Thursday 24 May 2012

PRASARANA SEKOLAH MASIH DAIF




ROSAK....Kerosakan bangku plastik menyebabkan penuntut tidak selesa belajar.

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI

KEKURANGAN kemudahan asas seperti kerusi dan meja di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinusa 1, Batu 7, Jalan Sungei Kayu Sandakan adalah punca kurangnya keselasaan para penuntut menumpukan perhatian dalam pelajaran masing-masing.

Guru Penolong Kanan SMK Tinusa 1 yang namanya tidak mahu disiarkan mengadu kepada Ahli Parlimen Libaran, Datuk Haji Juslie KK Ajirol yang dibawa untuk melihat sendiri situasi di beberapa kelas sekolah berkenaan, meminta jasa baik kerajaan untuk membantu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sejak dua tahun lalu.

Dalam taklimat balas, Juslie telah memberikan jaminan akan membawa perkara ini kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Pengarah Pelajaran Negeri untuk mengeluarkan peruntukan khas bagi menyelesaikan masalah prasarana dan logistik yang dihadapi sekolah berkenaan.

"Saya beri jaminan bahawa masalah sekolah SMK Tinusa 1 ini akan diajukan kepada Menteri Pelajaran agar segala kerosakan dan kekurangan fasiliti ini dapat di atasi segera," kata Juslie sejurus selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan 1,300 unit Komputer 1 Malaysia.

Juslie berkata, peruntukan Parlimen boleh disalurkan tetapi bukan kepada sekolah berkenaan; sebaliknya kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan badan-badan NGO lain sahaja bagi mengelak kecelaruan akauntabiliti kerajaan.


 


KENANGAN ....Juslie bergambar dengan para penerima Komputer 1Malaysia.


 


HADIR... Lebih 3,000 yang hadir untuk memeriahkan majlis dan mendapatkan komputer 1Malaysia.

Tambah Juslie lagi, daripada jumlah 1,300 unit komputer yang diagehkan itu, 1,150 adalah untuk orang awam dan selebihnya 150 adalah untuk penunut sekolah menengah berkenaan.

Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia Peringkat Parlimen Libaran yang diadakan di Dewan SMK Tinusa 1 telah di hadiri lebih 3,000 orang; 70 peratus daripadanya adalah pengundi kawasan Libaran yang membabitkan DUN Gum-Gum dan Sungei Sibuga.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Pengarah SKMM negeri Sabah Aaron Tan, Pengetua SMK Tinusa 1 dan pegawai-Pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

7 comments:

  1. prasarana di sekolah haruslah lengkap bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku.

    ReplyDelete
  2. kadang2 vandalisme di kalangan pelajar menyebabkan kerusi,meja dan kemudahan lain pelajar rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu salah satu sebab jg, para pelajar pun perlulah ada nilai sivik dan menjaga kemudahan sekolah dgn baik.

      Delete
  3. pembetulan.... masalah bukan sejak dua tahun lalu... tetapi bekalan kerusi tersebut yang telah berusia dua tahun.
    salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kerosakan kerusi ialah pergerakan kerusi yang terlalu dinamik... tidak ada bekalan kerusi di dewan serbaguna sekolah. sedangkan penggunaan dewan agak aktif... untuk itu pihak sekolah memohon dari YB Datuk Juslie agar dapat memberikan sumbangan kerusi khusus tuk kegunaan dewan dan ini akan dapat mengurangkan kemungkinan kerusi sekolah rosak

    ReplyDelete
  4. Diharap masalah yang dialami di sekolah ini dapat diberi perhatian.

    ReplyDelete
  5. Semoga peruntukkan untuk memperbaiki prasarana sekolah akan diberikan.

    ReplyDelete
  6. memang patut kerajaan memenuhi segala kekurangan di semua sekolah2 di Sabah.. dan para pelajar juga perlu sentiasa diingatkan supaya menjaga peralatan sekolah dengan baik..

    ReplyDelete