SERAH...Rosnah kelihatan sedang menyerahkan bantuan tersebut kepada salah mangsa banjir.
Oleh : SHAIMON S JUAMDI Foto : SIDEK KOLO
LEBIH 20 orang penduduk Kampung Sabandil, Papar yang dilanda banjir baru-baru ini, masing-masing menerima bantuan berupa bahan makanan daripada Ahli Parlimen Malaysia (Papar), Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin di Balai Raya kampung berkenaan, kelmarin.
Rosnah yang juga selaku Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi bantuan terhadap penduduknya yang ditimpa bencana alam seperti banjir yang berlaku di kampung tersebut.
Pegawai Perhubungan Parlimen Papar, Sidek Kolo memberitahu Sabahkini.Net semalam melalui panggilan telefon, tujuan Rosnah memberi bantuan seumpama itu adalah untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa terbabit yang kurang berkemampuan.
Katanya lagi, akibat banjir yang melanda di kampung Sabandil, banyak membawa kemusnahan kepada tanaman-tanaman dan juga beberapa ternakan penduduk berkenaan.
The flood victims must be grateful for the help given.
ReplyDeleteSatu usaha yang murni dan semoga lebih banyak bantuan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.
ReplyDeletebantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban penduduk kampung berkenaan.
ReplyDeletesatu teladan yang perlu diikuti oleh pemimpin yang lain. memang menjadi tanggungjawab seorang pemimpin untuk bersikap lebih peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat.
ReplyDeleteinilah cara yang paling tepat jika mahu dapatkan sokongan rakyat... tidak perlu membazir masa bercakap2 di media..
ReplyDeletemmg tanggungjawab kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan. bntuan ini amatlah dihargai.
ReplyDeleteSesungguhnya penerima bantuan pasti rasa diberi perhatian. Harap bantuan sebegini akan terus dihulur untuk mengurangkan beban pihak yang berdepoan dengan masalah.
ReplyDeleteHarap keikhlasan Rosnah menghulur bantuan dijadikan contoh oleh para pemimpin yg lain.
ReplyDeleteSebaiknya bukan kerana banjir saja baru pemimpin turun padang. Jika boleh setiap masa dan ketika perlu bagi mendengar suara rakyat.
ReplyDelete