Sunday, 10 June 2012

'EARTH HOUR' DIRAYAKAN SETIAP HARI DI KANIBUNGAN, PITAS.




Saudara Pengarang,

SEMENJAK jalan raya Pitas ke Kanibungan telah siap pada tahun 2006, banyak pembangunan telah dijalankan di Kampung Kanibungan, Pitas. Lembaga Industri Getah dengan penanaman getahnya dan beberapa syarikat persendirian telah membuka ladang getah dan kelapa sawit. Penduduk semakin ramai dan keadaan ini boleh dilihat dengan adanya kedai runcit yang tumbuh seperti cendawan di kawasan kampung tersebut.

Tetapi masalah utama yang kampung ini hadapi semenjak lebih 10 tahun lepas adalah bekalan eletrik yang selalu terggangu. Kadang-kala bekalan tenaga elektrik ini terputus sehingga lima kali sehari dan dengan kata lain setiap minggu ada sahaja ganguan bekalan eletrik di kawasan ini.

Ganguan bekalan elektrik ini berterusan melebihi 10 tahun tanpa adanya pihak yang berusaha membela nasib penduduk mengatasi masalah tersebut. Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen bertukar ganti, tetapi masalah gangguan bekalan elektrik ini masih berterusan seolah-olah semua YB ini tidak tahu atau memahami kepentingan bekalan elektrik yang teratur. Di samping tidak memberi keselesaan kepada penduduk setempat; juga akan memberi kesan jangka panjang kepada pelabur luar ke kawasan ini.

YB Barisan Nasional telah diberi peluang berpuluh tahun untuk menyelesaikan masalah ini tetapi masih gagal berbuat demikian. Saya menyarankan penduduk Kanibungan, Pitas memberi undi kepada calon dari parti lain pada pilihan raya akan datang bagi memberi pengajaran kepada YB yang makan gaji buta ini.

Ketika manusia sedunia menyambut hari 'Earth Hour' sebagai kesedaran perubahan cuaca dunia dengan mematikan mana-mana peralatan eletrik sekali setahun selama sejam, tetapi penduduk Kanibungan, Pitas merayakan hari 'Earth Hour' setiap hari secara terpaksa.

Salam Hormat,

NOOR HALIM BIN DATUK HJ. ZAINI

9 comments:

  1. kerajaan ada memperuntukkan 60 juta untuk atasi masalah elektrik di Sabah. semoga masalah elektrik dpt diatasi terutama di Pitas.

    ReplyDelete
  2. I believe the govt is doing its best to provide complete basic necessities to the people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. encouraging households and businesses to turn off their non-essential lights for one hour to raise awareness about the need to take action on climate change

      Delete
  3. Ini mungkin kerana tenaga elektrik yang tidak mencukupi untuk digunakan oleh penduduk dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. semoga masalah elektrik yang dihadapi penduduk di Sabah ini akan dapat diselesaikan. Cari alternatif lain bagi memastikan bekalan elektrik akan terus dapat digunakan oleh penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  5. Earth Hour is organised by the World Wildlife Fund (WWF). With almost 5 million supporters and a global network in over 100 countries/territories, it’s one of the world's largest and most respected independent conservation organisations.

    ReplyDelete
  6. bolehkah kerajaan baru itu nanti selesaikan masalah elekrik di sabah sekaligus dan dalam waktu yang singat??

    ReplyDelete
  7. macam mana masalah bekalan elektrik mahu selesai jika penduduk sentiasa bertambah dan dalam masa yang sama membantah projek janakuasa elektrik?? tukar kerajaan pun, masalah ini tetap tidak selesai melainkan kerajaan baru itu nanti terpaksa membuka empangan di negeri ini yang sama taraf dengan empangan Bakun.. itupun kalau penduduk tidak membantah la..

    ReplyDelete
  8. bila bekalan elektrik disalurkan sekadar cukup2 untuk memenuhi keperluan penduduk, ramai pula yang bising2 bila bekalan tidak cukup kerana pertambahan penduduk.. bila kerajaan salurkan bekalan elektrik berlebihan atau tidak sepadan dengan jumlah penduduk, dikatakan membazir pula..

    ReplyDelete