KUALA LUMPUR : Empat aset
milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah
bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Penolong Ketua Urus Setia
Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam
kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan
Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu
siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit
laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Hasil siasatan telah
mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi ‘subject matter’ kepada kes,"
katanya.
Susulan itu beliau berkata
Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah
mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di
bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.
Empat aset yang disita itu
ialah dua unit ‘One Menerung’ kondominium di sini untuk unit B1-2 dan B1-1, dan
dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya.
"Bagi memenuhi
peruntukan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, adalah menjadi kewajipan supaya
perintah penyitaan itu disiarkan di dua akhbar utama berbahasa kebangsaan dan
bahasa inggeris sebelum 20 Jun ini," katanya.
Ramli berkata kegagalan
mematuhi peruntukan itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 86
AMLATFA 2001.
Pada 12 Mac lepas, Pengerusi
eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyelewengkan
RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian
dua unit kondominium di ‘One Menerung’ di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di
CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.
Tuduhan kedua melibatkan
pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation
Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah,
antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009. (Bernama)
NFC tidak dpt lari dari tindakan, byk aset dah disita.
ReplyDeleteHarap pihak yang mengambil alih projek NFC yang seterusnya tidak akan terlibat dengan isu seperti ini.
ReplyDeletePihak yang mengambil ahli NFC diharap lebih amanah dari yang sebelumnya.
DeleteKeep up the good work.
ReplyDeleteSemoga isu NFC ini tidak akan berterusan. Berita yang gembira mengenai NFC adalah mengenai keputusan yang dibuat yang mana Datuk Shahrizat tidak terlibat dalam hal ini. Nampaknya Shahrizat bercakap benar sebelum ini.
ReplyDeleteTeruskan usaha menyiasat mengenai perkara ini.
ReplyDeleteKes masih lagi berpanjangan
ReplyDeletebila la isu NFC ni senyap.. buat la siasatan secara menyeluruh, bukannya satu persatu..
ReplyDelete