Saudara Pengarang,
KEADILAN - Simbol mata
membawa erti mata melihat jauh ke hadapan dan melihat dengan membezakan
antara perkara yang baik dan perkara
yang tidak baik. Ada juga pepatah jauh di mata dekat di hati dan simbol mata
juga berkaitan dengan hati dan perasaan.
PAS - Simbol bulan menerangi
rakyat di dalam kegelapan terutama sekali pada waktu malam. Cahaya juga beerti
NUR.
DAP - Simbol roket sangat bercita-cita tinggi untuk
membawa Negara jauh dan laju ke depan sehingga ke ruang angkasa iaitu ke arah kemajuan.
SAPP - Simbol matahari
terbit di celah gunung kinabalu beerti sinar harapan untuk rakyat Sabah untuk
menikmati kemajuan dan kemewahan menjadi rakyat Malaysia di bawah pemerintahan
PAKATAN.
UMNO - Simbol keris untuk
membunuh rakyat. Tidak sesuai keris digunakan untuk memotong sayur.
BN - simbol dacing yang
kononnya seimbang atau adil tapi sebenarnya penuh dengan penipuan kerana nampak
sahaja rata tetapi nilainya penuh dengan penipuan. Dacing juga merupakan alat
yang sangat penting dalam perniagaan dan terbukti BN hanya untuk tujuan
perniagaan memperkayakan diri sendiri dan bukannya untuk membela rakyat.
Jadi apa penyelesaiannya?
Penyelesaiannya ialah kita kena tukar kerajaan dan ini boleh kita lakukan pada
PRU 13 nanti. Cadangan saya ialah kita undi pembangkang tidak kiralah PAKATAN (PKR,
PAS dan DAP ) atau pembangkang tempatan negeri Sabah seperti SAPP.
Mungkin ada yang akan
mempertikaikan kenyataan saya ini iaitu parti pembangkang seperti PAKATAN adalah parti dari Semenanjung. Bagi saya PAKATAN ialah semua yang menentang
BN dan UMNO termasuk parti pembangkang tempatan di Sabah seperti SAPP.
Kita masih memerlukan parti
pembangkang dari Semenanjung sebab jika setakat BN saja yang kalah di Sabah tidak
cukup. Kita harus menghapuskan BN dan UMNO secara total di peringkat setiap
negeri dan di peringkat negara. Selepas itu baru lah kita spesifik kepada
negeri Sabah. Selangkah demi selangkah.
Jika Pakatan tidak bagus
juga, kita tukar lagi kepada BN selepas satu penggal. Apa masalahnya? Sedangkan
sebelum ini kita sudah beri banyak peluang kepada BN dan UMNO sejak berpuluh
penggal.
Salam Reformasi,
BUTITIT POIMPOSIK
These are all personal opinions, it depends on how the people sees it. Not necessarily everyone agrees on this.
ReplyDeletepasal lambang pun nak dijadikan isu. apalah..
ReplyDeleteJika Butitit di pihak kerajaan, tentu penilaian akan berubah juga.
ReplyDeleteTiada makna juga tu lambang dan simbol yang cantik kalau kerja parti tu tidak 'cantik'.
ReplyDeleteTidak hairan kalau itu dari mulut pembangkang. Biarkan saja. Sudah namanya pembangkang pasti akan memburuk-burukkan BN.
ReplyDeletetu la tu, kalau sudah tidak suka, apa pun yang kerajaan buat semua pun tidak berkenan di hati.
DeleteTu cuma loga. Masing2 ada pendapat sendiri.
ReplyDeletekesian juga artikel dari si Butitit ni.. tidak ada idea ka sampai persoalkan logo parti?
ReplyDeleteini pula pandangan saya berkenaan dengan parti Pakatan..
ReplyDeletelambang satu mata PKR itu sama dengan lambang gerakan Zionis Yahudi antarabangsa Illuminati.. kebetulan??
slogan PAS For All pula sama dengan Israel For All.. kebetulan??
lambang DAP pula, menggambarkan sebuah roket melanggar bulan(PAS).. apa maksudnya tu??