Thursday, 21 June 2012

KESTABILAN POLITIK KUNCI KEMEWAHAN NEGARA




Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR :  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kepada komuniti perniagaan Cina, kekayaan dan kemewehan yang mereka miliki akan “hilang” kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

Najib (gambar) dalam ucapannya hari ini turut menggesa ahli perniagaan Cina untuk “bekerjasama” dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan tersebut dikekalkan, dan mengambil iktibar daripada krisis ekonomi di Eropah, dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, termasuk insiden di Afrika Utara.

“Anda telah bekerja keras untuk mengumpul aset dan kemewahan di negara ini, namun ianya akan hilang jika kita tidak bekerjasama bagi memastikan kestabilan politik ini dapat dikekalkan,” katanya.

“Kestabilan politik adalah faktor utama kerana sebarang bentuk ketidakstabilan akan memberikan risiko kepada perniagaan yang akan meningkatkan kos, turun naik pelaburan langsung asing, dan pasaran saham akan merundum,” katanya lagi sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-66 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCIM).

Najib turut menegaskan, kerajaan pimpinannya juga tidak hanya sekadar memberikan janji kosong, sebaliknya akan “mengotakan janji yang ditaburkan”.

“Kami tidak memberikan janji yang tidak dapat kami  tunaikan. Kami telah melakukan yang terbaik sejak tiga tahun lalu dan akan terus melakukan yang lebih baik,” katanya lagi.

Selain itu, perdana menteri itu turut menjelaskan, melalui kerjasama, transformasi yang dilakukan kerajaan akan dapat terus dilaksanakan di Malaysia.

“Kami juga berjanji akan terus komited untuk melaksanakan apa yang termampu untuk mengatasi masalah dan halangan yang wujud, bukan sahaja terhadap ekonomi, tetapi juga kualiti hidup rakyat Malaysia,” jelas Najib lagi.

Bagaimanapun, Najib turut menjelaskan, perkara itu akan mengambil sedikit masa, dan tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

“Perkara itu tidak dapat berubah hanya dalam semalaman, kerana sesetengahnya memerlukan lebih banyak masa lagi,” tambahnya lagi.

9 comments:

  1. politik yang stabil sememangnya akan memacu kepada pembangungan dan kekayaan negara. jika ekonomi tidak stabil negara akan menjadi mundur dan miskin.

    ReplyDelete
  2. Kekukuhan kewangan serta pengurusannya yang baik juga punca kemewahan negara.

    ReplyDelete
  3. Kestabilan politik juga antara faktor yang menyumbangkan kepada Sabah untuk menjadi negeri yang mempunyai pelaburan swasta tertinggi iaitu RM10.1 billion pada suku pertama tahun ini.

    ReplyDelete
  4. Bersyukurlah sebab di Malaysia tidak berlaku peperangan. Rakyat dan pemimpin perlu bekerjasama untuk mengekalkannya.

    ReplyDelete
  5. Kestabilan politik perlu dikekalkan sebaiknya. Kerana jika tidak pasti akan mengundang pelbagai masalah kepada kita.

    ReplyDelete
  6. tapi politik perlulah juga tidak melakukan kesalahan seperti rasuah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. Pembangkang tidak akan mampu memberi semua tu kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. kalau politik tidak stabil, bukan sahaja peniaga2 Cina, malah semua peniaga juga akan jatuh..

    ReplyDelete