SIJIL.......Azizah menyampaikan sijil kepada salah
seorang Duta KAKS pada majlis pelancaran
KAKS Daerah Beaufort.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT: Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun
menyeru semua lapisan masyarakat menerapkan nilai-nilai cintakan kebersihan dan
keindahan alam sekitar kerana ia merupakan amalan yang murni.
“Nilai-nilai cintakan
kebersihan dan keindahan alam sekitar perlu dipupuk oleh segenap lapisan masyarakat.
Anggaplah memelihara kebersihan dan memulihara persekitaran ini juga satu
ibadat. Justeru kita tidak akan berkira sangat jika mengamalkan kebaikan
sebagai ibadat,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Kutu Sampah Peringkat Daerah
Beaufort.
Hadir sama Pegawai Daerah
Beaufort, Wong Foo Tin; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin Museh;
PKR Dun Lumadan, Ahmad Momin dan PKR Dun Membakut.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias berkata, walaupun dunia kini semakin moden namun
mentaliti masyarakat kita masih ketinggalan kerana masih ada yang sanggup
membuang sampah di merata-rata; membuang sampah dari tingkap kereta, membuang pembungkus
gula-gula, tin minuman, puntung rokok, meninggalkan bekas-bekas makanan dan sebagainya.
“Orang seperti inilah yang
kita panggil ‘Kutu Sampah’ yang sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan
awam selain terus ke tong sampah,” katanya
Beliau berkata, tujuan
kempen itu agar masyarakat perihatin sebagai mata-mata terhadap tindakan Kutu
Sampah dan boleh menasihati serta memberi teguran, dan jika keadaan tidak
terkawal boleh juga terus melaporkan untuk tindakan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT).
“Sesiapa sahaja boleh
bertindak menjadi pemantau Kutu Sampah ini. Niat kita bukanlah mendera mereka
dengan denda tetapi untuk memberi kesedaran agar mereka mengetahui
tanggungjawab menjaga kebersihan secara bersama. Apabila masyarakat tahu
membuang sampah merata-rata tempat itu satu kesalahan, maka itu mendorong
mereka berdisiplin untuk tidak terus melakukannya,” katanya sambil mengajak
semua pihak mempergiatkan kempen itu.
“Kini kita dalam usaha
menjadikan Pekan Beaufort sebagai Pekan Tanpa Sampah. Kita perlu mempergiatkan
kempen kita agar boleh menjadikan pekan ini sifar sampah. Untuk merealisasikan
hasrat ini bukanlah terpikul oleh tanggungjawab PBT semata-mata, tetapi
memerlukan kerjasama seluruh masyarakat Beaufort untuk memastikan kebersihan
awam.
IKRAR....Duta
Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) Daerah Beaufort membaca ikrar.
Bersempena dengan kempen
ini, katanya, PBT akan mewujudkan premis-premis atau zon-zon tanpa sampah
seperti, Sekolah tanpa Sampah, Pejabat tanpa Sampah, tapak Jaja tanpa Sampah,
Tamu Tanpa Sampah, Kampung Tanpa Sampah dan berbagai lagi.
“Lebih banyak zon tanpa
sampah dan lebih giat kita mengusahakan kempen kesedaran ini maka tidak
mustahil kita boleh mencapai pengiktirafan sebagai Pekan Tanpa Sampah. Jika kita mampu mencapai
pengiktirafan itu maka kita sebagai orang Beaufort juga yang boleh turut
berbangga.
“Justeru itu saya mahu
melihat perubahan sikap masyarakat Beaufort untuk lebih peka dan bertanggungjawab
terhadap kawasan ini. Semoga hasrat kita mentransformasikan kawasan ini menjadi
Pekan Beaufort Tanpa Sampah akan terlaksana."
Cleanliness is our responsibility. Those who refuses should get penalty.
ReplyDeleteUtamakan kebersihan dan janganlah kita membuang sampah sesuka hati.
ReplyDeleteJom ramai-ramai kita memupuk sikap menjadi pembersih.
ReplyDeletekita sebagai masyakarat seharusnya perihatin terhadap isu2 alam sekitar ini.
DeleteAlam sekitar seharusnya djaga dengan baik terutamanya flora dan fauna kerana
dengan adanya flora dan fauna ini dapat melindungi bumi kita dan kita sendiri
dari kepanasan global yang semakin hari semalin meningkat...jangan hanya kerana
kpentingan diri sendiri,kita abaikan penjagaan alam sekitar...dsebabkan semua
khidupan jga memerlukan floradan fauna termsuk negara kita juga
DBKK will be spending RM1 million this year to plant 1,000 shaded trees and 25,000 shrubs
ReplyDeleteharap2 adalah perubahan terhadap pekan beaufort lepas ni sekaligus menjadi ikutan kepada daerah2 lain di Sabah..
ReplyDelete