Monday 13 June 2011

HARGA PISANG 1MALAYSIA TERLALU MURAH



Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.

KERAJAAN Malaysia, pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak diminta campurtangan menyiasat punca penurunan mendadak harga mendadak di negeri Sabah sehingga pekebun menggelarkan ‘Pisang 1Malaysia’ terlalu murah.

Di era mantan Perdana Menteri yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, harga pisang ‘Berangan’ RM1.50; manakala pisang Emas RM1.10 sekilogram.

Sekarang harga pasaran kedua-jenis pisang itu diseragamkan pada kadar harga antara 50-60 sen sahaja sekilogram.

Para pengusaha kebun pisang di daerah Tenom amat tertekan dengan harga itu kerana dianggap tidak setimpal dengan kudrat dan kos penyelenggaraan yang mereka curahkan sehingga kebun mereka mengeluarkan hasil.

Seorang pekebun pisang, Kasman, merayu agar pihak tertentu khususnya FAMA, dapat mengiklankan harga mingguan runcit dan borong bagi pisang untuk mengelakkan mereka tertipu.

“Kami tidak tahu harga pasaran dan terpaksa menjual mengikut harga yang ditawarkan peraih atau orang tengah. Jika tidak, kami akan terus kerugian kerana kebanyakan pisang terpaksa dibuang atau dibiarkan buruk,” kata Kasman yang terpaksa membatalkan hasrat untuk menjual pisang yang ditanamnya; sebaliknya mula berjinak dengan industri hiliran membuat kerepek.

Persoalannya, apakah kesulitan seumpama ini perlu lagi dibahas dalam Parlimen atau DUN untuk membolehkan pihak kerajaan bertindak?

9 comments:

  1. Everyone wanted an opportunity to raise prices.

    ReplyDelete
  2. Nasib pengusaha kebun pisang harus dibela.

    ReplyDelete
  3. Peraih dan orang tengah janganlah ambil kesempatan dengan mengenakan harga yang sangat rendah dan tidak berpatutan kepada pengusaha kebun pisang.

    ReplyDelete
  4. FAMA perlu mengeluarkan harga pisang yang berada di pasaran untuk mengelak daripada berlaku penipuan.

    ReplyDelete
  5. orang tengah seharusnya tidak mengenakan harga yang terlalu rendah kepada pekebun pisang.

    ReplyDelete
  6. ni lah masalahnya..harga minyak,gula, gas, tariff elektrik naik tapi hasil pertanian yang dikeluarkan oleh rakyat pula begitu rendah. bagaimana rakyat tidak terbeban..?

    ReplyDelete
  7. haaa.. kenapa pula harga pisang yang diturunkan bukannya harga gula atau barang2 lain??

    ReplyDelete
  8. nak menanam pisang bukanlah mudah sangat, takkan harganya begitu murah. ia tak setimpal langsung.

    ReplyDelete
  9. Penurunan yang ketara bagi para pekebun pisang. Penjelasan perlu diberikan.

    ReplyDelete