WAWANCARA….Sabahkini
sedang mewawancara Bumburing mengenai isu RCI dan Kad Pengenalan Projek.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
TIMBALAN Presiden Angkatan
Amanah Merdeka (AMANAH) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing berkata penubuhan
Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan sekadar memantau
kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), malah menyekat kerakyatan
songsang yang sudah lama menunjangi politik Sabah.
"RCI adalah penanda aras kredibiliti kerajaan dan menjadi satu kemestian yang tidak dapat ditolak," kata Bumburing.
Katanya, pemberian kad
pengenalan projek bukan lagi cerita baru ini sejak zaman BERJAYA kerana PATI
yang datang dari Filipina, Indonesia dan juga Paksitan telah diberikan kad
pengenalan melalui sindiket yang telah berjaya dipatahkan pada 1995.
Bumburing berkata demikian
dalam satu wawancara khas dengan Sabahklini.Net sejurus selepas merasmikan
Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Telupid yang di langsungkan di Dewan
Belia Kampung Taviu, Jalan Telupid, kelmarin.
Menurut Bumburing, tindakan
Perdana Menteri menubuhkan RCI itu memang baik dan wajar disokong oleh semua
pihak; tetapi yang menjadi tanda tanya siapakah barisan ahli-ahli panel dalam
jawatankuasa suruhanaya itu? Adakah hanya terdiri daripada ahli-ahli UMNO
sahaja atau Pro-Kerajaan sahaja?
Untuk tidak meragukan semua
pihak, ada baiknya jika ahli panel jawatankuasa RCI dilantik di kalangan tokoh
bebas yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik agar kredibilitinya
tidak dipertikaikan kelak.
GIMIK…Bumburing
memalu Gong sebagai tanda perasmian Pesta Kaamatan 2012.
"Andai kata hanya ahli
UMNO atau BN sahaja yang menjadi ahli panel tersebut, maka tentu banyak perkara songsang akan berlaku;
malah memesongkan persepsi orang ramai terhadap RCI kerana akan dianggap tidak
telus dan tidak ikhlas. Kita tidak mahu RCI hanya sekadar melepaskan batuk di
tangga," ujar Bumburing yang menggesa agar RCI yang bakal ditubuhkan tidak
menjadi seperti RCI menyiasat kematian Teoh Beng Hock.
Bumburing yang juga Pengerusi
AMANAH Sabah menjelaskan mengikut statistik, unjuran nisbah bilangan populasi
penduduk asal suku/bangsa Sungai di Kinabatangan baru berjumlah 31 ribu orang
berbanding dengan jumlah PATI yang sudah menjadi Warga Negara Malaysia gara-gara
memiliki mykad projek ialah 172,000 ribu.
"Senario ini amat
berbahaya untuk keselamatan Negara kerana sudah berlaku 'reverse take over' di Kinabatangan,”
kata Bumburing yang menggesa rakyat di Kinabatangan bertindak sebelum
terlambat.
Tegas Bumburing lagi, jika kerajaan
tidak dapat memantau keadaan ini melalui penubuhan RCI, maka sudah tentu Negara
kita akan terancam.
"Bagaimana nasib anak
bumiputera tulen? Kita tidak mempertikaikan bangsa mereka terutama yang datang
sebelum merdeka, terutama yang mendapat kerakyatan secara sah; sebaliknya hanya
menumpukan mereka yang medapat kerakyatan songsang," ujar Bumburing yang
kesal kerana Kerajaan Persekutuan masih menunggu Terma Rujukan (TOR) yang
sesuai sebelum pengumuman rasmi dibuat.
Bumburing turut kesal kerana
masalah kerakyatan songsang yang berlaku di Sabah sebelum ini telah merebak ke
Semenanjung Malaysia sehingga mengubah pola pengundian dan hak kuasa untuk
menubuhkan kerajaan.
"Mengenai kes kad pengenalan
projek ini, saya sudah berkali-kali membawa isu ini ke persidangan Dewan Rakyat
tetapi ramai memandang serong kepada saya yang kononnya membawa suara
pembangkang; sedangkan saya hanya memperjuangkan hak rakyat Sabah dan kuasa
kami memilih kerajaan yang sah," kata Bumburing yang mengakui landskap
politik Sabah sudah jauh berubah sejak 1994.
Betul2 juga Wilfred Bumburing masuk Amanah. perjuangan baru untuk rakyat Sabah??
ReplyDeleteBumburing denies he is quitting UMNO.
DeleteTak kira Bumbering berada di mana, jika ikhlas untuk orang Sabah, pasti boleh memperjuangkan yang terbaik untuk orang Sabahan walaupun tidka bersama UMNO.
DeleteTidak apa yang penting perjuangannya tetap untuk penduduk Sabah. Itu yang penting sekali.
