KUALA LUMPUR : Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menerima sebarang maklumat mengenai 1,758
kanak-kanak bekas penghuni institusinya yang didakwa Pertubuhan Kebajikan dan
Sosial Malaysia (Perbak) sebagai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Timbalan Ketua Pengarah
Operasi JKM, Noraini Mohd Hashim berkata berikutan itu, JKM tidak boleh
melakukan siasatan terhadap dakwaan itu yang dibuat oleh Pengerusi Perbak Mohd
Khairul Hafiz Abdullah baru-baru ini.
“Oleh itu, JKM meminta
beliau menyerahkan senarai nama itu secepat mungkin untuk tindakan segera,”
katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengenai dakwaan Mohd
Khairul Hafiz bahawa beliau menerima ugutan berikutan kenyataannya itu, Noraini
berkata JKM memandang serius perkara itu dan memintanya membuat laporan polis.
(Bernama)
How can JKM not know that 1,758 kids under their protection does not have identification documents? Hope that this problem can be clarified.
ReplyDeleteHope that the names of these orphans will be listed out so that the relevant authorities can approve identification for them as soon as possible.
ReplyDeleteJKM tidak tau akan hal ini, Perbak harus menghantar segera senarai nama yang dikatakan tidak mempunyai identiti diri untuk disiasat.
ReplyDeleteMacam mana JKM tidak tau tentang hal bekas penghuninya tiada dokumen pengenalan diri?
ReplyDeleteMemang serius kalau dakwaan ni betul. siasatan perlu dibuat degan cepat. pengugut tu pun mungkin ada kepentingan dalam isu ni.
ReplyDeleteKita harap kerjasama antara dua pihak ini bagi menyelesaikan mengenai masalah ini.
ReplyDeleteSolve this problem asap rather than hiding the truth.
ReplyDeletesaya harap Hafiz dapat menyediakan dokumen2 seperti yang diminta oleh pihak JKM.. kita lihat la apa tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak JKM..
ReplyDeletemungkin memang benar juga pihak JKM tidak tahu perkara ini sebab mereka adalah JKM bukannya JPN..
ReplyDelete