KUALA LUMPUR : National
Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta
pengurusinya hari ini memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, bagi menuntut kerosakan yang dialami yang tidak dapat
dipampas dan kehancuran terhadap reputasi serta kredibiliti mereka dalam
perniagaan akibat daripada tindakan bank tersebut yang telah melanggar Akta
Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Peguamcara yang mewakilli
NFCorp menegaskan, perlanggaran keselamatan oleh Public Bank Berhad telah
membolehkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli untuk mendramatikkan serta
menanam rasa benci dan gambaran yang salah demi memburukkan reputasi,
kredibiliti dan keupayaan NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta
pengerusinya dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti perniagaan.
Dalam saman mereka,
peguamcara yang mewakili NFCorp menyatakan maklumat sulit dan rahsia perbankan
NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusinya (pihak
Plantif) telah disebarkan untuk tatapan umum; dan akibat daripadanya, kehidupan
pengarah-pengarah dan ahli keluarga Plantif kini terdedah kepada ancaman
bahaya.
Selanjutnya, peguamcara
NFCorp menyatakan Public Bank Berhad adalah bertanggungjawab melindungi
maklumat atas dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan daripada dicetak semula, diedarkan, dihebahkan, didedahkan,
disiarkan dan sebagainya, kepada mana-mana pihak, atau merekodkan bagi pihak,
apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak Plantif untuk disiarkan
oleh mana-mana pihak ketiga.
Peguamcara NFCorp berkata,
tindakan anak guamnya memulakan tindakan undang-undang adalah dengan harapan ia
akan dijadikan sebagai satu peringatan kepada bank-bank dan juga
institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi
maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah
memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya.
Seksyen 97 BAFIA menyatakan,
“Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada
pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan
apa jua cara sekalipun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.” (TMI)
pihak bank seharusnya menjaga maklumat2 pelanggan mereka.
ReplyDeleteMaklumat sulit pelanggan sepatutnya tidak boleh didedahkan kerana ia melanggar syarat2 perjanjian.
ReplyDeleteYang berslah tetap bersalah. Keadilan harus ditegakkan.
ReplyDeleteKita tunggu mengenai perkara NFC yang dikaitkan dengan rasuah dan penyelewangan.
ReplyDeletemungkinkah pihak bank juga mengamalkan rasuah?? sanggup menjual dokumen2 sulit pelanggan kepada pihak lain??
ReplyDeletejika benar Public Bank Berhad mendedahkan maklumat pelanggannya kepada pihak luar, saya sangat2 berharap supaya saman ini memihak kepada NFC..
ReplyDelete