TERIMA…..Ellron ketika menerima 99 borang keahlian menyertai PBRS dari Sius.
Oleh : ROZIE JUMAT
KERJASAMA dan permuafakatan adalah faktor utama yang perlu dalam menjayakan proses pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kg.Kipaliu Baru, Sook sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Turut hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Charles Ikang dan Pemaju Masyarakat, Ramian Ayub.
Ellron yang juga Wakil Rakyat Sook berkata, tanpa kerjasama dari penduduk kampung maka perancangan kerajaan untuk melihat perubahan di kawasan tersebut.
Sempena majlis itu, Ellron turut meluluskan pembinaan sebuah dewan baru yang akan dilaksana pada tahun hadapan. Pembinaan dewan itu bersesuaian dengan adanya sebuah sekolah di kampung tersebut, kata Ellron.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung, Sius Rauni menyampaikan sebanyak 99 borang keahlian untuk menyertai Parti Berstau Rakyat Sabah (PBRS) yang diserahkan kepada Timbalan Presiden PBRS.
Ellron berkata penyerahan borang keahlian itu adalah bukti PBRS semakin diterima rakyat di kawasan Sook dan menjadi pendokong utama untuk terus membela nasib rakyat.
Dalam ucapannya Sius, berkata penyertaan mereka ke PBRS adalah kemahuan mereka sendiri tanpa ada paksaan, selain yakin kepada kepimpinan parti itu yang diterajui oleh Presidennya , Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.
harap PBRS akan dapat membela hak dan kepentingan penduduk yang sudah memberi sokongan dan kepercayaan.
ReplyDeleteHarapan rakyat digalas di bahu pemimpin. Semoga mereka tidak diabaikan.
ReplyDeleteHarap2 dewan baru itu dibina setelah diluluskan.
ReplyDelete"KERJASAMA dan permuafakatan adalah faktor utama yang perlu dalam menjayakan proses pembangunan yang dirancang oleh kerajaan."
ReplyDeleteI second that!
All the best to PBRS in getting more supporters.
ReplyDeleteAll the best:)
ReplyDeleteApapun, sama2 lah kita harapkan yang terbaik dalam perkara ini.
ReplyDeleteteruskan berusaha dan bekerjasama untuk menjayakan pembangunan di kawasan tersebut.
ReplyDeleteThat's good, hope that PBRS will continue to work hard.
ReplyDeletepenyertaan ahli2 baru ini cukup untuk menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa PBRS sudah tidak lagi relevan.. good luck PBRS!!
ReplyDeletepermuafakatan mmg perlu dalam hidup bermasyarakat.
ReplyDeletePBRS terus dan teruslah mendekati rakyat. Semoga akan terus mendapat sokongan dari penduduk.
ReplyDelete