MUKAH : Barisan Nasional
(BN) Sarawak akan tetap berpegang kepada strategi yang telah terbukti
kejayaannya iaitu dengan meletakkan calon muka lama dan baharu atau penyandang
bagi sesuatu kerusi bagi pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Menteri Tan
Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau yangjuga Pengerusi BN
Negeri berkata muka lama atau penyandang diperlukan kerana mereka berpengalaman
dan telah diuji walaupun mereka mungkin kurang aktif.
“Kita perlu muka baharu
supaya kita dapat melatih mereka dengan pengalaman kita untuk menjadi pemimpin
masa depan. Yang baru juga lebih aktif,” katanya pada sesi bertemu orang ramai
di Oya dekat sini, hari ini.
Taib yang juga Presiden
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata parti beliau akan meletakkan satu
atau dua muka baharu pada pilihan raya akan datang.
“Semuanya terpulang kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN untuk membuat
keputusan dan menyokongnya.
“Sudah pasti kita masih
memerlukan pemimpin muda yang mahu melihat Sarawak dan negara ini kekal teguh,
stabil, bersatu dan progresif,” katanya.
Sarawak mempunyai 31 kerusi
Parlimen dengan 14 daripadanya dipegang oleh PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak
(tujuh), enam oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan empat dipegang Parti
Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Taib berkata pada pilihan
raya negeri lepas, PBB juga meletakkan 10 muka baharu manakala enam daripada 14
Anggota Parlimennya merupakan mereka yang pernah berkhidmat satu penggal.
Beliau juga berkata tiga
anggota wanitanya merupakan Anggota Parlimen dan ada kemungkinan mereka akan
meletakkan lebih ramai calon wanita dalam pilihan raya pada masa depan.
Sementara itu, beliau mahu
rakyat supaya memikirkan mengenai soal mengenai pembangunan, kestabilan,
kemakmuran dan perpaduan di negara ini dan mengenepikan soal-soal remeh dalam
pilihan raya akan datang.
“Hanya kerajaan BN dan wakil
rakyatnya mampu memenuhi impian itu kerana mereka mempunyai kriteria dan kualiti
sedemikian,” katanya.
Pada majlis itu, Taib
mengumumkan geran RM100,000 bagi menggalakkan lebih ramai kaum wanita menceburi
bidang perniagaan di bandar Dalat yang berdekatan.
muka lama dan baru perlu ada, masing2 penting, muka lama ada pengalaman dan muka baru pasti membpunyai idea baru.
ReplyDeletePemimpin lama harus melatih pelapisnya
DeleteYang penting muka lama dan muka baru tu dapat diterima oleh rakyat dan menjalankan tugas dengan baik.
ReplyDeletePastikan mereka yang dikekalkan itu adalah wakil yang benar-benar telah menunaikan tanggungjawab mereka dan janji yang telah diberikan.
ReplyDeleteLain pula strategik di Sarawak mengekal orang2 lama
ReplyDeletelagi bagus jika BN Sarawak dapat seimbangkan muka baru dan muka lama pada pilihanraya umum kali ini.. mana2 calon yang tewas pada pilihanraya negeri sarawak 2011, tidak perlu dicalonkan semula..
ReplyDeleteSabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteNames has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .
ReplyDeleteMeanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.
ReplyDeleteHe said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.
ReplyDeleteThe state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.
ReplyDeleteMusa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.
ReplyDeleteMusa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.
ReplyDeleteApplications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.
ReplyDelete