KUALA LUMPUR : Kerajaan
tidak bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan lain untuk mendakwa
seseorang yang terlibat dalam kes rasuah tanpa merujuk kepada Peguam Negara,
persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jika SPRM atau
badan lain diberi kuasa itu, usaha mewujudkan pemikiran bebas dalam
pertimbangan fakta dan keterangan sesuatu kes tidak akan dapat dilakukan.
"Kuasa itu hanya
terletak pada Peguam Negara seperti termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan
Persekutuan.
"Fasal (3) Perkara 145
menyatakan Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding
bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah
Anak Negeri dan Mahkamah Tentera," katanya.
Mohamed Nazri berkata
demikian semasa menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang ingin tahu
sama ada kerajaan bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi kuasa
kepada SPRM atau badan lain bagi mendakwa seseorang terlibat kes rasuah.
Beliau berkata kuasa membuat
pertuduhan dan pendakwaan tidak boleh dipengaruhi mana-mana kuasa lain dan
haknya hanya terletak pada kuasa mutlak Peguam Negara serta mempunyai pendakwa
raya yang bebas.
"Timbalan Pendakwa Raya
yang ditempatkan di SPRM ini dilantik oleh Pendakwa Raya di bawah Sub-Seksyen
376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan diberi kuasa untuk membuat keputusan bagi
kes-kes yang disiasat SPRM dan semua keputusan hendaklah disemak panel yang
ditubuh di bawah SPRM,” katanya. (Bernama)
SPRM harus ada kuasa lakukan pendakwaan pada mereka yang terlibat rasuah.
ReplyDeleteMungkin ini boleh dipertimbangkan. Biar SPRM dapat jalankan tugas dengan cepat dan berkesan.
DeleteSPRM should be given the power to conduct their own prosecution.
ReplyDeleteSPRM ada prosuder mereka sendiri untuk melakukan siastan. Maka kita tidak perlu ikut campur atas prosuder mereka.
ReplyDeleteProsedur tu perlu benar2 tulus untuk menangkap mereka yang sepatutnya.
DeleteSPRM harus amanah melaksanakan tugas.
ReplyDeletetidak boleh dipinda? bagaimana pula jika ada sekurang2nya majoriti sokongan dua pertiga di Parlimen?
ReplyDelete