Tuesday 14 June 2011

KUALA PENYU HUB PELANCONGAN BARU



JORAN…Lajim bersama isteri Datin Normilah Siong melihat hasil tangkapan para peserta yang menyertai pesta Joran sempana program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

DAERAH Kuala Penyu berpotenasi besar untuk dibangunkan sebagai kawasan ‘Hub Pelancongan’ di kawasan pedalaman bawah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, keadaan geografinya sesuai dengan iklim pelancongan maritim dan kini prasarananya sedang dinaiktaraf, bakal menjadi pemangkin bagi sektor ini dimajukan

“Kita yakin berdasarkan faktor geografinya, serta kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan ke kawasan ini, cukup berpotensi dimajukan destinasi pelancongan baru yang cukup menarik untuk dilawati,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Juara Rakyat di peringkat Daerah Mengundi kampung Tempurung, serentak dengan Pesta Joran, kelmarin.

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing; Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo; bekas Wakil rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani dan Ketua bahagian Parti PBS bahagian Beaufort, Sebastian Dirih Anjim.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Kuala Penyu yang sudah pun dikenali dengan keunikan Taman Negara Pulau Tiga, kini antara lokasi yang digemari oleh pelancong dalam dan luar negara untuk datang melawat ke daerah ini.

Bagaimanapun menurut beliau, perancangan jangka panjang untuk membangunkan sektor pelancongan di daerah tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan tidak semata- mata bergantung kepada satu produk pelancongan, namun perlu dipelbagaikan; termasuk membina pusat pelancongan, resort dan hotel yang disokong oleh tatabudaya, sajian makanan dan kepelbagaian kraftangan.

“Kerajaan turut menyediakan segala kemudahan dan peruntukan bagi membantu rakyat menerokai bidang ini yang perlu dimanfaatkan oleh rakyat dengan berfikiran kreatif, inovatif serta kesungguhan untuk menceburi bidang ini,” tambah Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort

Mengulas pesta Joran yang diadakan sempena program tersebut, Lajim berharap ia akan menjadi aktiviti tahunan masyarakat di kampung tersebut kerana boleh menjadi tarikan utama orang ramai berkunjung ke kampung tersebut.

19 comments:

  1. sektor pelancongan di Kuala Penyu ini mampu membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di sana.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan sektor pelancongan di K.Penyu dibangunkan dan dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  3. Satu usaha yang amat baik daripada kerajaan. Harap lebih banyak pembangunan dibuat di Sabah.

    ReplyDelete
  4. maka akan ada lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  5. ini menunjukkan bahawa kerajaan bersedia untuk membantu penduduk setempat menaikkan taraf hidup mereka..

    ReplyDelete
  6. projek2 pembangunan sektor perlancongan di kuala penyu seharusnya diutamakan kepada penduduk tempatan..

    ReplyDelete
  7. diharapkan proses pembangunan perlancongan yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  8. Kuala Penyu has definitely the potential to emerge as a tourist hub.

    ReplyDelete
  9. With Pulau penyu emerge as a tourist hub, more jobs can be created to solve the unemployment problem in Sabah.

    ReplyDelete
  10. Kuala Penyu memang layak sebagai hub pelancongan baru.. BEST:)

    ReplyDelete
  11. Usaha berterusan untuk membangunkan tempat ini harus dilakukan bagi memastikan KP jadi hub pelancongan baru yg terbaik:)

    ReplyDelete
  12. Kalau pesta Joran jadi aktiviti tahunan, konpom ia bakal tarik perhatian pelancong untuk ke KP juga. So ada baikknya cadangan ini diambil kira.

    ReplyDelete
  13. Saya yakin jika KP jadi hub pelancongan baru, industri pelancongan di Sabah akan bertambah pesat.

    ReplyDelete
  14. Secara tak langsung, perkara ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat:)

    ReplyDelete
  15. kuala penyu sememang berpotensi untuk dimajukan dan boleh menjadi tarikan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  16. Kuala Penyu is a beautiful place. The government could consider upgrading the area into a tourist friendly spot with more public toilets, chalets and others.

    ReplyDelete
  17. bertuah la penduduk kuala penyu.. tidak lama lagi prasarananya akan dinaktaraf sesuai dengan potensi daerah itu..

    ReplyDelete
  18. Kuala Penyu dikira masih mundur berbanding daerah lain, Kuala Penyu mempunyai potensi besar untuk dibangunkan menjadi pusat pelancongan. semoga pmembangunan akan dikecapi.

    ReplyDelete
  19. Semoga Kuala penyu menjadi antara tempat perlancongan yang terbaik di Sabah.

    ReplyDelete