KUALA LUMPUR : Hanya enam
peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menerima pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan, kata Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata selebihnya
iaitu 94 peratus, dapat membuat pembayaran balik pinjaman itu dan cadangan
pakatan pembangkang untuk memansuhkan pinjaman tersebut hanya berdasarkan
kepada peratusan kecil itu.
"Tindakan untuk menyenaraihitamkan
pelajar juga bukan mudah kerana terdapat prosedur yang perlu diikuti termasuk
memberi notis peringatan kepada pelajar terbabit yang memakan masa selama 22
bulan," katanya pada debat antara beliau dan Pengarah Strategi Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, Selasa malam.
Debat yang disiarkan secara
langsung menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24 selama sejam setengah
itu bertajuk 'Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi' dengan Dr
Mazlee Malek bertindak sebagai moderator.
Khairy berkata langkah
memberi notis itu juga bertujuan memberi peluang kepada peminjam, untuk
sekurang-kurangnya mengaktifkan akaun pembayaran pinjaman PTPTN mereka.
Beliau turut menafikan
dakwaan Rafizi bahawa pinjaman tersebut yang digubal pada 1997 lebih banyak
menguntungkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berbanding institusi
pengajian tinggi awam (IPTA).
Katanya ini kerana terdapat
123,000 pelajar di bawah pembiayaan PTPTN di IPTA berbanding 76,000 pelajar di
IPTS.
Bagaimanapun, katanya beliau
tidak menafikan nilai pinjaman PTPTN lebih banyak kepada IPTS berbanding IPTA
berikutan yuran pengajian di IPTS lebih tinggi daripada IPTA.
Mengenai piawaian atau
standard IPTS, beliau mengakui terdapat IPTS di negara ini yang tidak menepati
piawaian yang ditetapkan tetapi itu tidak bermakna kerajaan tidak berbuat
apa-apa.
Katanya terdapat IPTS yang
permohonannya dibatalkan berikutan pemantauan rapi oleh Kementerian Pengajian
Tinggi dan kini, kualiti institusi pengajian tinggi tersebut sedang meningkat.
Sementara itu, Rafizi
mempertahankan cadangan pakatan pembangkang supaya PTPTN dimansuhkan dan
menolak andaian bahawa pemansuhan skim pinjaman itu akan membuatkan negara
bankrap.
Beliau juga menegaskan
bahawa Malaysia mampu memberi pendidikan percuma sekiranya tidak berlaku
sebarang ketirisan terhadap perbelanjaan negara, dan menambah perkara itu tidak
mustahil sekiranya kerajaan Barisan Nasional mempunyai hasrat untuk melakukannya.
Debat empat pusingan itu
adakalanya menjadi panas dengan sorakan penyokong kedua-dua pihak manakala
Khairi dan Rafizi dengan tegas tidak berganjak daripada fakta masing-masing. (Bernama)
bilangan yang disenarakan hitamkan oleh PTPTN tidaklah ramai sangat, lagipun bukan mudah nak senaraihitamkan seeorang.
ReplyDeletecadangan pemasuhan PTPTN tidak wajar, tanpa PTPTN sukar pelajar nak melanjutkan pengajian.
ReplyDeleteMemang sukar untuk mengelakkan ketirisan yang berlaku di negara ni. rasanya tiada satu pun negara di dunia ni yang tidak mengalami masalah rasuah ataupun ketirisan.
ReplyDeleteRasuah berlaku di mana2. Tapi amalan rasuah perlu dikawal dan mereka yang melakukannya harus ditangkap.
DeleteAsal pernah membuat pembayaran balik PTPTN pasti tidak akan disenarai hitam. hairan bagaimana ada peminjam yang langsung tidak pernah buat pembayaran.
ReplyDeleteIsu PTPTN hanyalah mainan pembangkang untuk kelirukan anak muda sebab mereka tahu golongan pelajar ini lebih senang dipengaruhi dan emosional.
ReplyDeletesaya setuju, pembangkang hanya menggunakan isu PTPTN untuk memancing undi
DeleteKita harap isu PTPTN ini akan dapat diselesaikan. Pastikan yang mana PTPTN bukannya along kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang.
ReplyDelete"Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia mampu memberi pendidikan percuma sekiranya tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap perbelanjaan negara,.."
ReplyDeleteyakinkah Rafizi sekiranya pakatan memerintah negara ini tidak akan berlaku ketirisan dalam perbelanjaan negara?? sedangkan baru rampas kerajaan negeripun sudah macam2 skandal rasuah dan penyelewengan kita dengar..
pemimpin2 Pakatan mahu memberikan pendidikan percuma.. tapi kenapa tidak nyatakan sekali bahawa hanya IPTA sahaja yang diberikan pendidikan percuma? sebaliknya pelajar2 IPTS masih perlu memeohon pinjaman.. itukah yang dikatakan pendidikan percuma?? kenapa tidak laksanakan saja di negeri Pakatan??
ReplyDelete