Monday, 20 August 2012

KDM DAN CINA PENENTU KERAJAAN BARU SABAH?




Saudara Pengarang, 

PILIHANRAYA UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.

Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.

Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.

Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.

Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.

Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.

Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.

Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.

Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.

Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.

Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.

Kawasan tersebut ialah;
N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037

Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.

Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ABDULLAH

19 comments:

  1. Apa pun jika kerajaan BN Sabah dapat melakukan yang terbaik kepada rakyat rasanya amat sukar ditumbangkan oleh Pembangkang. Mari kita tunggu saja PRU 13 akan datang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang tidak akan semudah itu dapat tumpaskan BN yang telah lama memerintah.

      Delete
    2. dengan pengumuman RCI serta penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji semula royalti minyak, saya rasa peluang pembangkang pada PRU kali ini semakin tipis..

      Delete
  2. Sokongan rakyat masih lagi bersama BN, BN pasti akan dapat melepasi PRU13 dengan jayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2lah kita menunggu PRU dan keputusannya nanti.

      Delete
  3. Macam saja senang pembangkang nak menang.. Aduiii, over konfinden pun susah juga tu tau. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang setiap kali pilihanraya, inilah sikap pertama yang mereka tunjukkan kepada rakyat..

      Delete
  4. Semuanya terletak ditangan rakyat dan kita lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  5. Semua kaum merupakan penentu kepada kemenangan sesebuah parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kenyataan di atas hanya membuktikan bahawa pembangkang di Sabah hanya berjuang untuk kaum2 tertentu saja yang mana jumlah mereka boleh jadi penentu pilihanraya sahaja.. yang minoriti mereka abaikan..

      Delete
  6. ""Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu;""

    saya tidak nampak pun rakyat Sabah muak dan jengkel dengan kerajaan sedia ada.. dan saya tidak nampak "membaranya" semangat mahu menukar baju di Sabah.. semua ini hanya teori pembangkang untuk melegakan diri mereka sendiri..

    ReplyDelete
  7. ""Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.""

    zaman Pak Lah dan zaan Najib tidak sama.. jika PRU12, 5 negeri jatuh ketangan Pakatan, tidak mustahil pada PRU13 ini pula seua negeri2 Pakatan jatuh ketangan BN..

    ReplyDelete
  8. ""sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.""

    parti pembangkang mana yang mampu menarik sokongan KDM dan Cina di Sabah?? pada pandangan saya, PBS kekal membolot undi kaum KDM.. manakala LDP kekal menguasai undi kaum Cina di Sabah..

    ReplyDelete
  9. "Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah."

    20 perkara sedang dan telah dilaksanakan. royalti minyak sedang dalam kajian. manakala PATI bakal diselesaikan melalui RCI..

    ReplyDelete
  10. ""Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina""

    jelaslah bahawa pembangkang2 di Sabah hanya berminat untuk meracuni fikiran rakyat dengan memutarbelitkan fakta serta menyebarkan pembohongan..

    ReplyDelete
  11. ""Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.""

    bagaimana dengan penyerahan hutan seluas 5 kali ganda Singapura oleh SAPP kepada 265 kroni2 Yong Teck Lee ketika Yong masih menduduki kerusi KM Sabah?? wajarlah rakyat Sabah menghukum parti ini pada PRU13 nanti..

    ReplyDelete
  12. sebaik2nya jangan dulu mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. pembangkang2 di Sabah juga tidak ada yang menonjol dalam memperjuangkan hak2 rakyat Sabah.. malah kegagalan mereka bergabung juga bakal membawa kekalahan kepada pembangkang Sabah pada PRU13 nanti..

    ReplyDelete
  13. So at the state level, the government must have good plans which the federal government will complement. This will ensure the wealth distribution between the states in Peninsula and Sabah and Sarawak.All development projects took time and to unite the 14 states in Malaysia was not easy, especially with its diverse ethnic groups, religions and background.

    ReplyDelete
  14. The state and federal governments have a common task in that both are working together to make Malaysia a progressive nation. As such, leaders at both levels must be able to see eye to eye. The state and federal level leadership must be able to work together in partnership and to think as a nation. Apart from that, development came from both the state and federal governments.

    ReplyDelete