ALOR SETAR : Majlis Bekas
Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya usaha
berterusan pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat
dengan cara tidak demokratik seperti pemberontakan dan pertumpahan darah.
Dalam satu usul yang dibentang
pada Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak Malaysia ke-9, di sini, Mubarak turut
mencela kegiatan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang
didalangi kuasa asing untuk merealisasikan matlamat itu.
Ketua Penerangan Mubarak
Datuk Abdul Rahman Sulaiman ketika membentangkan usul itu, berkata Mubarak
menggesa rakyat supaya sentiasa waspada terhadap usaha tersebut demi
menyelamatkan negara dan menjamin kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat
pada masa depan.
“Mubarak juga mengambil
ketetapan menyokong usaha kerajaan untuk mengekalkan sistem pemerintahan yang
wujud sekarang buat selama-lamanya,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, berkata perhimpunan NGO yang disokong
pembangkang di ibu negara 28 April lepas, adalah satu percubaan untuk
menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi,
sekali gus menunjukkan mereka tidak menghormati kerajaan yang dipilih rakyat
menerusi proses yang sah.
Abdul Rahman berkata usaha
untuk menggulingkan kerajaan menerusi cara tidak demokratik itu adalah kerana
pembangkang tiada pilihan lain untuk menang kerana tidak mampu mencapainya
menerusi pilihan raya.
Selain itu katanya pada usia
65 tahun sekarang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai
masa lagi untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Usaha kumpulan yang mahu
menggulingkan kerajaan itu juga kerana mendapat semangat daripada kejayaan
'Arab Spring' di beberapa negara Arab, yang mendapat sokongan NGO tertentu dan
kuasa asing.
“Mereka juga sebar khabar
angin selain memburuk-burukkan kerajaan, pemimpin dan institusi. Jika mereka
hendak mengambil alih kerajaan, mereka sepatutnya melakukannya secara
demokrasi. Tetapi mereka tahu tidak boleh menang dengan cara pilihan raya,”
katanya.
Abdul Rahman berkata
Malaysia telah berjaya melaksanakan 12 pilihan raya umum dan ratusan pilihan
raya kecil yang dijalankan secara demokratik, adil, bebas dan lancar sejak
Merdeka.
“Sistem pemerintah Raja Berperlembagaan yang
melibatkan perkongsian kuasa antara pelbagai kaum yang menjadi penduduk negara
ini telah berjaya mengubah landskap negara daripada sebuah negara pertanian
kepada sebuah Negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.
“Kepimpinan kerajaan yang
diterajui Perdana Menteri sedang gigih melaksanakan program transformasi
nasional untuk melonjakkan negara ke tahap negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020,” katanya.
Perhimpunan hari ini turut
meluluskan usul berkenaan pencen kepada bekas wakil rakyat yang antaranya
memohon kepada kerajaan agar bekas wakil rakyat yang dipencenkan sebelum umur
50 tahun dibayar gratuiti dan pencen sebaik sahaja dibersarakan, bukan menunggu
sehingga cukup umur 50 tahun.
“Bekas wakil rakyat yang
terpilih selepas berkhidmat kurang daripada 36 bulan jika tidak dipilih lagi
dalam pilihan raya seterusnya, mereka ini hendaklah dianggap telah berkhidmat
satu penggal penuh dan layak dibayar gratuiti dan bayaran pencen mengikut
tempoh perkhidmatan,” katanya.
Usul yang dibentangkan
Mubarak Melaka itu turut meminta kenaikan pencen bekas wakil rakyat dibuat
mengikut penjawat awam yang dinaikkan dari semasa ke semasa.
“Bekas-bekas wakil rakyat
yang telah pencen jika berlaku kematian isteri pertama dan jika bekas wakil
rakyat berkenaan berkahwin lagi maka isteri barunya hendaklah dibolehkan
menerima pencen terbitan selepas kematian suaminya,” katanya. (Bernama)
prhimpunan seperti Bersih tak patut dilakukan lagi, ia menimbulkan kekecohan dan mengugat kestabilan negara kita.
ReplyDeleteBanyak kerugian yang terpaksa ditanggung, lain lagi kecederaan
DeleteDi Malaysia pun sudah ada istilah 'menggulingkan kerajaan'.
ReplyDeletePembangkang menghasut rakyat untuk bencikan kerajaan
DeleteMemang BERSIH ini perlu dikutuk sepenuhnya terutama sekali pihak penganjur yang tidak mengotakan janji mereka yang akan memastikan berlangsung secara aman tapi sebaliknya yang berlaku.
ReplyDeletetidak ada amannya jika perhimpunan disertai oleh ratusan ribu rakyat.. seorang buat provokasi, semua akan ikut sama.. semua ini sudah dirancang oleh pemimpin2 pembangkang dan juga Ambiga..
Deletebeginilah jadinya kalau terdesak mahu mendapatkan jawatan PM.. di negara2 luar, rakyat mereka sendiri yang bangkit menentang kerajaan yang zalim.. di Malaysia, pemimpin2 pembangkang pula yang menghasut rakyat untuk menentang kerajaan..
ReplyDelete