Saudara Pengarang,
SAYA, Datuk Hj Baisul Khan
Salman Faris selaku Yang Di Pertua KIMMA dan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian
India Muslim Sabah (DPPIMS). Saya ingin menyuarakan beberapa kebimbangan dan
ketidakpuashatian saya terhadap beberapa artikel yang tersiar di Sabahkini.net
sejak akhir-akhir ini.
Pertama, saya ingin menyoal
mengapa ada individu yang tidak berpuas hati terhadap DPPIMS. Untuk makluman
orang ramai, DPPIMS sah berdaftar dengan ROS dan laporan tahunan juga dihantar
kepada ROS. Suara suara sumbang yang meminta DPPIMS diharamkan adalah
disifatkan rasa cemburu yang terlalu amat melihat DPPIMS dipimpin dengan baik oleh
ahli jawatankuasa kami.
Dewan kami telah begitu berpengaruh
sehingga berjaya membela masalah ahli-ahli kami. Melihat Persatuan Islam yang
semakin diperlukan, ada pihak pihak tertentu yang saya kira 'Dajjal' yang tidak
suka kami membuat aktiviti keagamaan.
Kami kira ini isu keagamaan.
Tuduhan liar 'Dajjal-Dajjal' yang semakin ramai iaitu menuduh kami Persatuan
membuat aktiviti haram adalah tidak benar sama sekali. Istilah 'Dajjal' amat
sesuai untuk golongan tersebut.
Kami (DPPIMS) belum pernah
mencari pasal dengan mana-mana Individu tanpa sebarang keperluan. Kami belum
menyaman mahupun mengambil sebarang tindakan terhadap individu-individu ini
termasuk Sabahkini.net yang selalu memaparkan fitnah kepada kami. Belum pernah
dibuktikan kami melakukan apa-apa kegiatan haram dalam Dewan mulia kami. Kami
ada Misi dan Visi. Kami ingin menjaga dan memberi khidmat kemasyarakatan kepada
penduduk Sabah, temasuk masyarakat India.
Ada yang memfitnah kami
merekrut pendatang asing. Ada yang fitnah kami agen membuat IC. Ada yang
memfitnah kami menubuhkan persatuan untuk melindungi PATI dan tidak kurang juga
suara-suara sumbang yang meminta persatuan kami diharamkan; DPPIMS diboikot; DPPIMS
ditutup dan sebagainya.
Apa semua ini? Nampak sangat
pihak-pihak ini iri hati dengan DPPIMS. DPPIMS satu badan bebas khas untuk
menjaga kebajikan ahli-ahli kami. Kami bukannya dewan yang ditubuhkan untuk
mencari pasal dengan jawatankuasa lain.
Tidak payah saya terangkan
panjang lebar. Dahulu kami ada blog. Namun kami tutup blog tersebut kerana Sabahkini.net
sering mengambil dan menerbitkan gambar kami untuk fitnah kejam.
Mungkin ada AJK kami yang
bersalah, namun bukan tanggungjawab orang ramai untuk masuk campur dalam urusan
dewan kami. Biar kami yang adili AJK kami yang bersalah. Jika pun ada masalah
dengan dewan dan ada rasa tidak puas hati terhadap kami, jadilah orang yang
jujur dan berani.
Tampil berjumpa saya atau
menghantar surat rasmi kepada saya. Saya akan mempertimbangkan. Anda juga boleh
menghantar komen, pandangan dan cadangan ke e-mail rasmi kami dppims@gmail.com.
Terbaru fitnah beberapa
pihak terhadap Mohd Ansar Bin Maidin. Saya melihat hal ini adalah semata-mata
untuk menjatuhkan nama dewan kami. Saya merasakan tidak ada keperluan saya
memecat keahlian Mohd Ansar kerana beliau layak menduduki jawatan itu mengikut
perlembagaan kami.
Mohd Ansar juga adalah
pengasas dan pencetus idea penubuhan DPPIMS. Siapa kamu untuk mempersoalkannya?
Jika ada masalah peribadi dengan sesiapa ahli kami, jangan serang DPPIMS. DPPIMS
tidak akan bertanggungjawab terhadapnya.
Seorang yang mengelar
dirinya Butitit Poimposik baru-baru ini mengina dan menfitnah Setiausaha Dewan
kami. Kami dalam dewan sangat mengenali Ansar. Beliau merupakan antara pengasas
persatuan keagamaan kami di samping orang yang kuat dan aktif menjalankan
aktiviti dalam dewan kami termasuk aktiviti keagamaan.
Bagaimana ada pihak yang
boleh menuduh beliau kaki botol, kaki perempuan, kaki sihir dan penjual syabu? Jelas
ini antara contoh membuktikan bahawa ada pihak berpakat untuk menjatuhkan nama
ahli-ahli kami satu per satu untuk mengambil peluang supaya DPPIMS diharamkan.
