Wednesday 15 June 2011

KEMBALIKAN LABUAN,‘TANAH ADAT’ KAMI!



Oleh : AWANG AHMAD MAZLAN

MAJORITI rakyat Sabah menyokong saranan Naib Presiden UPKO, Datuk Wences Angang agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan Labuan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan mengekalkan status Pelabuhan Bebas Cukai; setelah mereka gagal membangunkan Labuan dan menjaga kebajikan rakyatnya.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu menjelaskan bahawa daripada aduan rakyat yang diterimanya, beliau membuat rumusan bahawa majoriti rakyat Sabah di Labuan dan rakyat Sabah di Sabah; meminta beliau menyuarakan kebimbangan dan keluhan hati mereka kerana Kerajaan Persekutuan gagal menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah di pulau bebas cukai itu.

“Sekarang Labuan bukan sahaja bebas cukai, malah bebas segala-galanya sehingga rakyat Sabah berasa tidak selamat, bukan sahaja untuk keluar rumah, malah ketika berada di rumah,” kata Patrick yang kesal dengan senario berkenaan disebabkan Labuan sudah menjadi ‘Little Mexico’ atau dengan kata lain sebagai sarang segala jenayah kerana rasuah menjadi pintu segala kecurangan ini.

Menurut Patrick, pengakuan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin baru-baru ini bahawa kegiatan penyeludupan dan jenayah semakin tidak terkawal di Labuan menimbulkan kebimbangan rakyat Sabah yang menetap atau bekerja di pulau yang mendapat status Bebas Cukai sejak 1942 lagi.

“Berdasarkan faktor sejarah, Labuan adalah sebahagian daripada Sabah dan merupakan ‘Tanah Adat’ kepada sebilangan besar rakyat Sabah. Jadi kembalikanlah Labuan kepada Sabah kerana ia adalah tanah adat kami,” ujar Patrick yang agal kesal kerana banyak tanah adat di Labuan telah ditukar milik secara tidak sah kepada bukan Anak Negeri Sabah.

Patrick turut menyetujui gesaan Wences bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal secara total membangunkan Labuan tanpa menafikan hak asasi rakyatnya untuk mendapat peluang ekonomi setelah diletakkan di Wilayah Persekutuan sejak 1984.

Sehubungan itu, kata Patrick, adalah lebih baik Labuan ditadbir urus Kerajaan Negeri Sabah kerana lebih dekat dengan ibu negeri Sabah daripada Putrajaya sehingga sukar dikawalselia dan dibangunkan sebagaimana yang dijanjikan ketika pentadbiran Labuan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Berjaya; yang akhirnya menjadi faktor penyebab Berjaya tumpas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985.

Patrick turut kesal dengan tindakan Nong Chik melantik Ahli Parlimen Malaysia (Labuan) Datuk Yusof Mahal sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan sedangkan Yusof mempunyai kepentingan peribadi dan bukan rahsia lagi kerana majoriti rakyat Labuan tahu beliau telah menggagalkan beberapa projek penting di Labuan termasuk Pasar Labuan.

“Bagaimana Perbadanan Labuan mahu kutip hutang lebih RM4 juta daripada syarikat Yusof jika beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan,” tegur Patrick yang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjelaskan kedudukan siasatan terhadap Yusof sehingga beliau terlepas saringan.

Tindakan Nong Chik, kata Patrick, melambangkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak sensitif dengan aspirasi dan perasaan rakyat Sabah; yang bukan sahaja dipaksa menerima seorang ahli politik yang mempunyai rekod buruk untuk mengetuai Perbadanan Labuan, malah Kerajaan Persekutuan mengeksport rakyat Semenanjung ke Labuan sehingga menafikan hak rakyat Sabah di Labuan untuk mendapat peluang pekerjaan.

15 comments:

  1. Ya, adalah lebih baik jika Labuan diserah balik kepada kerajaan Sabah.

    ReplyDelete
  2. Kegiatan jenayah di Labuan semakin serius. Mampukah Sabah menangani isu jenayah di Labuan. Tapi walaubagaimana pun Labuan seharusnya dikembalikan kepada Sabah sebelum semua tanah adat ditukar milik kepada orang bukan Sabahan.

    ReplyDelete
  3. In 1984, Labuan was ceded by Sabah to the federal government and made a federal territor.

    One of the big mistake made by Sabah....

    ReplyDelete
  4. Secara Sahnya Labuan adalah wilayah dibawah jagaan Federal. Semua yang berlaku di Labuan adalah antara Labuan dan Federal.

    ReplyDelete
  5. Rasanya kerajaan Persekutuan tidak akan mengembalikan Labuan lagi kepada Sabah kerana perjanjian sudah dibuat. kerajaan Berjaya sememangnya telah melakukan kesilapan yang besar.

    ReplyDelete
  6. Kalaulah Labuan tidak diserahkan kepada Federal, bagaimanakah situasinya? Mungkin lebih banyak nasib penduduk tempatan ytang terbela.

    ReplyDelete
  7. Labuan kini merupakan wilayah persekutuan...

    ReplyDelete
  8. sudah banyak laporan sebelum ini yang bagi saya cukup untuk menggambarkan Labuan adalah wilayah yang penuh dengan rasuah.. memang patut kerajaan persekutuan menyerahkan semula Labuan kepada Sabah.

    ReplyDelete
  9. Adakah perlantikan Datuk Yusuf umpama sudah terang lagi bersuluh? Labuan dilanda pelbagai masalah dan jalan penyelesaiannya masih samar2. Untuk mendapatkan Labuan kembali, lagilah macam menunggu bulan jatuh ke riba.

    ReplyDelete
  10. keadaan di Labuan perlu dibaik pulih jgn biarkn labuan dicemari oleh kegiatan2 jenayah.

    ReplyDelete
  11. semua ini adalah salah harris salleh..disebabkan ketamakkan dan pentingkan diri sendiri, harris menyerahkan labuan kepada persekutuan.

    ReplyDelete
  12. seseorang yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya dilantik untuk mempengerusikan sesebuah badan seperti perbadanan labuan..ramai lagi yang berkelayakan..

    ReplyDelete
  13. Labuan merupakan kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjadi tempat pelancongan. Kerajaan persekutuan perlulah memberikan pembangunan yang baik kepada Labuan. Jika tidak biar kerejaan negeri Sabah sendiri mengusahakan kerja untuk menangani masalah yang terdapat di Labuan.

    ReplyDelete
  14. Doakan Labuan akan dapat dikembalikan ada tahun ini....2014
    Jadikan April 2014 satu sejarah kepada negeri Sabah dalam usaha mempertahan Labuan.

    Sila dapatkan maklumat terkini kes Labuan dibangkitkan dalam Makamah Kota Kinabalu pada 28 April 2014.

    Doakan kejayaan akan tercapai oleh pihak yang berani menampilkan diri tanpa memikirkan risiko yang mugkin akan ditanggung.

    Harapan besar agar sokongan penuh diperoleh daripada rakyat Sabah dan Labuan.

    Amin.....

    ReplyDelete
  15. Tuhan sentiasa memberkati manusia manusia yang mengikut jalan yang benar....

    Tuhan melihat kita tanpa mengenal diri kita siapa?

    ReplyDelete