Wednesday 20 June 2012

NAJIB, PM PERTAMA LAWAT TAMBUNAN




TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kunjungan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan detik yang bersejarah di daerah yang terkenal dengan tanaman halia ini.

Katanya, ia menjadi detik yang bersejarah kerana beliau (Dato’ Seri Najib) adalah Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini.

“Selain Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini, penubuhan Kolej KDM di daerah ini khususnya dan Pedalaman amnya juga detik yang bersejarah kerana impian masyarakat di kawasan ini untuk mendapatkan Kolej tersebut menjadi realiti,” kata Pairin semasa berucap sempena Majlis Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Kolej KDM Tambunan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pisompuruan Square di sini baru-baru ini.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata, kunjungan Perdana Menteri di daerah ini tidak sia-sia kerana ia melakar sejarah yang berkekalan apabila wujudnya Kolej KDM yang menjadi impian masyarakat KDM di kawasan ini.

“Apabila Kolej KDM ini beroperasi kelak ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di daerah ini untuk menghantar anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran,” katanya.

Pada masa ini katanya, ramai anak-anak masyarakat di kawasan Pedalaman tercicir untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS sama ada di Semenanjung dan di Kota Kinabalu kerana ramai ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka atas faktor kos yang tinggi.

Ini katanya, menyebabkan ramai anak-anak masyarakat di kawasan ini tidak berpeluang mendapat kemahiran dan latihan teknikal di IPTA/ IPTS.

Tetapi apabila Kolej tersebut siap kelak ia akan memberi kemudahan kepada anak- anak masyarakat di kawasan ini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawar bagi membolehkan mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini.

Sementara itu, seorang pendidik Nordin Lawanding 50, dari Kg. Kumawanan menyambut baik penubuhan Kolej KDM di Daerah.

Katanya, penubuhan Kolej ini sudah tentu memberi peluang kepada anak-anak di daerah ini dan kawasan Pedalaman keseluruhannya melanjutkan pelajaran mereka.

Dalam masa yang Nordin yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tambunan meminta rakyat di kawasan ini agar menyokong pemimpin-pemimpin yang mencadang penubuhan Kolej KDM ini.

Nordin juga mencadangkan agar pihak yang berkenaan wujudkan kelas sementara bagi membolehkan operasi dilaksanakan sementara menunggu pembinaan bangunannya siap.

Ini katanya, supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu disamping membolehkan anak- anak di kawasan ini dapat melanjutkan pelajaran dalam masa yang terdekat.

Beliau mencadangkan agar operasi sementara dijalankan bangunan SMK Nambayan Tambunan kerana sekolah berkenaan hanya menjalankan pembelajaran sesi pagi.

“Jika Kolej KDM menjalankan operasi lebih awal ia boleh menumpang bangunan sekolah itu untuk menjalankan pembelajaran atau pengajian pada sebelah petang” katanya.

Seorang penduduk Benjamin Bianus 55, dari Kg. Sungoi turut menyambut baik penubuhan Kolej KDM di daerah ini.

Benjamin seorang petani yang baru tahu penubuhan kolej berkata, walaupun beliau tidak tahu apa itu Kolej KDM tetapi beliau bersetuju ia diwujudkan di daerah ini.

Katanya, seperti sekolah yang menjadi tempat anak-anak belajar begitulah juga dengan kolej itu.

Bagi dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, Anney Justin dari Kg. Tombotuon dan Vianylyn Philip dari Kg. Pantai berkongsi pendapat menyambut baik penubuhan Kolej itu.

“Kami berharap menjadi pelajar yang pertama memasuki Kolej KDM itu nanti,” kata kedua-dua pelajar tingka- tan lima SMK Tambunan itu.

Seorang pemimpin masyarakat yang merupakan Ketua Anak Negeri (KAN) Tambunan Shalan Hamidin 49, pula bersyukur dengan penubuhan Kolej KDM itu yang menurutnya telah diimpi-impikan oleh masyarakat Tambunan selama ini.

“Sebagai pemimpin masyarakat di daerah ini, saya berterima kasih kepada Huguon Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kerana memainkan peranan penting dalam penubuhan Kolej KDM ini,” kata Shalan. (NST)

41 comments:

  1. Najib PM yang begitu rajin turun padang mendekati rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. But never make it as one of the political tactics.

      Delete
    2. although some people may see Najib visit to tambunan as one of his political tactics but his visit sure brought smiles to the people.

      Delete
  2. pemimpin mcm ini kita inginkan, mesra dgn rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PM boleh 'terbang' dari SM ke Keningau, kenapa tidak wakil2 rakyat di Sabah ni. keraplah turun padang dan dengar rintihan rakyat.

      Delete
    2. Najib is one of the great leaders in the country.So waste no chance anymore.

      Delete
    3. what more can we ask from? Najib is by far the most caring PM among the previous PM.

      Delete
  3. Mungkin penduduk2 daerah lain pun menantikan kunjungan PM di tempat mereka. manatau ada peruntukan atau bantuan macam laptop percuma ka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its always a good news when Najib make a visit to a particular area in sabah. Various help were provided by him.

      Delete
  4. And this will be the sweetest memory for the folk in Tambunan and hope Najib felt the same too.

    ReplyDelete
  5. So never ruin the peoples' hope. Make more visits and I'm sure more things will happen sooner or later.

    ReplyDelete
  6. The trip is another credit for Najib and the Government. So expecting the current Government is to win the seat in Tambunan and may also in keningau.

    ReplyDelete
  7. dengan adanya kolej KDM tersebut, ianya akan membuka lebih peluang kepada anak2 di pendalaman sabah untuk melanjutkan pelajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The people will no longer need to travel far for education once the college is build.

      Delete
    2. Mogakan sistem pendidikan di Sabah semakin baik.

      Delete
  8. cadangan Nordin perlu dipertimbangkan..

    ReplyDelete
  9. diharap akan ada lebih banyak pembangunan dibawa masuk ke tambunan..

    ReplyDelete
  10. Kawan saya cakap, inilah first time Tambunan jam bukan saja dengan kereta tapi juga lautan manusia. Percayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. The people were so happy that Najib came to visit their place.

      Delete
  11. Petanda yang baik dan all the best kepada PM kita.

    ReplyDelete
  12. The PM should visit sabah's interior areas more often to see the poor condition of those areas with his own eyes.

    ReplyDelete
  13. Lawatan Datuk Najib ke Sabah ini sememangnya satu lawatan yang bermakna.

    ReplyDelete
  14. Teruskan mendekati rakyat Datuk..Jangan lepaskan peluang baik ini untuk beramah mesra dengan penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin harus mendekati rakyat dan dengar suara rakyat juga.

      Delete
    2. memang patut seorang pemimpin sentiasa mendekati rakyat.

      Delete
  15. Lawatan Datuk Najid ke Tambunan, Sabah ini satu sejarah yang terukir untuk Daerah tersebut selama bersama dengan Malaysia. Kerana inilah kali pertama PM datang ke Kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  16. Najib akan menyalurkan peruntukan kepada Tambunan?

    ReplyDelete
  17. Budaya turunpadang ini harus diamalkan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amalan turun padang yang diamalkan oleh PM harus dicontohi oleh semua pemimpin.

      Delete
  18. ini merupakan peristiwa bersejarah kepada masy Tambunan.

    ReplyDelete
  19. Sabah kini semakin diberikan perhatian..ini sesuatu yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap perhatian Persekutuan kepada Sabah akan berterusan.

      Delete
    2. setuju.. lawatan Najib ini menunjukkan Sabah semakin diberikan perhatian oleh persekutuan.. tidak seperti ketika PM sebelum beliau..

      Delete
  20. Lawatan PM ke Tambunan pasti meninggalkan sejarah

    ReplyDelete
  21. Najib juga PM pertama yang kerap datang ke negeri ini dan kerap dilihat bersama2 rakyat biasa..

    ReplyDelete