Thursday, 21 June 2012

JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA SERAP GEMPA




Oleh : ERMA IDAYU MOHD YUSOP

GEORGE TOWN : Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.

Bercakap kepada Bernama semasa sesi lawatan ke projek jambatan itu di sini Rabu, Zulkipli berkata HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.

"Kami percaya teknologi ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam dan luar negara," katanya.

Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Apabila siap nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Jambatan itu yang juga terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

Zulkipli berkata berdasarkan prestasi terkini, pihaknya menyasarkan pencapaian kemajuan keseluruhan projek melebihi 90 peratus pada akhir tahun ini.

Katanya, melihat pada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan pembinaan, jambatan mungkin dapat disiapkan dua bulan lebih awal daripada jadual.

"Kemajuan pembinaan sedikit sebanyak dipengaruhi faktor cuaca dan sekiranya keadaan mengizinkan, saya yakin projek akan siap lebih awal kerana setakat ini kemajuan telah 3.15 peratus mendahului jadual.

Beliau berkata sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.

Zulkipli berkata kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Batu Kawan akan mula dibina selepas jambatan kedua itu mula beroperasi pada 2014.

Beliau berkata kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna.

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya. (Bernama)

10 comments:

  1. jambatan kedua Pulau Pinang ini akan menjadi satu lagi kebanggaan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 jambatan tu siap seperti yang dirancangkan.

      Delete
  2. lepas ini bina Jambatan menghubungkan Labuan dgn Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ramai yang datang ke Labuan kalau jambatan tu dibina. berbaloi lagi jika dibandingkan dengan jambatan menghubungkan tanah besar Semporna dan Pulau Bum Bum.

      Delete
  3. Why no bridge from Menumbuk to Labuan??

    ReplyDelete
  4. Baguslah kalau sudah mengunakan teknologi yang lebih baik dan tinggi untuk pembinaan jambatan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Teruskan memberikan pembangunan yang boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat pasti akan menikamti segala usaha kerajaan dalam memajukan negara.

      Delete
  6. boleh la bersaing dengan negara China lepas ni..

    ReplyDelete
  7. jika Pulau Pinang boleh memiliki dua jambatan, Sabah juga patut memiliki jambatan seperti ini bagi menghubungan tanah besar Sabah dengan Labuan..

    ReplyDelete