KUALA LUMPUR : Malaysia
mengulangi kesediaannya menghulurkan bantuan kemanusiaan berikutan pergolakan
di Rakhine, Myanmar.
Menteri Luar Datuk Seri
Anifah Aman berkata perkara itu disampaikannya kepada Menteri Luar Myanmar,
Wunna Maung Lwin, semasa menelefon beliau pada Rabu.
Beliau berkata Wunna
menyatakan penghargaan Myanmar kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas
sokongan dan tawaran bantuan kemanusiaan kepada negara itu berikutan keadaan di
Rakhine.
"Menurut Wunna Maung
Lwin, situasi di Rakhine adalah terkawal dan justeru itu, keperluan mendapatkan
bantuan dari negara-negara anggota ASEAN tidak timbul buat masa ini.
"Bagaimanapun, beliau
ada menyatakan bahawa Malaysia akan dihubungi sekiranya ada keperluan bagi
mendapatkan bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu malam.
Anifah berkata Malaysia
sentiasa mengekalkan dasar tidak campur tangan terhadap urusan dalaman sesebuah
negara.
Malaysia percaya tiada
negara terutamanya negara anggota ASEAN patut dibiarkan bersendirian di waktu
kesusahan tanpa sebarang tawaran bantuan.
"Dalam hubungan ini,
saya juga menyampaikan perutusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
kepada Presiden Thein Sein bahawa tawaran bantuan Malaysia kepada Myanmar lahir
daripada rasa tanggungjawab dan semangat kejiranan dalam kalangan anggota
keluarga ASEAN ke arah penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015 kelak," katanya.
(Bernama)
Malaysia negara yang prihatin dgn keadaan negara2 jiran.
ReplyDeleteCampurtangan Malaysia bukan untuk menjadi batu api atau membesarkan lagi masalah tetapi bagi membantu menghulurkan bantuan kemanusiaan.
ReplyDeleteSetakat mana yang mampu untuk kita bantu saya rasa tidak ada masalah untuk melakukan nya. Kerajaan akan sentiasa update terhadap apa yang berlaku disekitar.
ReplyDeleteKeadaan pasti tidak akan berubah jika mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka. Kita sebagai orang luar hanya mampun memberi sertakat yang mampu.
ReplyDeleteIt is illogical for M'sia to interfere other country's internal problems.
ReplyDeleteBantuan harus diberikan kepada negara jiran yang memerlukan.
ReplyDeleteBaguslah kalau Malaysia tahu apa yang patut untuk dilakukan.
ReplyDeletePasti kerajaan M'sia tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan mana yang tidak sepatutnya dilakukan.
DeleteKerjasama perlu dikekalkan, lebih baik melakukan kebaikan daripada melakukan kejahatan.
ReplyDeletesikap suka membantu kerajaan Malaysia terhadap negara2 luar kadang kala dipandang serong oleh segelintir pihak di negara ini.. sedar atau tidak, bantuan2 seperti inilah yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara..
ReplyDelete