BANTUAN.....
Sapawi sambil disaksikan oleh Kamarlin menyampaikan replika cek kepada
Pengerusi PERBEKK Mohd. Said sebagai bantuan bagi menjana program persatuan
tersebut.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
BEAUFORT :Persatuan Belia
Kampung Kuridak (PERBEKK) akan terus memainkan peranannya melalui pelbagai
program telah dan akan dilaksanakan bagi membantu usaha kerajaan melaksanakan
program tranformasi bukan sahaja di kalangan belia, namun turut melibatkan masyarakat
setempat.
Pengerusinya, Mohd.Said
Awang Damit berkata PERBEKK akan terus menamakan azam dan tekad bagi memberikan
sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha usaha pembangunan dan
transformasi masyarakat yang di laksanakan oleh kerajaan
"Sebagai salah sebuah
persatuan Belia di negeri ini, (PERBEKK) turut memainkan peranannya sebagai
juru bicara rakyat yang memperjuangkan kepentingan isu-isu belia dan masyarakat
setempat dalam program yang dianjurkan oleh persatuan ini," katanya ketika
ditemui selepas majlis penutupan Karnival Belia PERBEKK 2012 di kampung Kurdiak
dekat sini, baru-baru ini.
Majlis penutupan yang disempurnakan
oleh Ahli Parlimen Sipiting Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad juga turut dihadiri
oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Kamarlin Haji Ombi,Naib Ketua Pergerakan
Pemuda Umno Sipitang Matbali Haji Musah dan Pegawai Belia dan Sukan Beaufort
Nordin Ismail.
Karnival Belia PERBEKK yang
berlangsung selama seminggu dengan pelbagai pengisian programnya antara
aktiviti sukan bola sepak dewasa dan kanak-kanak, sukaneka, program
kemasyarakatan gotong-royong, derma darah, program keagamaan, majlis tahlil dan
kursus pengurusan jenazah, kursus membuat kek dan pameran.
Sehubungan dengan itu Mohd
Said berkata, setiap program yang disusun atur sepanjang karnival tersebut
tidak hanya menumpukan perhatian kepada golongan sasar itu kaum belia namun
melibatkan penyertaan komuniti setempat agar hubungan jalinan kerjasama dalam
melahirkan masyarakat bersatupadu dan harmoni dapat diterjemahkan bagi membantu
menjana proses pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat.
Katanya, transformasi yang
semakin hangat diperkatakan pada hari ini yang seharusnya tidak dipandang remeh
oleh golongan generasi muda .PERBEKK yang semakin peka terhadap pembangunan
belia juga turut mengatur strategi untuk melibatkan seluruh warga belia di daerah
ini agar terus bersama-sama mengubah pemikiran kepada minda kelas pertama;
dalam semua segi termasuklah sosial, ekonomi dan politik bagi menyokong hasrat
kerajaan untuk melihat negara ini diwarisi oleh golongan muda yang
kepimpinannya berkualiti.
"Bagai mencapai
matlamat ini PERBEKK menggariskan agenda memperkasakan persatuan belia adalah
merupakan perkara utama, segi pendidikan, kerohanian, kebudayaan, sukan dan teknologi
maklumat," katanya.
Tambah Mohd Said PERBEKK
meletakkan kedudukannya sebagai 'makmal' yang bersifat progresif dan dinamik
demi memastikan kerajaan memahami dan menerima maklum balas yang menyeluruh
daripada segenap lapisan rakyat. Dalam masa sama, rakyat pula diberi penjelasan
tentang polisi serta tujuan sesuatu dasar itu dilaksanakan
Terdahulu ketika berucap menutup
program tersebut Sapawi yang juga Ketua Umno bahagian Sipitang berharap agar
persatuan belia di kawasan tersebut
khususnya PERBEKK memanafaatkan kemajuan yang dikecapi oleh negara dalam,
keadaan politik yang begitu stabil bagi melaksanakan pelbagai program yang
boleh menanam semangat patriotisme dalam kalangan warga belia.