Butitit mungkin juga orang
upahan pihak tertentu kerana kami mempunyai bukti untuk mengatakan termasuk mungkin
sekali seorang dua individu daripada Lahad Datu. Hal itu tidak penting, kami
tidak akan melawan balik dengan menfitnah orang. Kami berpegang pada ajaran
Islam. Kami hanya akan mempertahankan diri dengan cara sebegini.
Ansar sudah pun membuat laporan
polis terhadap tuduhan tersebut. Namun, cabaran Mohd Ansar supaya beliau tampil
dalam masa 24 jam membuat laporan polis tidak berjaya disahutnya sehingga kini.
Jelas di sini bahawa ini isu yang dibuat-buat untuk menjatuhkan maruah India
Muslim di Sabah seterusnya meletakkan tanggapan buruk orang ramai terhadap
Orang India di Sabah.
Begitu juga ada yang cuba
menfitnah Madrasah yang kami jalankan. Sikap Sabahkini.net yang suka menyiarkan
gambar saya dan ahli-ahli DPPIMS yang diedit teruk memperlihatkan juga ada
individu dalam Sabahkini.net yang membenci DPPIMS.
Orang ramai jangan cuba
menghina dewan kami. Kami ada bukti-bukti dewan yang menjaga kebajikan ahli-ahli
di samping aktiviti kemasyarakatan.
Pergilah tanya kampung-kampung seperti kampung Inanam Laut, Kampung
Kelangsanan, Kampung Delima Melayu, Gentisan Sepanggar, Kampung Keboni, Kampung
Bantayan dan Kampung Petagas bahawa mereka adakah tidak mereka pernah menerima
apa-apa bantuan DPPIMS?
DPPIMS juga memiliki 3 buah
Madrasah yang memberi pendidikan agama dan Al-Quran kepada masyarakat tempatan.
Banyak aktiviti agama yang dilaksanakan oleh DPPIMS.
Langsung tidak wajar, Datuk
Patrick Sindu yang meminta DPPIMS membuang keahlian Mohd Ansar dan mengharamkan
Dewan. Bagaimana dia boleh persoalkannya? Dia orang luar dewan, dia tidak tahu
menahu tentang perlembagaan kami. Dia tidak tahu menahu aktiviti kami. Dia juga
tidak turun melihat aktiviti yang kami buat.
Bagaimana dari jauh dia
boleh dengan sesedap lidahnya mengatakan sebegitu rupa sehingga nama baik dewan
kami tercalar. Dewan ada hak-hak untuk menyaman mana-mana individu yang
menghina kami.
Perkara ini adalah
berlandaskan undang undang negara. Jangan mempersoalkannya. Sedang Patrick ini
tidak dapat menjaga Persatuan CASHnya sendiri dengan baik, dia minta Persatuan
yang aktif seperti kami pula diharamkan.
Saya menjemput siapa sahaja
yang mahu menahu apa aktiviti kami laksanakan supaya turun berjumpa kami. Kami
tiada pernah membuat apa apa jenayah seperti yang difitnah dari dahulu lagi.
Kami pernah difitnah oleh Kamaruddin, diikuti oleh Mutalib MD dan Datuk Patrick
Sindu.
Saya panggil pihak pihak ini
turun melihat aktiviti kami dan buat laporan polis jika kami melakukan apa apa
yang haram. Bukan urusan dewan kami untuk menyiasat kerakyatan songsang. Kenapa
tuduh dan meminta kami menyiasat kerakyatan songsang dan meminta ahli-ahli kami
dibuang.
Saya bukan Yang Dipertua RCI
mahupun kakitangan agensi Kerajaan. Saya hanya Yang Dipertua NGO kami. Saya
tiada sistem untuk menyemak siapa ahli kami yang IC tulen dan siapa yang tidak.
Jangan asyik cakap kosong
sahaja di luar sana. Tahu tidak betapa susahnya kami membangunkan persatuan
kami. Tiada agensi atau kerajaan yang membantu kami. Kami bangun sendiri dengan
tajaan sepenuhnya daripada ahli-ahli kami.
Kami membuat mesyuarat
bulanan, membaca Yasin, Tadarrus Al-Quran dan ceramah agama yang lain. Bukan seperti
yang dikatakan oleh suara-suara sumbang tersebut. Mungkin ada dalam kalangan
ahli kami yang memegang IC projek, namun kami bukan badan yang bertanggungjawab
menyiasatnya.
Kami akan menjadikan mereka
ahli kami selagi Mahkamah tidak memutuskannya. Ada antara pemegang IC Projek
mungkin juga layak menjadi penduduk tetap atau warganegara. Mereka mungkin
sudah berkeluarga secara sah di sini dan mungkin tinggal berpuluh tahun di sini
dan situasi situasi yang lain. Orang seperti ini tetap sah menjadi ahli kami
walaupun pada asalnya pemegang IC Projek.
Saya sangat kecewa dengan
sikap sesetengah orang yang menuduh masyarakat India Muslim Sabah sebagai
penjenayah dan samseng. Saya minta jika ada orang yang buat jenayah, laporlah
pada polis.
