Oleh
: S.CONNIE PEARL SUIL
KOTA
KINABALU: Kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati
insiden paus mati terdampar di perairan Kuala Penyu baru-baru ini disebabkan
penyakit misteri.
Pengarah
Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) UMS, Prof Dr Saleem Mustafa berkata
berdasarkan pemerhatian yang dijalankan IPMB, didapati ikan paus itu tidak
mampu berenang kerana terlalu lemah.
“Ikan
paus Ballen dari kategori Balaenopteridae seberat 10 tan dan panjang kira-kira
16 meter itu kelihatan lemah dan tidak mampu berenang walaupun terdapat usaha
menyelamat dengan menariknya ke kawasan air yang lebih dalam.
“Faktor
lain, seperti kelemahan yang ekstrem serta usia tua juga merupakan antara
penyumbang kepada kematian ikan paus itu,” katanya pada sidang media mengenai
penemuan saintifik ikan paus yang mati di perairan Kuala Penyu, di sini
kelmarin.
Menurut
Saleem, paus yang terdampar di negeri ini bukan sesuatu yang baharu kerana kes
seperti itu pernah dilaporkan beberapa kali pada masa yang lalu.
“Bagaimanapun,
kebanyakan usaha untuk menyelamatkan ikan paus terdampar tidak berjaya…banyak
yang mati akibat mengalami penyahhidratan, kecederaan dalaman akibat
ketidakupayaan menyokong berat badan apabila keluar daripada air.
“Selain
itu, kematian juga berpunca akibat lemas apabila lubang hembus mamalia ini
tersumbat akibat dipenuhi air terutamanya ketika air pasang,” jelasnya.
Sementara
itu, Pensyarah IPMB, Dr John Madin berkata berbanding negeri lain, Sabah
merupakan negeri yang mencatat peratusan tertinggi dalam kes mamalia terdampar
seperti paus.
“Dianggarkan
berpuluh-puluh kes seperti itu telah berlaku sejak pertama kali ia direkodkan
pada tahun 1970-an,” katanya.
Tambahnya,
berdasarkan penemuan terbaru, ikan paus juga mampu mengelilingi perairan di
seluruh dunia iaitu kira-kira 400 juta kilometer sepanjang hayatnya. (UB)
No comments:
Post a Comment