Tambah beliau, semangat
kenegaraan ini dapat mengukuhkan lagi jatidiri warga belia itu sendiri, di
samping dapat memelihara suasana dan situasi kestabilan politik negara.
Sapawi berkata sebagai
persatuan belia yang menjadi mata dan telinga bagi agensi kerajaan khususnya
Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dan umumnya agensi lain, mereka berperanan
membawa transformasi belia ini bukan sahaja kepada minda kelas pertama malah
juga bertanggungjawab menjadikan negeri ini; khususnya di kawasan tersebut
diwarisi oleh generasi muda yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek, dalam usaha ke arah pembangunan modal insan yang mempunyai keteguhan
jatidiri agar dapat meningkatkan lagi martabat masyarakat belia di kawasan
tersebut
"Justeru, PERBEKK perlu
melaksanakan lebih banyak program-program berbentuk pemupukan kepimpinan,
latihan, intervensi dan kesukarelaan. Ia adalah usaha berterusan yang perlu
dilaksanakan untuk memastikan negara tidak ketandusan golongan pelapis
kepimpinan muda bagi persediaan masa hadapan," katanya.
Di samping itu Sapawi yang
juga Exco Penerangan Negeri berharap PERBEKK turut mensasarkan untuk membina
lebih banyak jaringan kerjasama melibatkan agensi-agensi kerajaan, swasta serta
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam setiap program yang
dilaksanakan demi memastikan usaha pembangunan dan perubahan masyarakat dapat
dilaksanakan dengan lebih sistematik dan bersepadu.
moga PERBEKK dpt laksanakan peranannya dgn baik.
ReplyDeleteLaksanakan seiring dengan objektif penubuhan.
DeleteGolongan belia memang wajar dilibatkan dalam apa2 saja program yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana suatu masa nanti mereka pula yang bakal mewarisi kepimpinan negara.
ReplyDeletebetul tu...dan adalah peranan pemimpin untuk menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam apa jua program yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Deletepenglibatan daripada NGO dan pertubuhan kemasyarakatan seperti PERBEKK ini dalam menjana transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perlu untuk memastikan objektif transformasi dicapai.
ReplyDeleteWe urge that transformation will turn up a great and positive outcome.
Deletelain2 pertubuhan belia di sabah juga seharusnya mencontohi PERBEKK..
ReplyDeleteAll the best PERBEKK. Harap semuanya yang dirancang berjalan lancar.
ReplyDeleteSemoga usaha PERBEKK mendapat sokongan semua pihak demi hasil yang positif.
ReplyDeletepersefahaman dan kerjasama semua golongan amat diperlukan untuk menjayakan program ini.
DeleteThe positive impacts that PERBEKK do will reflect the positive image of our govt too.
ReplyDeletePara Belia haruslah didekati.
ReplyDeletesetuju, golongan belia harus selalu didekati.
DeleteBelia harus diberikan pendekatan yang baik untuk mereka dapat menentukan masa depan generasi Negara kita ini.
ReplyDeletebelia addalah unsur pembangunan yang penting, jadi, tunjua ajar yang positif amat diperlukan.
ReplyDeleteBelia inilah sumber yang paling penting untuk pembangunan yang berterusan.
ReplyDeleteBelia adalah aset kepada negara.
Deleteyang penting PERBEKK jelas dengan objektifnya dan berusaha menghala arah yang positif. good luck!
ReplyDeleteharap PERBEKK akan terus menyumbang sesuatu yang baik kepada masyarakat.
ReplyDeleteprogram seperti ini harus dibuat lagi pada masa akan datang.
ReplyDeleteusaha yang baik untuk menjana tranformasi.
ReplyDeleteteruskan agar tranformasi dilakasanakn dengan berkesan.
ReplyDeletesaya harap PERBEKK akan aktif sampai bila2 bukan hanya di musim pilihanraya.. saya ucapkan syabas untuk initiatif seperti ini yang saya kira amat baik untuk golongan belia2 muda..
ReplyDelete