Thursday, 21 June 2012

SERAGAMKAN HARGA BARANG DI MALAYSIA




KUALA LUMPUR : Seorang Anggota Parlimen mencadangkan agar kerajaan menyeragamkan harga barangan keperluan di negara ini supaya penduduk di Sabah dapat menikmati harga barangan keperluan bersubsidi pada harga yang sama seperti pengguna di Semenanjung.

Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) berkata isu harga barangan keperluan di Sabah menjadi rungutan penduduk negeri itu berikutan kenaikan harga barangan keperluan harian kebelakangan ini.

"Saya cadangkan kerajaan mengkaji semula perkara ini supaya rakyat tidak dibebani dengan masalah kenaikan harga barang sedangkan kerajaan mampu memperuntukkan subsidi sebanyak RM37 juta untuk gandum dan RM367 juta bagi pembelian gula mentah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata jika kerajaan terus mengimpot gula mentah dan tepung gandum dari negara luar, hanya syarikat yang dilantik mendapat keuntungan bukannya rakyat khususnya di Sabah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin membentang rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13,795,345,000 sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini. (Bernama)

8 comments:

  1. harga barangan di Sabah dan Sarawak selalunya lebih mahal. seharusnya harga barangan diseragamkan di seluruh negara.

    ReplyDelete
  2. What is the main factor the price differences? Cabotage policy? Then do something about it.

    ReplyDelete
  3. Mengenai cadangan ini rasanya saya amat menyokong penyeragaman harga untuk 1 Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat pasti akan lebih gembira sekiranya isu cabotage policy dimansuhkan.

      Delete
  4. Tidak ada bantahan mengenai cadangan tersebut. Bagus dan baik.

    ReplyDelete
  5. Bagus juga kalau barang2 diseragamkan.

    ReplyDelete
  6. sekiranya cadangan ini dapat dilaksanakan, pasti ianya menjadi berita baik untuk penduduk Sabah dan Sarawak.. namun Datuk Dr Marcus perlu juga memberikan cadangan beliau tentang bagaimana harga barang2 itu boleh diseragamkan dengan mengambilkira faktor pengangkutan dan logistik lain..

    ReplyDelete
  7. saya cadangkan, mana2 barang yang boleh dihasilkan di negeri ini, perlu dihasilkan di negeri ini.. cara ini bukan sahaja mampu menurunkan harga barang, malah mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete