POTENSI.....Nazmawati (kanan) mempunyai potensi untuk menawan Parlimen Semporna jika tidak dicantas pucuk pimpinan PKR Sabah.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KEBANYAKAN ahli politik yang
menyertai parti-parti pembangkang seperti PKR, PAS, STAR dan DAP 70; kebanyakan
mereka mensasarkan dipilih sebagai calon parti masing-masing pada pilihanraya umum
akan datang.
Dengan pelbagai alasan yang
mereka cipta termasuk mempunyai pengaruh, sedangkan pada dasarnya ada yang
belum menjadi ahli mana-mana parti tetapi begitu ghairah mahu melobi calon.
Kejadian cantas mencantas
dan potong jalan adalah perkara lumrah kerana gunting dalam lipatan sudah
membudaya dalam politik Sabah sehingga kebanyakan parti pembangkang kecundang
sebelum berjuang.
'Pendatang Baru Politik'
(PBP) ini telah menafikan hak ahli parti yang telah berjuang bermati-matian
sejak 10 hingga 15 tahun lalu dengan mengorbankan harta benda dan mencurah
keringat dan air mata dengan 'mengigalkan' diri mereka sebagai 'Calon Popular'
yang boleh menang atau mampu menumpaskan lawan.
Contoh paling ketara ialah
PKR Batu Sapi kerana Timbalan Ketua Bahagian yang juga Mantan Ketua Penerangan
AMK PKR yang paling lantang bersuara, Zainuddin Hassan yang telah berjuang
sejak 17 tahun lalu diketepikan begitu sahaja sejak beberapa pilihanraya lalu
termasuk pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi.
Begitu juga di Semporna,
ribut dalam cawan terus bergolak yang memberi peluang kepada pemimpin UMNO
menanam lalang kerana secara tiba-tiba, anak kepada penyokong kuat UMNO, Dr
Zamri dan bukan ahli PKR tiba-tiba muncul berceramah di sana sini kononnya mahu
bertanding sebagai calon PKR di kawasan Parlimen untuk menentang calon UMNO.
Penyokong PKR mula
tertanya-tanya apa jasa dan pengorbanan Dr Zamri kepada PKR selama ini dan kenapa
tiba-tiba berhasrat mahu jadi calon PKR di kawasan Parlimen sehingga
menimbulkan kemarahan di kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Semporna.
KERJA KERAS.....Zainuddin telah lama bekerja keras sekalipun khidmatnya bagaikan mencurah air ke daun keladi kerana PKR tidak nampak kebolehannya.
Kebanyakan AJK Cabang tidak
pernah mempersoalkan siapa calon yang dipilih nanti kerana yang pastinya calon
itu menang pada pertandingan itu nanti, tetapi banyak faktor yang perlu diambil
kira.
Membuka peluang kepada PBP,
kata mereka sama ertinya tidak mahu PKR memenangi kerusi berkenaan kerana
mengundang perbalahan dan perpecahan sehingga ahli berpaling tadah.
Perbuatan khianat PBP,
terutama yang tidak telus sebagai calon dalam mana-mana parti memang sudah wujud
sekian lama. Katakanlah jika Dr Zamri dipilih sebagai calon PKR Parlimen
Semporna atau DUN Sulabayan. Kita sudah tahu bahawa beliau adalah kerabat pro
UMNO/BN.
Setelah mengisi borang
pencalonan daripada PKR dan selang beberapa hari kemudian, ada pihak yang
menawarkan RM3 juta (atau mungkin beratus ribu sahaja) maka kemungkinan Zamri
atau PBP menarik diri tidak bertanding seperti pada PRU-12 yang lalu.
Sejak dari zaman USNO, Berjaya,
PBS dan kini BN/UMNO, fenomena PBP ini sudah berlaku, terutama di kawasan Batu
Sapi dan Gum-Gum; maka tidak mustahil PBP yang membelot di saat akhir tidak
berlaku pada PRU-13 ketika pembangkang dan BN mahu mencipta sejarah politik
masing-masing.
siapa yang dijadikan calon haruslah mereka yang benar2 berkebolehan.
ReplyDeleteBiar rakyat yang pilih sendiri pemimpin mereka bukannya sukarela pilih diri sendiri. kalau betul2 layak tidak apa juga.
ReplyDeleteBanyak sangat yang suka buat provokasi.
ReplyDeleteKurang kesefahaman kita boleh nampak bagi parti PKR. Bayangkan saja dengan kata-kata ini " Nazmawati mempunyai potensi untuk menawan Parlimen Semporna jika tidak dicantas pucuk pimpinan PKR Sabah." Ini membayangkan kita bahawa Pucuk pimpinan dan orang bawahan tidak serasi langsung.
ReplyDeletepemilihan calon adalah brdasarkan kebolehan yang ada pada calon dan tahap penerimaan rakyat terhdap calon tersebut.
ReplyDeleteZainuddin Hassan bekerja keras ka?? tidak pernah dengar pun nama dia?? atau pernah dengar tapi tidak perasan sebab nama dia tidak sepopular nama Citra..
ReplyDeletenamun ada orang baru dalam PKR tu yang boleh dipertikaikan keikhlasannya berjuang untuk rakyat.. masa duduk dalam umno, dia senyap saja.. lepas dapat jawatan dalam PKR barulah dia lantang.. rupanya tunggu jawatan..
ReplyDelete