Wednesday 23 May 2012

HANYA 6% PEMINJAM PTPTN DISENARAIHITAM




KUALA LUMPUR : Hanya enam peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selebihnya iaitu 94 peratus, dapat membuat pembayaran balik pinjaman itu dan cadangan pakatan pembangkang untuk memansuhkan pinjaman tersebut hanya berdasarkan kepada peratusan kecil itu.

"Tindakan untuk menyenaraihitamkan pelajar juga bukan mudah kerana terdapat prosedur yang perlu diikuti termasuk memberi notis peringatan kepada pelajar terbabit yang memakan masa selama 22 bulan," katanya pada debat antara beliau dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, Selasa malam.

Debat yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24 selama sejam setengah itu bertajuk 'Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi' dengan Dr Mazlee Malek bertindak sebagai moderator.

Khairy berkata langkah memberi notis itu juga bertujuan memberi peluang kepada peminjam, untuk sekurang-kurangnya mengaktifkan akaun pembayaran pinjaman PTPTN mereka.

Beliau turut menafikan dakwaan Rafizi bahawa pinjaman tersebut yang digubal pada 1997 lebih banyak menguntungkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya ini kerana terdapat 123,000 pelajar di bawah pembiayaan PTPTN di IPTA berbanding 76,000 pelajar di IPTS.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak menafikan nilai pinjaman PTPTN lebih banyak kepada IPTS berbanding IPTA berikutan yuran pengajian di IPTS lebih tinggi daripada IPTA.

Mengenai piawaian atau standard IPTS, beliau mengakui terdapat IPTS di negara ini yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan tetapi itu tidak bermakna kerajaan tidak berbuat apa-apa.

Katanya terdapat IPTS yang permohonannya dibatalkan berikutan pemantauan rapi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan kini, kualiti institusi pengajian tinggi tersebut sedang meningkat.

Sementara itu, Rafizi mempertahankan cadangan pakatan pembangkang supaya PTPTN dimansuhkan dan menolak andaian bahawa pemansuhan skim pinjaman itu akan membuatkan negara bankrap.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia mampu memberi pendidikan percuma sekiranya tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap perbelanjaan negara, dan menambah perkara itu tidak mustahil sekiranya kerajaan Barisan Nasional mempunyai hasrat untuk melakukannya.

Debat empat pusingan itu adakalanya menjadi panas dengan sorakan penyokong kedua-dua pihak manakala Khairi dan Rafizi dengan tegas tidak berganjak daripada fakta masing-masing. (Bernama)


10 comments:

  1. bilangan yang disenarakan hitamkan oleh PTPTN tidaklah ramai sangat, lagipun bukan mudah nak senaraihitamkan seeorang.

    ReplyDelete
  2. cadangan pemasuhan PTPTN tidak wajar, tanpa PTPTN sukar pelajar nak melanjutkan pengajian.

    ReplyDelete
  3. Memang sukar untuk mengelakkan ketirisan yang berlaku di negara ni. rasanya tiada satu pun negara di dunia ni yang tidak mengalami masalah rasuah ataupun ketirisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasuah berlaku di mana2. Tapi amalan rasuah perlu dikawal dan mereka yang melakukannya harus ditangkap.

      Delete
  4. Asal pernah membuat pembayaran balik PTPTN pasti tidak akan disenarai hitam. hairan bagaimana ada peminjam yang langsung tidak pernah buat pembayaran.

    ReplyDelete
  5. Isu PTPTN hanyalah mainan pembangkang untuk kelirukan anak muda sebab mereka tahu golongan pelajar ini lebih senang dipengaruhi dan emosional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju, pembangkang hanya menggunakan isu PTPTN untuk memancing undi

      Delete
  6. Kita harap isu PTPTN ini akan dapat diselesaikan. Pastikan yang mana PTPTN bukannya along kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  7. "Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia mampu memberi pendidikan percuma sekiranya tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap perbelanjaan negara,.."

    yakinkah Rafizi sekiranya pakatan memerintah negara ini tidak akan berlaku ketirisan dalam perbelanjaan negara?? sedangkan baru rampas kerajaan negeripun sudah macam2 skandal rasuah dan penyelewengan kita dengar..

    ReplyDelete
  8. pemimpin2 Pakatan mahu memberikan pendidikan percuma.. tapi kenapa tidak nyatakan sekali bahawa hanya IPTA sahaja yang diberikan pendidikan percuma? sebaliknya pelajar2 IPTS masih perlu memeohon pinjaman.. itukah yang dikatakan pendidikan percuma?? kenapa tidak laksanakan saja di negeri Pakatan??

    ReplyDelete