Apa tujuan mereka siar dalam
Sabahkini.net. Ia bertujuan sama sekali untuk menjatuhkan imej kami. Tuduhan
seperti Orang India Muslim kuat merasuah, membuat jenayah dan lain lain adalah
tidak berasas sama sekali. Jika ada laporlah pada polis. Kenapa siar pada
Sabahkini.net. Mereka penyiasat bebaskah?
Saya juga meminta semua
parti politik lain termasuk MIC agar tidak menyerang sesuka hati terhadap kami.
Kami ingin bersaing secara sihat. Kami tidak mahu pangkat dan kedudukan dengan
cara terkutuk. Kami mengunakan cara-cara yang dipakai oleh pemimpin tersohor
dunia, Nabi Muhammad.
Kami tahu ada pihak yang
tidak berpuas hati dengan penubuhan dewan. Biasanya, itu realiti kehidupan. Namun,
jangalah sampai memburukan kami sebegitu teruk. Kami tiada apa-apa modal lain
selain ahli-ahli kami. Tiada siapa bantu kami, selain ahli-ahli kami sendiri. Kami
bergantung pada ahli kami sepenuhnya. Sepatutnya MIC harus memberikan sokongan
kepada kami kerana kami juga Masyarakat India di Malaysia.
Saya mengucapkan terima
kasih yang teramat banyak kepada Sarrulnizam melalui artikelnya yang tersiar 10
Jun lebih kurang jam 9.07 tadi kerana memberikan sokongan kepada kami dengan mendedahkan
ada orang tertentu mempunyai kepentingan memburukkan kami.
Beliau mengatakan ada orang dalam
DPPIMS sendiri menjadi duri dalam daging. Kami tidak takut jika ada yang
membocorkan rahsia kami kepada sesiapa pun kerana kami bukannya menjalankan
aktiviti haram. Apa yang ada untuk dibocorkan kepada orang lain. Kami hanya
menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Mungkin ada baiknya juga kami tahu siapa
orang tersebut. Biar kami siasat dan jika sesiapa mempunyai maklumat orang
seperti ini, sila maklumkan kepada saya.
Ahli-ahli kami yang terdiri
daripada rata-rata peniaga tidak boleh menerima sikap sesetengah orang yang
meminta perniagaan orang India di boikot, ditutup dan diharamkan. Tidakkah
sikap itu terlalu kejam. Saya sudah katakan kami tiada sistem semak IC seperti
projek dan tulen.
Jadi kami tidak boleh
pastikan peniaga mana yang memiliki IC projek yang tidak sah. Oleh itu, tindakan
bodoh sesetengah pihak memperlihatkan mereka tidak tahan melihat bangsa kami
bekerja kuat dan berjaya. Kami juga bukan saja saja makan duit hasil perniagaan
kami sendiri. Kami memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kami
membantu memajukan ekonomi negara di samping membayar cukai perniagaan. Jika
kami memakai pekerja asing sekalipun, kami tetap memberikan bayaran tertentu
kepada kerajaan melalui Imigresen.
Akhir kata,saya tidak
bersedia mendengar lagi suara-suara sumbang yang meminta haramkan dewan kami. Jika
ada lagi, kali ini saya tidak tergamak untuk menyaman dan mengambil tindakan
terhadap pihak tersebut.
Jika Sabahkini.net
menyiarkan artikel sebegitu, walaupun mengamalkan dasar tidak menapis internet,
kami akan mengambil tindakan. Hal ini kerana, ada pihak dalam Sabahkini.net
yang membantu pihak lain untuk menjatuhkan imej dewan kami. Kami ada bukti
bukti tersebut. Tanggunglah dosa besar meminta mengharamkan sesuatu persatuan
keagamaan di samping menfitnah sesuka hati.
Sekian, Yang benar,
DATUK BAISUL KHAN SALMAN
FARIS.
pihak yang membuat tuduhan dan fitnah itu harus sediakan bukti atas dakwaan mereka.
ReplyDeleteJika tidak bersedialah kena saman atau kena seret ke mahkamah.
DeleteYup. Perlu ada bukti. Supaya tiada siapa boleh pertikaikan.
DeleteMungkin tindakan beberapa orang ahli dalam DPPIMS telah merosakkan nama pertubuhan ni. siasat dulu.
ReplyDeleteWe should allow the DPPIMS to make their explanation first before jumping in to conclusions.
ReplyDeleteHopefully the people make their own judgement about this.
ReplyDeleteJika DPPIMS tidak mahu difitnah cuba buktikan kebenaran kepada semua mengenai dakwaan tersebut.
ReplyDeleteSekiranya tu cuma fitnah, perlu la report polis
Deleteba kalau yakin semua itu hanya fitnah semata2, baik ambil tindakan undang2.. hanya melalui undang2 saja nama baik DPPIMS dapat dibersihkan..
ReplyDeletejika DPPIMS masih enggan mengambil tindakan undang2, saya assume bahawa semua dakwaan/fitnah itu adalah benar..
ReplyDelete