Wednesday 1 June 2011

RAKYAT SOKONG, KERAJAAN TOLONG!




BANTUAN....Saddi kelihatan sedang menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

RAKYAT diseru agar menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah pada hari ini supaya pihak kerajaan dapat menyalurkan pelbagai projek di satu-satu kawasan yang diwakilinya.

“Kerajaan Barisan Nasion (BN) yang menjadi tampuk pemerintahan Sabah sentiasa mengambil berat dalam pelbagai aspek pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat majmuk,” kata Adun Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman semasa berucap di hadapan 200 orang di majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2011, di Mukim Lubukan, DUN Sukau baru-baru ini.

Kata Saddi, beliau sedar masih banyak kawasan kampung termasuk di Pulau Lubukan dan kampung lain masih memerlukan kemudahan dan pembangunan daripada kerajaan dan pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan peruntukan pembangunan.

Katanya lagi, parti pembangkang memang suka memutar belitkan fakta dengan tujuan untuk memesongkan buah fikiran rakyat dengan pelbagai propagada dan fitnah yang digembar-gemburkan, tetapi mujur rakyat sekarang sudah pandai menilai kebenaran.

Sejurus selepas majlis tersebut, Saddi telah mengageh-agehkan bantuan atap zing kepada penduduk yang layak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Hj Mohd Hamsan Hj Ag Supain, Jabatan Perikanan, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

17 comments:

  1. ramai lagi rakyat yang telah menyokong BN memerlukan bantuan terutama di kawasan pedalaman. kerajaan juga sepatutnya 'turun padang' untuk melihat keadaan mereka.

    ReplyDelete
  2. diharap janji kerajaan dikotakan.

    ReplyDelete
  3. masih banyak yang perlu dilakukan. teruskan usaha untuk menyediakan kemudahan dan membantu rakyat.

    ReplyDelete
  4. selain itu, permasalahan rakyat juga perlu sentiasa diambilberat agar kepentingan rakyat akan sentiasa dijaga.

    ReplyDelete
  5. kemudahan dan kepentingan rakyat perlu diutamakan, dgn ini barulah rakyat akan menyokong.

    ReplyDelete
  6. The government is always concern about the people but the only problem about the gov is that they are slow in helping out. Most probably they are not aware some of the problem that the people is facing.

    ReplyDelete
  7. sokongan sentiasa diberikan..buktinya sehingga sekarang BN menjadi kerajaan..

    ReplyDelete
  8. namun rakyat tidak harus dipersalahkan sekiranya sokongan tersebut berkurangan atau tiada..ini disebabkan rakyat di sesetengah kawasan telah membuang masa selama bertahun-tahun menunggu bantuan yang diharapkan dari kerajaan..

    ReplyDelete
  9. jika kerajaan sear bahawa di kawasan2 luar bandar masih memerlukan bantuan pembangunan maka seharusnya proses pembanggunan di kawasan luar bandar dimantapkan dan dipertingkatkan..para YB harus turun padang setiap bulan untuk mengetahui dan menyelesaikan masalah2 yang dihadapi..jika kerajaan dapat melakukan ini, sudah pasti sokongan rakyat akan bertambah dan padu..jadi tidak perlu bimbang dengan pembangkang..

    ReplyDelete
  10. diharapkan kerajaan bukan hanya mengharapkan sokongan rakyat tetapi tunjukkan bahawa kerajaan prihatin..

    ReplyDelete
  11. I hope the government will come up with all sorts of projects to help the people.

    ReplyDelete
  12. Don't let the people down.

    ReplyDelete
  13. The government should work hard to earn the people's support.

    ReplyDelete
  14. Walk the talk, fulfill your promises.

    ReplyDelete
  15. kerajaan perlu sedar bahawa ramai penduduk kampung di Sabah yang telahpun berkali2 menyokong kerajaan tetapi masih belum dapat pertolongan dari kerajaan. sebagai sebuah parti yang berjaya membentuk kerajaan, mereka tidak sepatutnya menunggu sokongan rakyat terlebih dahulu sebelum menyalurkan projek pembangunan.. sokongan akan datang dengan sendirinya selepas bantuan diberikan..

    ReplyDelete
  16. Itu terpulang terhadap rakyat itu sendiri untuk memilih dan menyokong parti mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete