Tuesday 8 May 2012

BN SARAWAK KEKALKAN MUKA LAMA PRU 13





MUKAH : Barisan Nasional (BN) Sarawak akan tetap berpegang kepada strategi yang telah terbukti kejayaannya iaitu dengan meletakkan calon muka lama dan baharu atau penyandang bagi sesuatu kerusi bagi pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau yangjuga Pengerusi BN Negeri berkata muka lama atau penyandang diperlukan kerana mereka berpengalaman dan telah diuji walaupun mereka mungkin kurang aktif.

“Kita perlu muka baharu supaya kita dapat melatih mereka dengan pengalaman kita untuk menjadi pemimpin masa depan. Yang baru juga lebih aktif,” katanya pada sesi bertemu orang ramai di Oya dekat sini, hari ini.

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata parti beliau akan meletakkan satu atau dua muka baharu pada pilihan raya akan datang.

“Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN untuk membuat keputusan dan menyokongnya.

“Sudah pasti kita masih memerlukan pemimpin muda yang mahu melihat Sarawak dan negara ini kekal teguh, stabil, bersatu dan progresif,” katanya.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dengan 14 daripadanya dipegang oleh PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (tujuh), enam oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan empat dipegang Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Taib berkata pada pilihan raya negeri lepas, PBB juga meletakkan 10 muka baharu manakala enam daripada 14 Anggota Parlimennya merupakan mereka yang pernah berkhidmat satu penggal.

Beliau juga berkata tiga anggota wanitanya merupakan Anggota Parlimen dan ada kemungkinan mereka akan meletakkan lebih ramai calon wanita dalam pilihan raya pada masa depan.

Sementara itu, beliau mahu rakyat supaya memikirkan mengenai soal mengenai pembangunan, kestabilan, kemakmuran dan perpaduan di negara ini dan mengenepikan soal-soal remeh dalam pilihan raya akan datang.

“Hanya kerajaan BN dan wakil rakyatnya mampu memenuhi impian itu kerana mereka mempunyai kriteria dan kualiti sedemikian,” katanya.

Pada majlis itu, Taib mengumumkan geran RM100,000 bagi menggalakkan lebih ramai kaum wanita menceburi bidang perniagaan di bandar Dalat yang berdekatan.

14 comments:

  1. muka lama dan baru perlu ada, masing2 penting, muka lama ada pengalaman dan muka baru pasti membpunyai idea baru.

    ReplyDelete
  2. Yang penting muka lama dan muka baru tu dapat diterima oleh rakyat dan menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  3. Pastikan mereka yang dikekalkan itu adalah wakil yang benar-benar telah menunaikan tanggungjawab mereka dan janji yang telah diberikan.

    ReplyDelete
  4. Lain pula strategik di Sarawak mengekal orang2 lama

    ReplyDelete
  5. lagi bagus jika BN Sarawak dapat seimbangkan muka baru dan muka lama pada pilihanraya umum kali ini.. mana2 calon yang tewas pada pilihanraya negeri sarawak 2011, tidak perlu dicalonkan semula..

    ReplyDelete
  6. Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  7. Names has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .

    ReplyDelete
  8. Meanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.

    ReplyDelete
  9. He said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.

    ReplyDelete
  10. The state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.

    ReplyDelete
  11. Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.

    ReplyDelete
  12. Musa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.

    ReplyDelete
  13. Applications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.

    ReplyDelete