SERAH.....Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menyerahkan dana tambahan sebanyak RM5,000
kepada jawatankuasa Pra Jambori 100 tahun bahagian Pantai Barat Utara. Dari
Kiri Yaacop Sapli (Pesuruhjaya Kawasan Zon 1 Bahagian PBU); Abas Jaffar
(Pesuruhjaya Bahagian PBU); Nasbi Lasai (Pesuruhjaya Daerah Usukan); Kaplin
Lahut (Penolong Pesuruhjaya Negeri Bahagian PBU); Musi Mungkim (Pesuruhjaya Ibu
Pejabat).
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
KOTA BELUD: Daerah ini akan
menjadi tuan rumah bagi Program Pra Jambori 100 tahun bagi bahagian Pantai
Barat Utara.
Pesuruh Jaya Pengakap Negeri,
Datuk Awang Zaini Haji Suntim berkata, Pra Jambori yang dijangka akan diadakan
dari 29 Jun hingga 4 Julai 2012 di perkarangan kawasan sekolah SK Tambulion itu
dijangka akan dihadiri lebih dari 1,500 peserta yang melibatkan 9 buah daerah
iatu Kota Belud, Ranau, Kundasang, Pulau Bangi, Kudat Pitas dan Kota Marudu.
"Kita menjangkakan
lebih dari 1,500 orang peserta akan menyertai program yang berlangsung selama 6
hari dan merupakan sebahagian dari program yang dirancang bagi sambutan 100
tahun pengakap negeri Sabah," katanya ketika ditemui di sini selepas
menghadiri mesyuarat ke 3 jawatan pelaksana di SK Tambulion, Kota Belud baru-baru
ini.
Menurut Awang Zaini lagi,
dijangkakan pasukan pengakap dari luar negara iaitu Hong Kong juga akan
menghantar pesertanya bagi menyertai perkhemahan kali ini.
Tambah Awang Zaini,
pemilihan daerah Kota Belud sebagai tuan rumah Pra Jambori 100 tahun kali ini
bersesuaian memandangkan bahagian Pantai Barat Utara merupakan antara bahagian
persatuan pengakap yang aktif melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun.
Sambil melahirkan keyakinan
perkhemahan pra Jambori kali ini dapat dijayakan sepenuhnya beliau berharap
jawatankuasa pelaksana di semua peringkat dapat melaksanakan tugas serta
tanggungjawab mereka masing masing bagi mempastikan kelicinan program ini
berjalan dengan baik dan teratur.
Di majlis tersebut, Awang
Zaini juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 dari Persatuan
Pengakap Negeri Sabah sebagai dana tambahan kepada jawatankuasa penganjur .
Program ini pasti akan mempromosikan Kota Belud. Dari luar negara pun ada juga menghantar wakil kan..
ReplyDeleteMemang luar Negara pun membuat program Jambori ini. Tapi yang diadakah di Kota Belud hanyalah untuk bahagian Pantai Barat Utara.
Deleteba pandai2 la jawatankuasa pelaksana urus 1500 peserta..
ReplyDeletePeserta yang ramai memerlukan ramai tenaga penganjur.
DeleteCongratulations to Kota Belud for becoming the host of the Pre-Jamboree Program this year.
ReplyDeleteHopefully everything about the program will go smoothly, thousands of leaders will come from all parts of Sabah to participate in the activities.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
moga program ini berjalan dngn lancar.
ReplyDeleteThis Jamboree must be fun!
ReplyDeleteProgram yang pasti ditunggu-tunggu oleh pengakap.
ReplyDelete