Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
PENGARAH Urusan Syarikat Zat
Kaya Sdn Bhd, Haji Andy Jakaria Palawong
melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dasar dan tindakan kerajaan BN kerana
wujudnya unsur-unsur birokrasi dalam pengagehan tender melalui proses cabutan undi.
Katanya tender-tender Kelas
E, sepatutnya hanya dibuka untuk kontraktor Daerah Sandakan dan bukan memberi
peluang kepada kontraktor-kontraktor dari luar daerah seperti kontraktor Kota
Kinabalu, Tawau, Labuan dan kawasan lain menyertainya.
"Lainlah kalau tender
terbuka. Siapa sahaja boleh menyertai. Tak kira datangnya dari mana kontraktor-kontraktor
berkenaan dan dasar ini tiada sesiapa yang boleh menghalang," kata Haji
Andy lagi.
Tegas Haji Andy, beliau mewakili
semua kontraktor dari Sandakan memang tidak bersetuju dengan dasar yang ada
sekarang kerana ramai kontraktor di daerah ini
sering terlepas peluang mendapatkan kontrak yang ditawarkan.
"Kalau dasar ini terus juga
diamalkan, saya percaya ramai kontraktor tidak akan mengundi calon-calon
BN/UMNO dan kami akan memberi laluan kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan.
Bila Pakatan Rakyat sudah menjadi kerajaan, sudah pastinya dasar dan sistem
yang diguna pakai BN sekarang akan di hapuskan,” ujarnya.
Sebagai kontraktor, Hj
Jakaria mencadangkan agar mana-mana kementerian yang mengeluarkan tender baru agar
tidak mengguna pakai sistem lama dan hendaklah diasingkan tawaran tender daerah
dengan tender terbuka bagi memberikan peluang kepada kontraktor di daerah
berkenaan.
Disoal mengenai senario
politik tanah air, Hj Jakaria menjelaskan 90 peratus golongan muda adalah
sebagai penentu hala tuju parti-parti yang ada di negara ini untuk membentuk
kerajaan.
“Sebagai ahli UMNO, saya
telah bertanya kepada gologan muda mereka mahu perubahan besar berlaku terutama;
sekali hapuskan gejala rasuah dan gejala maksiat kerana sejak akhir-akhir ini
ada segelintir pemimpin yang kurang pengetahuan dalam agama Islam telah membuat
maksiat. Mereka sanggup memberikan wang kepada Pelakon/Artis sebanyak RM1.5
juta. Jumlah itu bukan sedikit melainkan bagi menteri yang mengamalkan
rasuah," tegas Hj Andy Jakaria lagi.
penberian tender kenalah dilakukan dgn adil dan sistematik.
ReplyDeleteAda rasuah ke?
DeleteKalau begitu, cara pengagihan tender ni perlu diubahsuai dan diperbaiki agar tidak menimbulakan ketidakpuasan hati.
ReplyDeleteKerajaan kena ambil kira pandangan dan cadangan daripada kontraktor2.
ReplyDeletekontraktor yang gagal melaksanakan projek harus juga dikenakan denda.
ReplyDeleteSetuju, banyak projek didapati gagal sebab kontraktor tidak bertanggung jawab.
DeleteWe need a system so that the project can fairly distribute and given to the right party.
ReplyDeletePemberian kontrak harus juga diberi kepada pihak yang betul-betul berkelayakan.
ReplyDeleteJika tender itu untuk Sandakan saja maka kontraktor juga perlulah dikhaskan untuk Sandakan juga.
ReplyDeletesistem pemberian tender kena dibuat penambaikan, lakukan ia dgn adil.
ReplyDeletecabutan undi pun dia tidak puas hati?? nanti undi senyap2 timbul pula isu konon tidak amalkan tender terbuka..
ReplyDeletemungkin pengadu ni saja meluahkan kekecewaannya sebab syarikatnya tidak dapat tender tu.. kalau mahu ikutkan kecewa, ada berpuluh ribu lagi kontraktor yang menanggung nasib yang sama..
ReplyDelete