Oleh : WAN ALI AMIT.
KUCHING: Timbalan Spea-ker
Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya Parlimen boleh dibubar
bila-bila masa sebelum Belanjawan 2013 dibentang pada September akan datang.
Ahli Parlimen Santubong itu
berkata, pembubaran Parlimen yang dilakukan sebelum ini tidak banyak
perbezaannya.
“Perdana Menteri boleh
mengumumkan pembubaran Parlimen pada bila-bila masa sahaja… sebelum, selepas
atau pada pertengahan persidangan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ditemui pada Majlis Jamuan
Teh sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Peringkat Negeri
Sarawak, Wan Junaidi berkata: “Tidak ada apa-apa dalam perlembagaan atau
undang-undang yang boleh menghalang pembubaran Parlimen.”
Beliau menarik perhatian,
jika Perdana Menteri telah memberi nasihat kepada Agong dan baginda bersetuju
maka dibubarlah Parlimen.
Mengenai belanjawan yang
akan menjadi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), Wan Junaidi menjelaskan:
“Apa yang sebenarnya dalam fikiran Perdana Menteri itulah yang terbaik untuk
rakyat.
“Belanjawan perlu baik… jika
tidak cukup baik, rakyat tidak akan gembira. Belanjawan perlu untuk membuat
semua orang gembira,” katanya.
Wan Junaidi menarik
perhatian bahawa belanjawan mungkin menunjukkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)
diadakan selepas itu atau sebelumnya.
Ditanya adakah pilihan raya
tidak boleh diadakan semasa belanjawan, Wan Junaidi berkata: “Pada 1999 atau
2000 separuh belanjawan dilakukan selepas asul dibahaskan, dan belanjawan
adalah salah satu rang undang-undang atau perlembagaan yang tidak membatalkan
belanjawan itu sendiri.
Beliau menjelaskan bahawa
rang undang-undang yang sedang dibahaskan akan terus menjadi sah sehingga
pembubaran Parlimen.
“Parlimen boleh diteruskan,
melainkan jika kerajaan baharu dan menteri kewangan baharu mempunyai idea
sendiri mengenai apa yang hendak dibelanjakan,” katanya. (UB)
We still have not known when the federal government planned to dissolve the parliament. Speculators expect the 13th general election to be set up between August and September this year.
ReplyDeleteI think we should wait for the official announcement from the Federal government regarding the actual date for the general elections.
ReplyDeleteparlimen boleh dibubarkan bila2 masa, tapi ia sebaiknya kenalah pada masa yang benar2 sesuai.
ReplyDeleteYup. harus pada masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen
DeleteTunggu sajalah pembubaran rasminya.
ReplyDeleteMengenai pembubaran itu rasanya PM sendiri telah menetapkan dan merancangnya.
ReplyDeletelebih baik tunggu saja la pengumuman.
ReplyDeletelepas ni tidak ada lagi alasan untuk kerajaan negeri Pakatan mahu mengadakan pilihanraya berasingan..
ReplyDelete