Deletedalam RCI nnti, pastikan ahli2 panelnya adalah mereka yang bebas, adil dan telus.
ReplyDeleteYa sebab kalau tidak, sama juga ceritanya nanti. Masalah takkan selesai juga kalau ada panel yang 'dikongkong'. hehe
DeleteThe most important thing is, never stirred it with politics.
DeleteIndeed, they should be free from any parties.
Deletemoga RCI akan mencapai matlamatnya dalam atasi isu PATI dan projek ic di Sabah.
ReplyDeleteKalau RCI ditubuhkan dengan tujuan yang ikhlas pasti semuanya akan dapat ditanggani dengan baik.
DeleteAnd cooperation from the quarters.
Deleteharap panel dapat menjalankan tugas dengan amanah.
Deleteperlaksanaan RCI ini haruslah ditubuhkan atas keikhlasan kerajaan untuk menangani masalah RCI dan kerakyatan songsang di Sabah
ReplyDeleteSaya yakin kerajaan pasti akan mempertimbangkan dan membuat keputusan yang terbaik terhadap hal ini.
DeletePasti kerajaan akan mencari jalan penyelesaian bagi masalah Pati ini.
Deletesemoga TOR yang dijanjikan oleh pihak Najib sudah siap
ReplyDeleteIt is actually done but we need approvals from all walks of life.
DeleteNajib should take prompt action.
DeletePM akan menunaikan janji beliau.Itu yang pasti.
Deletepenubuhan RCI adalah permintaan rakyat Sabah sendiri
ReplyDeletesemoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita
ReplyDeleteYa, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
DeleteIt will be done.
DeletePasti akan di tubuhkan.Kita tuggu sahaja.
DeletePm will work his word.
Deletemarilah kita semua bersatu-padu dan kekal sebagai Sabahan dengan niat yang baik.
ReplyDeletethe RCI's panel members must be fair and clean. No point having RCI in sabah if the members are corrupted.
ReplyDeleteI hope it wouldn't take long for the TOR to be prepared so that RCI could be set up in sabah as soon as possible.
DeleteSemoga hal ini menadapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berkenaan.
ReplyDeleteJika member RCi juga berasuah, sampai bila pun masalah PATI tidak dapat diselesaikan.
ReplyDeleteMogakan panel ini dapat berfungsi dengan amanah tanpa dikuasai mana-mana kuasa besar.
DeleteHow to make sure RCI also clean?
ReplyDeletePATI harus dihantar balik segera agar tidak menjejaskan ketenteraman yang rakyat nikmati.
ReplyDeleteHarap RCi akan dilaksanakan dalam masa yang tersingkat sebab PATI semakin berleluasa.
ReplyDeleteAgree with Bumburing. The illegals immigrant and ic project problems are obvious. The findings from RCI investigation must be done properly and with full of integrity.
ReplyDeleteKehadiran RCI ini memberi wajah cerah kepada penduduk Sabah bagi menyelesaikan masalah Projek IC.
ReplyDeleteRCI to look the problem of illegal immigrants in Sabah will confine its investigation to the State.
DeletePairin Kitingan proposes that the government cancels all identity cards obtained by foreign immigrants through dubious means. He said the move was necessary to combat the ‘Project IC’ issue frequently raised by various parties in the state including the opposition.
ReplyDeletejangan risau la.. sedangkan PSC untuk mengkaji sistem pilihanraya yang bersih dan adil pun dianggotai oleh pemimpin2 pembangkang dan bebas.. RCI juga pasti akan menggunakan pendekatan yang sama..
ReplyDeletekalau dari BN, lantik saja Bumburing sebagai salah seorang panel RCI..
ReplyDeleteHead of State Tun Juhar Mahiruddin aserted that the perennial issue of illegal immigrants in Sabah must be handled in a collective manner and at the same time resolved wisely.
ReplyDeleteThis issue has been taken seriusly both by the State and Federal Governments and have taken integrated action to address the situation.
ReplyDeleteTherefore it is deemed crucial that all parties, including the general populous must render their cooperation to ensure the issue is resolved.
ReplyDeleteThe problem must be settled together and wisely, everyone must be prepared to render firm co-operation to ensure the illegal immigrant issue would be overcome for the sake of our wellbeing and prosperity.
ReplyDeleteThe question of the efficiency if this Royal Commission is still too early to determined due to the a fact that the Royal Commission of being restricted by the Term Of Reference. Until this TOR has been finalized, one can only speculate, just as before before the anouncement of the RCI.
The way I see it, This RCI is not a definite solution to the question of illegal immigrants; but I believe that this RCI serves to look into the issue that concerns it.
Hopefully with the findings of this form of public inquiry, it will have a significant impact on policy as well as action plans burrently undertaken both by state and federal level to handle this question.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete