Monday 6 June 2011

HANTU LABU KUNING DI GIANT BATU 6



BANGUN......Masak labu kuning, mayat akan bangunan minta makanan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

LABU KUNING adalah sebuah jenis tumbuhan yang mudah didapati di kebun-kebun sayur yang berhampiran dan boleh menjalar (merayap) sehingga 200 kaki daripada jarak pangkal akarnya.

Buah labu kuning juga banyak manfaatnya kepada manusia kerana ia bukan sekadar disebut sayur buah untuk dibuat lauk, bahkan ia boleh dijadikan bubur labu, dodol labu dan berbagai-bagai lagi.

Bercakap pasal labu kuning, terdapat kisah sebenar yang pernah terjadi kepada penghuni rumah kongsi ladang getah di Batu 6, Jalan Labuk, Sandakan yang sekarang dijadikan gedung pusat membeli belah iaitu Giant.

Dalam ladang getah kepunyaan Syarikat Man Woo Long Sdn Bhd, terdapat 6 buah rumah panjang atau dipanggil rumah kongsi yang disediakan oleh majikan dan didiami lebih 70 orang pekerjanya; 60 peratus adalah bangsa Jawa dan selebihnya adalah Tidung, Suluk, Bajau, Banjar, Orang Sungai dan suku kaum lain.

Dipendekkan cerita, memang sudah menjadi pantang larang dan sesiapa yang sengaja melanggar pantang larang itu atau memang tidak disengajakan, mungkin juga tidak percayakan patang larang tersebut, pastinya akan berdepan dengan malapetaka yang mengerikan.

Pada tahun 1965, ketika itu umur saya baru melangkau 11 tahun, kami sekeluarga tinggal di rumah kongsi nombor 3 kerana bapa saya bekerja sebagai penoreh getah.

Pada suatu hari, seorang pekerja berbangsa Jawa yang bekerja di gudang basah, Kakek (Atuk) Sarkun bin Ngadiman, 50, meninggal dunia (mati) akibat dipatuk ular hitam semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Disebabkan Kakek Sarkun lambat mendapat bantuan kecemasan di Hospital Duchess of Kent Sandakan kerana sukar mendapat kenderaan, terpaksa menahan kesakitan sehingga ke hujung nyawa.

Memang sudah menjadi kebiasaannya, setiap ada orang yang meninggal dunia, seluruh warga ladang itu datang menziarahi keluarga si mati dengan membawa buah tangan seperti beras dan sebagainya.

Memandangkan rumah kongsi tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya menggunakan lampu pam minyak tanah; maka datanglah anak-anak muda untuk ikut serta berjaga-jaga (atau dalam bahasa Jawa; leleh-lehan) mayat arwah Kakek Sarkun.

Mereka yang pandai mengaji, membaca surah Yassin di depan mayat tersebut. Bagi yang tidak pandai mengaji, mereka bermain daun terup atau dam sekadar untuk terus berjaga sepanjang malam.

Rumah kongsi tempat arwah Kakek Sarkun tinggal itu mempunyai 12 bilik dan hanya mempunyai satu dapur sahaja. Kira-kira jam 11 malam, seorang penghuni yang tinggal di rumah kongsi tersebut memasak labu kuning untuk dibuat bubur khusus untuk hidangan tetamu yang berjaga-jaga.

Mungkin dia terlupa atau tidak tahu pantang larang, kalau ada orang mati serumah, memang dilarang keras memasak labu kuning.

Dengan tidak semana-mana, Kakek Sarkun yang ditutup oleh kain pelikat (batik), ada tetamu yang ternampak kakinya bergerak-gerak. Apa lagi, budak-budak remaja yang nampak kejadian yang menyeramkan itu dengan pantas keluar dan melarikan diri.

Manakala Iman Hj Miasin (Allahyarham) bangun menghampiri mayat tersebut kemudian memberitahu keluarganya ada yang tidak kena dalam rumah tersebut. Beliau bertanya sama ada sesiapa yang memasak labu kuning.

Cucu imam tersebut segera ke dapur dan terkejut melihat seorang Mak Cik berketurunan Suluk sedang mengaut bubur untuk dihidang kepada tetamu. Alangkah terkejutnya Imam Haji Miasin kerana mayat Kakek Sarkun bangun dan lari menuju ke dapur dan melahap bubur labu yang masih panas.

Selepas makan bubur labu kuning tersebut, mayat Kakek Sarkun tiba-tiba rebah semula. Mujur nasib menyebelahi Imam Haji Miasin kerana lazimnya mayat tersebut akan merobek-robek tubuh manusia dan lari ke hutan setelah tubuhnya ditumpang makhluk halus. Wallahualam bissawab!

No comments:

Post a Comment