MUAR : Tan Sri Muhyiddin
Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera
dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang
bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong
Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri
berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara
berkenaan kepada rakyat.
"Angka (RM3 bilion)
yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang
untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak
tahu...pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan
dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.
"Kalau tidak betul,
Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas
Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis
pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di
sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri
Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua
Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu.
Selasa lepas, Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan
media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas.
Ibrahim dilaporkan berkata
dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang dibuat menerusi akuan
berkanun itu antara lain mendakwa, Anwar mengawalsebanyak 20 akaun induk membabitkan
aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang
diperoleh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
Akhbar hari ini pula
melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan
mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara berkepentingan
awam. (Bernama)
baik Anwar perjelaskan hal ini, dari mana dia dpt aset sebanyak itu?
ReplyDeleteSee..Anwar is not a saint.
ReplyDeleteAnwar mempunyai harta yang banyak rupanya. Patutlah dia menjadi menteri kewangan dulu. Pandai main duit.
ReplyDeleteAnwar how you earn so much asset accounts??? I really can't get it. I think he just play around with DPM request.
DeleteOpposition look like a Hero for people but they wearing mask to get people support.
ReplyDeletenanti keluar la sindrom nafi Anwar.. tapi tidak berani ambil tindakan undang2..
ReplyDelete