Wednesday, 1 June 2011

RAIME KESAL AIR PAIP BUSUK DAN KERUH



Oleh: MOHD ZAKI EMPIN

AHLI Parlimen Malaysia (TENOM), Datuk Raime Unggi menggesa Jabatan Air Sabah mengatasi segera masalah kekurangan bekalan air bersih dan kualiti air dirawat yang keruh dan berbau busuk sehingga meloyakan pengguna.

Raime berkata, Jabatan Air Tenom hendaklah bertindak secara lebih proaktif untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah bekalan air yang melibatkan beberapa kawasan di daerah ini.

“Bekalan air bersih amat penting, terutamanya untuk kegunaan harian penduduk, jesteru itu tindakan segera perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini,” ujar Raime yang menyarankan agar Pengarah Jabatan Air turun padang melawat Tenom dan memantau sistem bekalan air yang sering bermasalah.

Raime membuat gesaan demikian ketika berucap di majlis lawatan kerjanya ke Kg.Sisindungon, bertempat di Rumah Kebudayaan Kg.Sisindungon yang dihadiri oleh para pemimpin setempat dan masyarakat kampung tersebut.

Raime berkata, beliau banyak menerima aduan berkenaan dengan masalah bekalan air bersih, sama ada bekalan air tidak lancar atau air paip keruh dan beliau sendiri telah turun padang melihat sendiri beberapa tempat yang bermasalah.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Air Daerah, ketika dihubungi Sabahkini.net bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini berkata, pihaknya sedang mengenalpasti punca, namun bimbang jika berlaku kerosakan pada saluran paip utama yang menyeberangi sungai Padas.

“Mungkin inilah sebab yang menjadi punca tekanan tidak mencukupi bagi menyalurkan bekalan air terutamanya beberapa buah kampung yang terlibat dan yakin masalah ini akan diselesaikan segera,” kata Jurutera berkenaan.

Masalah bekalan air bersih di beberapa buah kampung, seperti, Kg.Saga, Kg.Batu-Batu, Kg.Karangan Baru, Kg.Pantungon, Kg.Mandalom dan beberapa buah kampung lagi di daerah ini amat meruncing sehingga membebankan penduduk.

Dalam majlis yang sama, Raime yang diiringi oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di sini berkesempatan meninjau beberapa lokasi kemudahan infrastruktur kampung Sisindungon.

16 comments:

  1. pihak jabatan air perlu mengenalpasti punca masalah ini dan segera menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  2. masalah air bersih ini perlu diselesaikan segera, jgn biarkan penduduk terus menggunakan air yang kotor.

    ReplyDelete
  3. OMG!!! kotornya warna air tu.

    ReplyDelete
  4. pada november tahun lalu juga, masalah kualiti air di tenom telah dilaporkan di sabahkini.net.nampaknya, sampi sekarang masih belum selesai.

    ReplyDelete
  5. menurut seorang penduduk, bekalan air paip kotor, kadang-kadang klorin mungkin berlebihan. air yang keluar dari paip kemudian bertukar warna seperti susu, mandi pun rambut pandai keras, apa lagi untuk minum dan oleh sebab itu mereka terpaksa beli air mineral.

    ReplyDelete
  6. apa tu kakitangan jabatan air tenom buat? ini masalah yang sangat serius..

    ReplyDelete
  7. seharusnya pihak berkenaan bersikap proaktif...selalu turun buat penyelenggaraan dan bukannya menunggu hingga ada komplen..kalau semua kakitangan macam ni sikapnya, susahlah mahu maju.

    ReplyDelete
  8. kalau apa yang si shiro cakap tu betul maka tindakan segera harus dilakukan...dan ini menunjukkan bahawa pihak berkenaan tidak mejalankan tugas mereka dengan baik..

    ReplyDelete
  9. "...Raime berkata, beliau banyak menerima aduan berkenaan dengan masalah bekalan air bersih, sama ada bekalan air tidak lancar atau air paip keruh dan beliau sendiri telah turun padang melihat sendiri beberapa tempat yang bermasalah.."

    kalau YB tidak turun padang, masalah ini pasti bertambah teruk...

    ReplyDelete
  10. This could bring serious health issue to the people if this water problem continues.

    ReplyDelete
  11. This problem should be fixed as soon as possible. Better yet, right away!

    ReplyDelete
  12. I hope the water department in Tenom will do their job properly in cleaning the water.

    ReplyDelete
  13. punca masalah ini perlu dikenalpasti dengan segera dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  14. harap masalah ini akan dapat diatasi dengan segera demi kepentingan penduduk.

    ReplyDelete
  15. tidak ada gunanya jabatan air ditubuhkan jika masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik. Good Luck Datuk Raime,, teruskan keberanian Datuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam pentadbiran kerajaan..

    ReplyDelete
  16. Jabatan Air perlu mencari punca masalah ini berlaku. Air yang disalurkan keruh dan berbau pasti tidak menyenangkan pengguna.

    ReplyDelete