Oleh : CHNG WAI SIM
SIKAP suka mencari fasal
pemimpin DAP yang selama ini mengamalkan sindrom politik longkang dan sampah
akan menyebabkan Ketua Parti itu di Sabah, Jimmy Wong Sze Phin terpaksa
menghitung hari-hari terakhir DAP di Sabah.
Tinjauan rambang yang
dilakukan Sabahkini.net di kawasan parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung,
Tawau mendapati para pengundi sudah mula mengabaikan DAP daripada senarai parti
pilihan mereka setelah segala aduan kepada DAP memerlukan keprihatinan BN untuk
diselesaikan.
Khidmat bakti DAP di Sabah,
dilihat lebih sebagai 'Minta Puji' dan hanya 'Parti Tunjuk Menunjuk' iaitu
mensasarkan longkang, sampah sarap, bangunan usang, saluran najis, jalan rosak
dan segala kerja yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak tadika!
Daripada 10,000 email yang mempelawa
pandangan mereka berhubung peranan DAP di Sabah yang dihantar kepada responden
terpilih di Parlimen Kota Kinabalu, 60 peratus menolak DAP; 30 peratus mahu
calon baru dan 10 peratus berkecuali.
Ramai di antara mereka
mempertikaikan kewibawaan satu-satunya Ahli Parlimen DAP dari Sabah, Dr Hiew
King Cheu yang sebelum ini terlibat dengan Ijazah Kedoktoran Palsu; sebagai
'Penyibuk' dan gagal merancang pembangunan untuk Bandaraya Kota Kinabalu.
Kematangan responden begitu
ketara kerana mereka mencadangkan agar Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee
turun menentang calon DAP termasuk Dr Hiew (jika dipilih semula) di Parlimen
Kota Kinabalu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat Sabah terutama
berhubung isu keselamatan dan kesejahteraan bandar yang gagal dilaksanakan Dr
Hiew selama ini.
Lagipun pada pilihanraya
umum 2008, Hiew King Cheu memenangi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dengan
majoriti yang kecil iaitu 106 undi sahaja kerana hanya menerima 9,464 undi
berbanding dengan pengundi yang menentang beliau iaitu seramai 18,119 orang.
Kata mereka, calon SAPP
lebih relevan mewakili suara rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar
terutama Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu; terutama kecemerlangan
Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soi Bui.
Manakala 3,000 twitter yang
dihantar kepada para pengundi yang dipilih secara rambang di Sri Tanjung juga
menerima makluman balas yang mengejutkan kerana mereka mengharapkan Tan Sri
Liew Yun Fah yang menjadi Wakil Rakyat mereka; tidak kira mewakili parti apa
sekalipun.
Ramai responden juga
mempertikaikan Sijil Anak Negeri Palsu Jimmy Wong yang disifatkan sebagai
menzalimi Anak Negeri Sabah dan merampas hak tanah adat yang hanya layak
dimilik Anak Negeri Sabah yang tulen dan bukannya melalui jalan curang.
Jika Jimmy dan Hiew berani
menggunakan Sijil dan Ijazah palsu, adalah tidak mustahil jika mereka akan
turut membeli undi palsu daripada pengundi hantu yang selama ini menjadi
pengikut setia mereka kerana DAP di Sabah umpama panggung wayang yang
kehilangan pengunjung.
Mereka menyifatkan Jimmy
sebagai Ketua DAP berperangai seperti 'Itik Tempang' yang langsung tidak
memberikan sumbangan yang besar kepada parti, pembangkang; malah kepada rakyat
Sabah kerana lebih Pro kepada BN.
Pada pilihanraya umum Ke 12,
Wong Zse Phin @ Jimmy memenangi kerusi DUN Sri Tanjung dengan majoriti 1,172
setelah mendapat 5,359; tetapi seramai 7,277 pengundi telah memberikan undi
mereka kepada Kong Hong Ming (PKR) 3,090 dan Samson Chin Chee Tsu (BN) 4,187.
Ketika itu (2009) Pakatan
Rakyat bertanding sesama sendiri menentang calon BN, namun pada kali ini jika
satu lawan satu senarionya jauh berbeza, apatah lagi dengan kehadiran parti
nyamuk seperti STAR.
Apakah selepas PRU-13 nanti,
BN akan menyapu bersih semua kerusi DUN di Sabah kerana mengikut desas desus,
Perdana Menteri akan mengumumkan Pilihanraya Mengejut di Sabah sekitar Julai sebelum
membubarkan parlimen jika Sabah masih dikuasai BN?
DAP Sabah hnya byk gimik sahaja, rakyat takkan terima parti seperti itu.
ReplyDeleteDAP Sabah akan terkubur tak lama lagi.
ReplyDeleteDAP menjadi back-stabber kepada parti sekomponenya seperti yang dilihat pada PRU2 yang lepas.
ReplyDeleteBagaimana untuk mempercayai DAP jika ada antara pemimpinnya sendiri yang menipu? rasanya lebih baik DAP tumpukan pada negeri asalnya.
ReplyDeleteDAP is no longer relevant in Sabah. They never be actually. Sorry.
ReplyDeleteIni bermakna DAP dan SAPP tidak aman lagilah ini.
ReplyDeleteIni jugs pandangan masing-masing, ada juga yang berkeyakinan dengan DAP juga.
ReplyDeleteNot sure but hoping the election can organise fairly and clean.
ReplyDeleteMasig-masing sudah bersedia untuk menghadapi PRU, harapkan PRU yang mengejutkan.
ReplyDeleteMungkinkah DAP & SAPP kerjasama? Entah-entah menghasilkan buah.
ReplyDeleteBuah apa yang dihasilkan?? buah duku kali kan..
DeleteDAP hanya menunggu hari kekalahan
ReplyDeletebukan hari2 terakhir DAP di Sabah, sebaliknya hari2 terakhir pembangkang di Sabah.. sehingga hari ini, pembangkang Sabah masih belum mencapai kata sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN..
ReplyDeleteSAPP pun belum tentu lagi mampu menandingi BN.. baik tidak payak mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. lihat saja bagaimana YTL dan Ansari boleh kalah di Batu Sapi sedangkan lawan mereka hanyalah seorang suri rumah..
ReplyDelete