Thursday 7 June 2012

KOTA BELUD TUAN RUMAH PRA JAMBORI 100 TAHUN




SERAH.....Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menyerahkan dana tambahan sebanyak RM5,000 kepada jawatankuasa Pra Jambori 100 tahun bahagian Pantai Barat Utara. Dari Kiri Yaacop Sapli (Pesuruhjaya Kawasan Zon 1 Bahagian PBU); Abas Jaffar (Pesuruhjaya Bahagian PBU); Nasbi Lasai (Pesuruhjaya Daerah Usukan); Kaplin Lahut (Penolong Pesuruhjaya Negeri Bahagian PBU); Musi Mungkim (Pesuruhjaya Ibu Pejabat).

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KOTA BELUD: Daerah ini akan menjadi tuan rumah bagi Program Pra Jambori 100 tahun bagi bahagian Pantai Barat Utara.

Pesuruh Jaya Pengakap Negeri, Datuk Awang Zaini Haji Suntim berkata, Pra Jambori yang dijangka akan diadakan dari 29 Jun hingga 4 Julai 2012 di perkarangan kawasan sekolah SK Tambulion itu dijangka akan dihadiri lebih dari 1,500 peserta yang melibatkan 9 buah daerah iatu Kota Belud, Ranau, Kundasang, Pulau Bangi, Kudat Pitas dan Kota Marudu.

"Kita menjangkakan lebih dari 1,500 orang peserta akan menyertai program yang berlangsung selama 6 hari dan merupakan sebahagian dari program yang dirancang bagi sambutan 100 tahun pengakap negeri Sabah," katanya ketika ditemui di sini selepas menghadiri mesyuarat ke 3 jawatan pelaksana di SK Tambulion, Kota Belud baru-baru ini.

Menurut Awang Zaini lagi, dijangkakan pasukan pengakap dari luar negara iaitu Hong Kong juga akan menghantar pesertanya bagi menyertai perkhemahan kali ini.

Tambah Awang Zaini, pemilihan daerah Kota Belud sebagai tuan rumah Pra Jambori 100 tahun kali ini bersesuaian memandangkan bahagian Pantai Barat Utara merupakan antara bahagian persatuan pengakap yang aktif melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun.

Sambil melahirkan keyakinan perkhemahan pra Jambori kali ini dapat dijayakan sepenuhnya beliau berharap jawatankuasa pelaksana di semua peringkat dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka masing masing bagi mempastikan kelicinan program ini berjalan dengan baik dan teratur.

Di majlis tersebut, Awang Zaini juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 dari Persatuan Pengakap Negeri Sabah sebagai dana tambahan kepada  jawatankuasa penganjur .

9 comments:

  1. Program ini pasti akan mempromosikan Kota Belud. Dari luar negara pun ada juga menghantar wakil kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luar Negara pun membuat program Jambori ini. Tapi yang diadakah di Kota Belud hanyalah untuk bahagian Pantai Barat Utara.

      Delete
  2. ba pandai2 la jawatankuasa pelaksana urus 1500 peserta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peserta yang ramai memerlukan ramai tenaga penganjur.

      Delete
  3. Congratulations to Kota Belud for becoming the host of the Pre-Jamboree Program this year.

    ReplyDelete
  4. Hopefully everything about the program will go smoothly, thousands of leaders will come from all parts of Sabah to participate in the activities.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. moga program ini berjalan dngn lancar.

    ReplyDelete
  6. This Jamboree must be fun!

    ReplyDelete
  7. Program yang pasti ditunggu-tunggu oleh pengakap.

    ReplyDelete