SALAM....Lajim
bersalaman dengan orang ramai yang hadir mengucapkan selamat hari jadi
kepadanya pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-57 di kediamannya di
Beaufort.
Oleh : LOKMAN SUNGGIM
TIMBALAN Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin kelmarin membuat pengumuman
mengejut untuk meletak jawatan ketua cawangan Umno sebagai susulan keputusannya
sebelum ini tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Beaufort pada
mesyuarat agung akan datang.
Katanya, langkah pertama
yang diambilnya tidak akan pertahankan jawatan Ketua Bahagian dan langkah kedua
melepaskan Ketua Cawangan Umno.
"Langkah seterusnya
tunggu dan lihat,” kata Anggota Parlimen Beaufort itu pada majlis sambutan hari
jadinya ke-57 di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu, di sini.
Lajim yang juga Anggota
Majlis Tertinggi Umno, berkata beliau tidak akan tunduk dengan cabaran yang
dibuat pihak tertentu supaya beliau berundur dari parti dan kerajaan.
Katanya, mereka membuat
cabaran itu menerusi laman sosial facebook.
"Mereka siapa membuat
desakan seumpama itu. Jika saya melakukan kesalahan, parti dan kerajaan boleh
memecat saya," tegasnya.
Beliau berkata, "bukan
mereka yang menentukan masa depan saya sebaliknya rakyat di kawasan ini yang
akan membuat keputusan."
"Meskipun saya tidak
akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan memecat
saya kerana rakyat di kawasan DUN Klias
dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN
atau Umno terhadap saya," kata beliau.
ia hanya letakkan jawatan sebagai ketua bahagian, ia belum bermakna dia akan tinggalkan UMNO.
ReplyDeleteHarap beliau tidak akan meningalkan Umno.
DeleteHarus menghormati keputusan beliau jika benarnya beliau keluar dari UMNO.
DeleteBeliau berkata, "bukan mereka yang menentukan masa depan saya sebaliknya rakyat di kawasan ini yang akan membuat keputusan."
ReplyDeletesokong kenyataan beliau
Adakah beliau perlu meninggalkan parti? biarlah dia sendiri yang menentukannya...
ReplyDeletelagipun, itu haknya sendiri untuk membuat keputusannya
ReplyDeleteKita perlu berhati-hati dengan apa yang kita lihat/dengar dalam media
ReplyDeleteapa yang penting, rakyat haruslah tahu hak mereka sebagai pengundi
ReplyDeleteI see. The rumours are true after all.
ReplyDeleteLajim was just waiting for the right time in making his first move to leave UMNO. Whether he is leaving UMNO or not, its up to him.
Deletelajim hanya letak jawatan saja untuk memberi laluan kepada pemimpin muda...
ReplyDeleteHanya letak jawatan sebagai ketua bahagian saja, untuk beri peluanag kepada oarang lain.
ReplyDeleteTerpulang dengan Datuk Lajim sekarang ini. Beliau ada pilihan sendiri untuk memilih parti mana yang terbaik untuk disetai.
ReplyDeleteSatu demi satu Datuk Lajim tinggalkan. Adakah benar dengan khabar angin ini yang mana Datuk Lajik akan bersama dengan PR??
ReplyDeleteLajim will make himself clear.
DeleteCan't wait to know what his 3rd step would be.
ReplyDeleteBiarlah rakyat sendiri yang menentukannya.
ReplyDeleteJika benar, hormatilah keputusan beliau.
ReplyDeleteKami akan tahu selepas senarai calon yang dikemukakan.
ReplyDeleteSemua ahli umno BN harus menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon.
DeleteLambat laun pasti Lajim buat keputusan juga tu.
ReplyDeleteterpulang la dengan dia.. mana tau Anwar sudah janjikan untuk bagi dia jawatan TPM.. siapa tahu..
ReplyDeleteLajim sepatutnya bersyukur kerana berada dalam BN.. kalau pada hari ini beliau berjuang dibawah lambang pakatan, awal2 lagi dia sudah kena pecat..
ReplyDelete