIDH), sebuah NGO hak asasi yang berpangkalan di Paris dan dilantik
menjadi Setiausaha Umum untuk NGO itu di kawasan Asia“.
Menurut Tony Cartalucci,
wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report dalam laporannya bertajuk
“BOMBSHELL: US Caught Meddling in Russian Elections!“, FIDH adalah salah satu
daripada 9 instrumen yang sedang giat beroperasi menukar ‘regime change’ di
seluruh dunia.
Selain FIDH, instrumen lain
yang disenarai hitam oleh penyelidik Barat itu adalah NED, IRI, NDI, Freedom
House, OSI (Open Society Institute), Reporters Without Borders (US Chapter),
HRW (Human Right Watch), AI (Amnesty International).
Secara ringkasnya operasi
menakluk dunia didalangi oleh dua badan, iaitu NED yang menaja IRI, NDI,
Freedom House, FIDH dan Reporters Without Borders (US Chapter).
Manakala satu lagi badan
adalah OSI milik penyangak matawang Yahudi, George Soros yang menaja HRW dan
AI. Bacaan lanjut sila klik di sini, sini dan sini, dan sini.
“Cynthia Gabriel juga
pengasas FORUM ASIA (Asia Forum for Human Rights and Developments) yang
berpangkalan di Bangkok“.
Anwar Ibrahim juga sering
dijemput ke Bangkok. Pangkalan malaysiakini juga di Bangkok. Malah wartawan
malaysiakini yang bernama Susan Loone adalah staff Cynthia Gabriel di
Forum-Asia.
Pernah video terbitan
anwaribrahimdotcom bertajuk “Soalan untuk Anwar (3)”, ditanya oleh salah
seorang pelawat dengan soalan “kenapa dalam minit ke 1.52, foto peminum arak
diselitkan. Apakah kaitannya dengan Anwar ?”
Foto yang dimaksudkan
pelawat itu adalah foto Cynthia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia
(Forum-Asia), Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia). Dalam
foto itu Siew Hwa dan Tad sedang pegang gelas arak.
Mereka berempat turut hadir
sebagai penganjur dan peserta ketika Anwar Ibrahim dijemput berceramah The
Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand pada 6 Februari 2007.
Untuk mengetahui lanjut apa
yang tersirat di sebalik insiden pegang gelas arak itu sila baca di sini dan
sejauh manakah kejayaan operasi CIA/NED mengangkat semula Anwar menjadi PM
selepas Pilihan Raya Ke-13.
HADIR....Peserta
turut hadir dalam program ceramah Anwar di The Foreign Correspondents Club of
Thailand (FCCT) Thailand adalah beberapa aktivis NGO Malaysia iaitu dari kiri
Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia), Cynthia Gabriel
(Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia).
Whether or not Anwar Ibrahim can become the next Prime Minister is up to the voters during the 13th General Elections.
ReplyDeleteAll parties needs to gain the voters support and votes during the next general elections to retain or win over Putrajaya.
ReplyDeleteMenawan Putrajaya pun belum tentu berjaya, suara-suara untuk lantik PM baru pula makin kuat. apapun, keputusan ada di tangan rakyat sekarang.
ReplyDeleteTengok saja la PRU13 macam mana
DeleteBaru2 ni DAP (Lim Guan Eng) kata tidak akan merebut jawatan PM dan akan memberikan kepada Anwar peluang tu. boleh percaya ka?parti2 dalam komponen PR pun ada yang tidak sehaluan dan sukar untuk selesaikan masalah dengan cara baik.macam mana mau bersatu.
ReplyDeleteAnwar tak boleh jadi PM, masa dia jadi TPM dulu, ekonomi negara jadi teruk.
ReplyDeleteKuasa asing akan lebih cepat masuk negara kalau dia jadi PM.
DeleteBerhati-hati dengan pihak yang main kotor untuk menjatuhkan kerajaan kita.
ReplyDeleteini pula misi Anwar.. membantu kuasa2 besar luar dalam menjatuhkan kerajaan Malaysia..
ReplyDeleteselepas isu ini terbongkar, akan keluar la sindrom nafi Anwar.. 24 jam dia nafi tapi tidak berani ambil tindakan undang2..
ReplyDelete