Oleh : AHMAD FADLI KC
WAWANCARA Penulis wanita
Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam
tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian. Menurutnya, Al-Quran sendiri
menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah
golongan tersebut.
Tambahnya, konsep kononnya
Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep
Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang.
"Kembali kepada
Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga
dicipta Tuhan. Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara
eksklusif dengan Malaysiakini.
Kedatangan Irshad ke
Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri
menghalang sebarang program beliau.
Pandangan Jamil Khir
disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.
Jamil Khir juga menggesa
agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan
Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat
Islam".
Selain daripada membela
golongan gay dan lesbian, Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong
perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu
menukar agama masing-masing.
Mengulas perkara itu, Irshad
berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga
ijtihad yang dilakukannya.
Beliau percaya perkahwinan
sedemikian dapat menghentikan golongan muda Islam daripada meninggalkan Islam
semata-mata kerana cinta.
Tegasnya, beliau tidak perlu
meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain
dalam perkara tersebut.
"Mungkin saya perlu
minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan
kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil,"
katanya.
Menurutnya lagi, pendirian
itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga
kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklah bahasa
Melayu, ujar Irshad.
Imam yang dimaksudkan adalah
Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam
dari McGill University.
Sebelum hadir ke Malaysia,
Irshad terlebih dahulu singgah di Jakarta untuk mempromosikan bukunya di sana.
Beliau dilaporkan diancam
beberapa ratus orang golongan pelampau yang menerjah programnya di pusat
kebudayaan Salihara di selatan Jakarta dan cuba mengasarinya.
Mengulas perkara ini, Irshad
kesal apabila ketua polis bandar tempat programnya berlangsung menghebahkan
lokasi hotel beliau menginap melalui Twitter dan mendedahkannya kepada ancaman
keselamatan dari golongan pelampau agama.
"'Kerjasama di antara
kumpulan pelampau seperti Front Pembela Islam dan polis ini mengejutkan dan
memalukan dan ia perlu diberi perhatian daripada segi rekod hak asasi di
Indonesia," kata Irshad.
Namun, keberanian yang
ditunjukkan hadirin programnya yang tidak berganjak sewaktu serangan berlaku
menguatkan semangatnya untuk menubuhkan cawangan Projek Keberanian Moral di
Indonesia, ujarnya.
Projek Keberanian Moral
adalah sebahagian daripada program kepimpinan yang digagaskan Irshad di Robert
F Wagner Graduate School of Public Service, New York University (NYU) tempat
beliau memberi kuliah sekarang.
Bercerita tentang buku
terbarunya, Irshad percaya ia akan diterima golongan muda di Malaysia
berdasarkan sebahagian besar maklum balas memberangsangkan melalui laman
Twitter.
Secara berjenaka, beliau
berharap agar bukunya itu dibaca orang ramai sebelum ia diharamkan
pengedarannya seperti buku sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A
Muslim's Call for Reform in Her Faith.
"Buku ini bukan sahaja
dipenuhi hujah tetapi ia memberikan anda 'perkakas' untuk belajar dan memulakan
perjalanan ke arah integriti.
"Saya rasa buku ini
sangat diperlukan golongan muda di Malaysia," kata Irshad. (MKINI)
MASIH TIDAK MEMAHAMI AJARAN AGAMA SEBENARNYA.....KALAU TUHAN MERESTUI,MENGAPA DITURUNKAN BALA PADA WAKTU ZAMAN JAHILIAH DULU,JANGAN MEMUTARKAN FAKTA KALAU TIDAK MEMAHAMI AGAMA SENDIRI...
ReplyDeleteIrshad Manji tak prlu nak berkata tentang agama kerana identitinya pun tak melambangkan dia mengikut ajaran agama.
ReplyDeleteMemang gay dan lesbian tu ciptaan Tuhan tapi cara hidup pilihan mereka tu yang salah. tidak wajar untuk disokong. Rasanya dalam mana2 agama tiada yang menghalalkan perkara seperti ni.
ReplyDeleteYa, mereka ciptaan Tuan dan mereka juga diberi akal serta fikiran untuk bezakan yang baik dan buruk.
ReplyDeleteMemang ciptaan tuhan. Tapi yang pasti setiap mereka diberikan jantina yang sedia ada. Maka hubungan adalah antara jantina yang berbeza dan bukannya sesama sejenis. Itu yang salah sebenarnya.
ReplyDeletejadi Irshad ni menyokong juga la perkahwinan sejenis??
ReplyDeletebagaimana pula dengan penjenayah seperti perompak, pembunuh dan perogol.. mereka juga ciptaan Tuhan.. adakah mereka perlu juga di bela??
ReplyDelete