Monday 21 May 2012

TENDER MELALUI SISTEM UNDI TIDAK ADIL




Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

PENGARAH Urusan Syarikat Zat Kaya Sdn Bhd, Haji Andy Jakaria Palawong  melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dasar dan tindakan kerajaan BN kerana wujudnya unsur-unsur birokrasi dalam pengagehan tender melalui proses cabutan undi.

Katanya tender-tender Kelas E, sepatutnya hanya dibuka untuk kontraktor Daerah Sandakan dan bukan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor dari luar daerah seperti kontraktor Kota Kinabalu, Tawau, Labuan dan kawasan lain menyertainya.

"Lainlah kalau tender terbuka. Siapa sahaja boleh menyertai. Tak kira datangnya dari mana kontraktor-kontraktor berkenaan dan dasar ini tiada sesiapa yang boleh menghalang," kata Haji Andy lagi.

Tegas Haji Andy, beliau mewakili semua kontraktor dari Sandakan memang tidak bersetuju dengan dasar yang ada sekarang kerana ramai kontraktor di daerah ini  sering terlepas peluang mendapatkan kontrak yang ditawarkan.

"Kalau dasar ini terus juga diamalkan, saya percaya ramai kontraktor tidak akan mengundi calon-calon BN/UMNO dan kami akan memberi laluan kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan. Bila Pakatan Rakyat sudah menjadi kerajaan, sudah pastinya dasar dan sistem yang diguna pakai BN sekarang akan di hapuskan,” ujarnya.

Sebagai kontraktor, Hj Jakaria mencadangkan agar mana-mana kementerian yang mengeluarkan tender baru agar tidak mengguna pakai sistem lama dan hendaklah diasingkan tawaran tender daerah dengan tender terbuka bagi memberikan peluang kepada kontraktor di daerah berkenaan.

Disoal mengenai senario politik tanah air, Hj Jakaria menjelaskan 90 peratus golongan muda adalah sebagai penentu hala tuju parti-parti yang ada di negara ini untuk membentuk kerajaan.

“Sebagai ahli UMNO, saya telah bertanya kepada gologan muda mereka mahu perubahan besar berlaku terutama; sekali hapuskan gejala rasuah dan gejala maksiat kerana sejak akhir-akhir ini ada segelintir pemimpin yang kurang pengetahuan dalam agama Islam telah membuat maksiat. Mereka sanggup memberikan wang kepada Pelakon/Artis sebanyak RM1.5 juta. Jumlah itu bukan sedikit melainkan bagi menteri yang mengamalkan rasuah," tegas Hj Andy Jakaria lagi.

12 comments:

  1. penberian tender kenalah dilakukan dgn adil dan sistematik.

    ReplyDelete
  2. Kalau begitu, cara pengagihan tender ni perlu diubahsuai dan diperbaiki agar tidak menimbulakan ketidakpuasan hati.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan kena ambil kira pandangan dan cadangan daripada kontraktor2.

    ReplyDelete
  4. kontraktor yang gagal melaksanakan projek harus juga dikenakan denda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, banyak projek didapati gagal sebab kontraktor tidak bertanggung jawab.

      Delete
  5. We need a system so that the project can fairly distribute and given to the right party.

    ReplyDelete
  6. Pemberian kontrak harus juga diberi kepada pihak yang betul-betul berkelayakan.

    ReplyDelete
  7. Jika tender itu untuk Sandakan saja maka kontraktor juga perlulah dikhaskan untuk Sandakan juga.

    ReplyDelete
  8. sistem pemberian tender kena dibuat penambaikan, lakukan ia dgn adil.

    ReplyDelete
  9. cabutan undi pun dia tidak puas hati?? nanti undi senyap2 timbul pula isu konon tidak amalkan tender terbuka..

    ReplyDelete
  10. mungkin pengadu ni saja meluahkan kekecewaannya sebab syarikatnya tidak dapat tender tu.. kalau mahu ikutkan kecewa, ada berpuluh ribu lagi kontraktor yang menanggung nasib yang sama..

    ReplyDelete