Sunday 26 August 2012

ANTILOMPAT TIDAK PERLU TAPI BAKAL CALON



TAAT......Ghulam adalah contoh Calon terbaik kerana taat kepada pemimpin. Mungkin inilah yang bakal diucapkan Shafie jika hasratnya menjadi Ketua Menteri Sabah terkabul.


KOTA KINABALU : Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata undang-undang antilompat tidak perlu diwujudkan di Negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi yang antara lain memberi kebebasan kepada individu untuk berpersatuan termasuk dalam arena politik.

Beliau berkata sekiranya mana-mana pihak atau parti politik mahu menghalang mana-mana pemimpin mereka khususnya wakil rakyat menyertai parti lain selepas menang dalam pilihan raya, ia perlu dilakukan seawal mungkin termasuk penerapan nilai-nilai baik dan membuat “penapisan rapi” calon yang bakal diketengahkan.

“Tapislah calon-calon yang rasanya ada kemungkinan akan lompat… jangan jadikan mereka calon mengikut sistem sedia ada.

“Tidak banyak negara yang mempunyai perundangan antilompat. Apa yang penting ialah kita menerapkan nilai-nilai baik di kalangan ahli politik supaya ketahanan mereka dalam perjuangan ada disiplin dan konsisten,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Armizan Md Ali di kediamannya di Luyang dekat sini, malam tadi.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan DAP Pulau Pinang untuk mewujudkan undang-undang antilompat.

Beliau berkata anggota politik seharusnya berprinsip dan tidak mementingkan habuan sebagai balasan untuk melompat ke parti politik lain.






Mohd Shafie berkata amalan lompat-melompat parti adalah satu perbuatan yang jijik dan tidak bermoral di kalangan ahli politik kerana “mereka menang atas landasan tiket parti yang mereka sokong dan yakin boleh menjadi landasan untuk membela nasib rakyat”.

“Jadi cara terbaik untuk menidakkan atau menghalang mereka ialah melalui kuasa rakyat pada waktu pilihan raya.

“Rakyat boleh menilai sendiri dan mungkin menghukum mereka melalui proses pilihan raya. Ada kalanya ahli-ahli politik ikut hati melompat kerana kepentingan rakyat … kalau kepentingan rakyat, tiada masalah tetapi ada kalanya kepentingan peribadi atau tujuan tertentu yang diutamakan,” katanya.






Mengenai tindakan beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan terbuka kepada pakatan pembangkang, Mohd Shafie berkata beliau yakin rakyat Sabah cukup matang untuk membuat pilihan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang.

“Keadaan politik di Sabah penuh warna-warni … namun ia bukan sesuatu yang luar biasa di negeri ini.

“Kita lihat memang ada yang lompat dari BN ke parti lain, tetapi yang penting ialah kita konsisten untuk membangunkan negeri ini … kita selesaikan masalah akar umbi termasuk melaksanakan program pembangunan yang menyentuh hati pengundi,” katanya. – MediaUMNO

20 comments:

  1. Mereka yang asyik melompat parti ini cuma akan menjejaskan nama sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lompat parti untuk kebaikan diri sendiri tapi bukan untuk rakyat.

      Delete
    2. Mereka yang lompat parti tu sudah tau yang mereka tidak akan terpilih sebagai calon PRU nanti.

      Delete
    3. Bukan name sendiri sahaja malah nam aparti yang diwakilinya.

      Delete
  2. PRu13 di Sabah bakal menyaksi persaingan sengit antara parti yang bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persaingan semakin hangat dan giat, pasti satu cabaran yang besar untuk politik Sabah.

      Delete
  3. Joseph Pairin Kitingan dilaporkan berkata cadangan menyemak semula undang-undang antilompat parti mempunyai merit kerana ia boleh menghalang seseorang ahli politik daripada menukar parti selepas dipilih sebagai Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan PBS di Sabah pernah menggubal undang-undang seperti itu pada 1980-an, tetapi diisytihar bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia menghalang kebebasan seseorang untuk berpersatuan.

    ReplyDelete
  5. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata cadangan penggubalan undang-undang antilompat parti bagi menghalang kepada wakil rakyat keluar dan melompat dari satu parti ke satu parti dilihat menjadi tamparan yang hebat kepada ketua parti pembangkang yang sibuk memancing pemimpin BN untuk keluar parti.

    ReplyDelete
  6. Lompat parti kebiasaan dalam politik, ada juga dari BN dan ada juga kepada BN. Tiada apa yang perlu menumpu perhatian.

    ReplyDelete
  7. Bn menghadapi cabaran selepas kehilangan bumbering dan lajim.

    ReplyDelete
  8. Pasti komponen seharus sebulat suara dan bersatu padu untuk memperjuangkan misi yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree that the component parties must always be united to achieve common goals.

      Delete
  9. yang mahu melompat itu, biarkan saja mereka melompat.. biar rakyat saja yang menghukum mereka..

    ReplyDelete
  10. dalam kenyataan di atas, Shafie kata jangan pentingkan habuan.. oleh itu beliau juga perlu melupakan hasrat beliau untuk merampas jawatan ketua menteri sabah..

    ReplyDelete
  11. Bernard Dompok and Pairin Kitingan has expressed their support to have an anti-hopping law to prevent politicians from changing parties after being elected to parliament or state assemblies.

    ReplyDelete
  12. Bernard Dompok supports a review of the anti-hopping law, “provided those hopping be allowed to participate in a by-election”.

    ReplyDelete
  13. The anti-hopping law is basically aimed at curtailing elected representatives, who won the election on a certain political party ticket, to crossover to another party.

    ReplyDelete
  14. Sabah Deputy Chief Minister and Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan opined there was merit in bringing about a review of the anti-hopping law to stop politicians from changing parties after being elected to parliament or state assemblies.

    ReplyDelete
  15. masing2 ada hak untuk memilih, tapi rakyat jgnlah sokong pemimpin yang tiada pendirian.

    ReplyDelete