Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO
DUA orang surirumah dari Kampung Dingin, Kimanis dalam kawasan DUN Bongawan iaitu Mini (gambar atas) dan Cecilia (gambar bawah) merayu kepada Kerajaan Negeri Sabah supaya mempercepatkan projek pembinaan benteng sungai yang berhampiran dengan rumah mereka untuk mengelak dibawa arus akibat hakisan tebing sungai yang semakin serius.
Pegawai Perhubungan Parlimen Papar, Sidek Kolo yang pergi ke tempat kejadian itu di kampung berkenaan untuk merakam gambar tanah runtuh (hakisan) dan menemui kedua orang mangsa yang mengadu kepada beliau bahawa mereka tidak dapat tidur di dalam rumah setiap kali hujan lebat kerana bimbang rumah mereka dihanyutkan arus.
“Bukan sahaja rumah kamu akan dibawa arus sungai yang deras, malah risiko mati katak kerana jika tiang elektrik menghempap rumah kami kerana tebing sungai semakin runtuh sehingga boleh menyebabkan tiang elektrik tumbang ke rumah kami,” ujar Mini dalam keadaan cemas.
Tegas Mini, mereka mengharapkan agar kerajaan membina gabion atau benteng mencegah runtuhan atau mengalih aliran sungai agar jauh sedikit daripada rumah mereka dan tiang elektrik.
Sidek yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan melalui telefon semalam minta supaya insiden yang terjadi di kampung Dingin dapat disiarkan di Sabahkini.Net agar ADUN Bongawan dan Ahli Parlimen Malaysia (Kimanis) dapat bertindak segera bagi mengatasi masalah tersebut yang menjadi kebimbangan kepada penghuni terbabit.
Bahayanya. Sekarang ni pun musim hujan bertambah risau la penduduk berhampiran tebing sungai. Pihak berkuasa perlu bertindak segera.
ReplyDeleteHarap kerajaan Sabah akan berusaha menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat.
ReplyDeletebahaya juga tu kalau rumah dibina berhampiran sungai. harap2 kerajaan segera bertindak untuk menangani masalah ini. jika belum ada apa2 tindakan dalam masa terdekat, lebih baik mereka pindah saja ke tempat yang lebih selamat.
ReplyDeleteKesian dengan nasib penduduk2 ini. Semoga tindakan susulan dapat dibuat dengan segera untuk membantu mereka.
ReplyDeleteharap pihak yang berkaitan akan dapat mengatasi masalah ini dengan segera.
ReplyDeletepihak yang bertanggungjawab tidak boleh tangguh masalah ini.. sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini, baik bertindak cepat. peruntukkan yang dikhaskan untuk bantuan bencana alam mungkin boleh digunakan..
ReplyDeleteSiapa yang akan dipersalahkan jika kejadian yang tidak diingini berlaku? Ini akan mempengaruhi undian rakyat nanti.
ReplyDeletekeadaan mereka harus diberi perhatian, ambil tindakan awal untuk mengelakkan rumah mereka musnah akibat hakisan sungai.
ReplyDeleteSuara rakyat perlulah didengar. Masalah perlulah diselesaikan.
ReplyDelete