KENANGAN..Chong
bergambar kenangan bersama sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam program
gotong-royong tersebut.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
PARTI Liberal Demokratik
Sabah (LDP) sedang dalam peringkat akhir untuk menaik taraf Gerai Dam di Lahad
Datu sebagai Gerai 1Malaysia yang mempunyai sebuah Pusat Maklumat Kontemporari
bagi memastikan para peniaga mampu meningkatkan daya saing dan bermaklumat.
Timbalan Pengerusi LDP
Silam, Chong Su Vun berkata demikian ketika mengetuai program Gotong Royong
bagi membersihkan kawasan persekitaran Gerai Tamu Dam di Lahad Datu, kelmarin.
Menurut Chong, wawasan LDP
terhadap Gagasan 1Malaysia cukup jelas dan sentiasa memupuk Konsep dan Semangat
1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak.
"Selain menaiktaraf Gerai
Dam, kita akan menubuhkan Pusat Maklumat yang dilengkapi dengan ICT untuk
memberikan maklumat yang tepat berhubung dengan konsep 1Malaysia," ujar
Chong yang akan memastikan Gerai Dam diberi wajah baru dan bakal menjadi salah
satu destinasi pelancongan di masa akan datang.
Kata Chong, jika sambutan
menggalakkan dan keselamatan terkawal, kemungkinan besar pihak para peniaga akan
mengendalikan Gerai Dam 24 jam sehari; tertakluk kepada kelulusan MDLD kelak.
Dalam pada itu, kata Chong,
gotong-royong yang dianjurkan LDP merupakan katalis terbaik untuk mengeratkan
perpaduan dan menjalinkan kerjasama erat di kalangan masyarakat majmuk di Sabah
dan sewajarnya terus dibudayakan agar menjadi aset masyarakat yang tersendiri.
Program anjuran peniaga
Gerai Dam itu telah disertai lebih 60 orang termasuk Jabatan Perkhidmatan Bomba
dan Penyelamat yang memainkan peranan pro-aktif menjayakan gotong-royong
berkenaan.
Chong berkata kerja amal ini
ia bukan sekadar untuk membersihkan kawasan persekitaran, bahkan menjurus
kepada penyatuan dan menjana setia kawan dan serta menjalinkan keharmonian yang
jitu antara satu sama lain.
Dalam kesempatan itu Chong
menasihatkan kepada para penjaja agar mengutamakan penjagaan kebersihan di
sekeliling kawasan gerai tamu mereka dengan membuang sampah di tempat yang
telah disediakan oleh Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).
"Begitu juga dengan
pengunjung gerai ini agar memastikan kebersihan sebagai satu budaya hidup yang
murni dan luhur," ujar Chong yang membayangkan sedang menaik taraf gerai
berkenaan agar menjadi tumpuan ramai di suatu masa kelak.
Beliau yang juga mewakili
para penjaja di gerai berkanan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan
Bomba Lahad Datu kerana turut menjayakan program tersebut serta memberikan
bantuan bertungkus lumus.
Good effort from LDP for organizing the gotong-royong Dam Tamu stalls at Lahad Datu.
ReplyDeleteThanks to the Lahad Datu Firefighters who contributed their efforts in this program as well.
ReplyDeleteUsaha dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan aktiviti dan program.
DeleteSekarang gerai 1Malaysia pun ada sudah. bolehlah berkunjung, mungkin tiada lagi komplen tentang harga kalau membeli di gerai 1Malaysia ni cuma tahap keselamatan dan kualiti makanan saja la.
ReplyDeleteSelain Lahad Datu, mana lagi yang sudah wujudkan gerai 1Malaysia? macam bagus juga ni.
ReplyDeletemungkin ianya perlu diperluaskan ke seluruh negeri sabah..
Deletegerai ini pasti memberi manfaat kepada pendudk tempatan.
ReplyDeleteLDP has shown a very good effort in organizing such program. Keep up the good work.
ReplyDeletebudaya gotong-royong harus diaktifkan kembali...
ReplyDeletebagus juga idea LDP silam...harap ianya akan menjadi kenyataan lah.
ReplyDeleteSokongan semua golongan untuk menjayakan program ini amat diperlukan. teruskan usaha.
ReplyDeleteHarga barang gerai 1Malaysia harus berpatutan.
ReplyDeleteKualiti barangan harus dijamin.
ReplyDeleteDalam kesempatan itu Chong menasihatkan kepada para penjaja agar mengutamakan penjagaan kebersihan di sekeliling kawasan gerai tamu mereka dengan membuang sampah di tempat yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).
ReplyDeleteKebersihan harus diutamakan agar tidak menyebabkan penyakit yang berjangkit.
Gerai 1Malaysia mendapat banyak komplen sebelum ini?
ReplyDeleteHope gerai 1Malaysia can serve the people well.
ReplyDeleteProgram anjuran peniaga Gerai Dam itu telah disertai lebih 60 orang termasuk Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang memainkan peranan pro-aktif menjayakan gotong-royong berkenaan.
ReplyDeleteSyabas! Semangat satu-pasukan harus diamalkan selalu.
Harapkan aktiviti gotong royong dapat mengeratkan hubungan baik antara rakyat.
ReplyDeleteGerai ini harus memberi perkhidmatan dan barangan dalam harga yang berpatutan.
ReplyDeleteTeruskan usaha mendekati rakyat dan bersama-sama mencari masalah yang timbul dalam masyarakat tersebut.
ReplyDeleteBagus usaha ini untuk dekat bersama rakyat.
ReplyDeleteAkriviti seperti ni harus diteruskan
Deleteharap kerjasama sebegini dapat di buat lagi untuk mengeratkan hubungan rakyat dengan pemimpin.
ReplyDeleteKebersihan tanggungjawab bersama
ReplyDeletesyabas kepada LDP.. jangan lupa bersihkan juga bandar Lahad Datu dari penjaja2 warga asing dan juga pengunjung2 warga asing yang tidak memiliki dokument perjalanan yang sah..
ReplyDelete