OLEH: SHAIMON S JUMADI
PESTA 'Kotobian Tadau Tagazo
Do Kaamatan 2012' peringkat Parlimen Libaran yang disambut secara besar-besaran
di Kampung Ulu Dusun, Batu 30, Jalan Labuk semalam mendapat sambutan yang cukup
meriah.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk
Hj Juslie Ajirol yang melancarkan program tersebut dalam ucapannya antara lain
berkata; rakyat di Malaysia amat beruntung sekali walaupun terdiri daripada
pelbagai suku kaum yang mempunyai adat resam dan anutan agama yang berbeza, tetapi
tetap bersatu dalam apa juga perayaan.
Pesta Kaamatan ini, kata
Juslie, sama juga dengan perayaan-perayaan lainnya disambut secara rasminya
oleh rakyat Sabah dengan tujuan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di
kalangan semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Katanya, pesta kaamatan juga
merupakan adat resam dan tradisi suku kaum Dusun, Kadazan dan juga Murut untuk
menghormati musim penuaian padi dengan memanggil semangat supaya padi menjadi
subur.
Jusli menambah, dasar
kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sentiasa menjaga kebajikan semua kaum di Sabah,
terutama sekali ketika menjelangnya sambutan-sambutan perayaan, rakyat diajak
menyambutnya secara bersama dalam suasana muhibbah dan setiakawan.
Namun Juslie kesal kerana
pembangkang membuat dakwaan liar kononnya sambutan sebegini adalah satu
pembaziran wang rakyat; sedangkan hakikatnya apa yang kerajaan buat adalah
untuk kepentingan rakyat jelata dan secara tidak langsung memberikan
penghormatan kepada satu-satu bangsa yang ada di bumi Malaysia.
Memandangkan pilihanraya
umum ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, pihak pembangkang terus
memainkan peranannya untuk menghasut rakyat dengan mencipta pelbagai propaganda
songsang untuk mengelirukan rakyat, tetapi kata Juslie, rakyat sekarang sudah
sedar bahawa hanya kerajaan BN/UMNO sahaja yang mampu membela nasib mereka.
Turut hadir pada majlis
tersebut ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Eddris; Ketua Wanita UMNO Sabah,
Datuk Armani Hj Mahiruddin dan para pemimpin masyarakat.
walaupun Sabah terdiri byk kaum, namunmasyarkatnya hidup dalam perpaduan. ini harus dijadikan contoh.
ReplyDeleteSememangnya semangat perpaduan@1Malaysia sudah lama wujud di Sabah walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai latar belakang.
ReplyDeleteJangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang boleh memecah belahkan perpaduan di kalangan kita.
ReplyDeleteInilah kelebihan yang terdapat di Sabah. Setiap perayaan bagi kaum di Sabah akan dirayai bersama-sama.
ReplyDeletesaling hormat menghormati harus dterapkan dalam memupuk perpaduan.
ReplyDeletememang unik bila duduk dalam satu restoran tapi pelanggannya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.. itulah keistimewaan yang kita ada di sabah..
ReplyDelete